Chapter 7

14 3 0
                                    

Pagi yang indah.Qalesya yang sedang nyenyak dibuai mimpi itu mula terbangun setelah mendengar bunyi deringan jam di tepi katilnya.Tangan mula mencapai jam kemudian ditutup.

Diri mula cuba dikuatkan untuk bangun.Tangan kemudian menggosok mata.Dia kemudiannya mencapai tuala lalu mengorak langkah menuju ke bilik air untuk mandi kemudian bersiap.

Setelah sekitar 30 minit dia mandi.ambil whuduk.dan.sebagainya.Qalesya mula keluar dari bilik air.Pintu almari mula dibuka dan mengambil sehelai baju kemeja yang berwarna biru bersamaan dengan seluar yang berwarna hitam.

Bilik yang gelap tadi mula menjadi terang setelah langsir diselak dan tingkap dibuka.Masih sedikit gelap.Qalesya mula membentangkan sejadah dan memakai telekung untuk solat subuh.

Setelah sekitar 15 minit dia selesai solat subuh,Sejadah yang dibentangkan tadi mula dilipat dan telekung mula disangkut di dalam almari kembali.

Tudung bawal yang berwarna merah jambu mula di pakai kemudian dililitnya diatas kepala bersamaan dengan jarum dicucuk bagi mengemaskan tudung bawal tersebut.Tudung yang sedikit serabut itu tadi mula dibetulkan olehnya a sehingga menjadi kemas dan cantik.Senyuman di bibir mula diukir sehingga menjadi senyuman yang manis di pagi hari.

Qalesya lalu mengorak langkah menuju ke pintu lalu tombol pintu mula dipulas.Dia mula menuruni satu-persatu anak tangga sambil menyandang beg nya itu.kelihatan Dato' Fadhil awal-awal lagi sudah bangun.Pelik.Selalunya,jarang Dato' Fadhil ingin bangun seawal pagi ini.Terakhir kali dia bangun seawal pagi adalah sebelum Arwah isterinya meninggal dunia.

"Kau nak pergi kerja ke tu?"Dato' Fadhil memandang ke arah Qalesya yang baru turun itu.

"Haah.kenapa?"Qalesya pelik.Kenapa ayahnya tiba-tiba sahaja tanya dia soalan macam tu?

"Hm,Tak adalah.Lepasni,kau ambik barang-barang kau and keluar dari sini."Kata Dato' Fadhil secara tiba-tiba.

"T-tapi kenapa?"Qalesya terkejut.Dia ada buat salah ke?

"Aku nak jual rumah ni.Jadi lepasni pandai-pandai lah kau cari rumah untuk duduk.Lepasni aku akan berkahwin dengan orang lain.Jadi,jangan cari aku lagi.Aku dah tak anggap kau tu darah daging aku."Dato' Fadhil kemudiannya mengorak langkah masuk ke bilik meninggalkan Qalesya yang sudah berdiri kaku itu.

"T..tapi,kenapa?Rumah ni kan rumah arwah m-"Tidak sempat dia menghabiskan ayatnya, Dato' Fadhil sudah terlebih dahulu menutup pintu bilik.

Senyuman dibibir tadi perlahan-lahan pudar dan menghilang.Kenapa?Tak cukup lagi ke sakit yang dia rasakan sebelum ini?Ya allah,Ujian apa lagi yang perlu aku hadap sekarang ini.Qalesya hanya mampu berdoa.Diri cuba dikuatkan agar tidak dipandang lemah oleh orang lain.Qalesya hanya mampu mengeluh.Kalau dia melawan,bukan dia menang.Kena pukul dengan Dato' Fadhil adalah.

Qalesya mula menyambung langkahnya lalu menuju ke pintu keluar.Kasut hitam bertumit lebih kurang dua atau tiga inci itu mula diambil di atas rak lalu disarungkan pada kakinya.Tombol pintu mula dipulas dan keluar dari rumah itu.

Kereta AXIA yang elok terparkir di garaj kereta itu mula dituju.butang kunci mula ditekan lalu dia mula masuk ke dalam perut kereta.Enjin kereta mula dihidupkan lalu Qalesya mula memandu keretanya keluar daripada perkarangan rumahnya itu.

***

Pintu cafe mula ditolak dan berjalan masuk.Kaki lalu diorak menuju ke arah kaunter untuk memesan minuman.Bagi Qalesya,Ia merupakan hal yang biasa sahaja kerana sudah menjadi rutin hariannya sebelum pergi ke tempat kerjanya.

"Kakak!!"

Qalesya mula terkial-kial mencari orang yang memanggil nya itu.setelah badan dipusingkan ke belakang,Dia mula melihat Sofia yang berlari anak menuju ke arahnya itu.

DEAD LOVE HAS BLOSSOMED AGAIN[HIATUS]Where stories live. Discover now