BLURB

16 0 0
                                    

Kapsyen :

Ya tuhanku, sesungguhnya cinta untuknya adalah bukti cintaku padaMu.


Blurb :

~~~

Engku Lokman dan Idayu:

"Ayu...."

Saat namanya dibisikkan ke telinga, tidak tergambar perasaan yang dirasakannya ketika ini.

Air mata yang berderaian di pipi Idayu dikucup lembut Engku Lokman. Ingin sekali dia menyeka air mata yang mengalir itu. Ingin dia hapuskan kesedihan yang dirasakan oleh isterinya saat itu.

"Ayu benci abang...!" Tidak mengerti perasaannya sendiri, Idayu menumbuk lemah ke dada Engku Lokman.

"Ayu benci abang!" ulangnya lagi.

~~~~

Hairi dan Idayu :

"Ayu, ada masanya kita terpaksa berkorban untuk buktikan cinta kita pada seseorang, kan?"

"Abang, kalaulah Ayu tahu... sedalam ini..."

Hairi mengangkat jari telunjuknya ke bibirnya sendiri, meminta Idayu tidak meneruskan kata-kata.

"Tidak Ayu, tak perlu Ayu ucapkan. Cuma, abang minta Ayu hargai pengorbanan abang ni. Abang nak... Ayu terus jadi isteri yang solehah untuk suami Ayu."

~~~

Hairi dan Engku Lokman:

"Idayu seorang yang degil. Kedegilannya itu yang menyebabkan terputusnya hubungan kami dulu. Sekarang, terpulang pada Engku. Kalau Engku tak mahu kisah dulu berulang lagi, pergilah pujuk dia. Saya pernah mencintainya dan masih mencintainya. Saya tahu betapa sakitnya bila putus cinta. Saya tau suatu hari nanti Engku pun tak akan memaafkan diri Engku jika perkara tu berlaku. Saya tau... kerana saat ni, saya masih lagi merasakan kekesalan tu." - Hairi

~~~

~~~

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.


Hai guys... thanks kerana mengikuti cerita k laila ni.


K laila nak tanya, dah pernah tengok tak drama adaptasi dari novel ni? Dah lama tayangannya ni tau. Setakat ni kalau nak tengok, sebahagian ceritanya ada di youtube. Mana yang sempat Kak Laila download je yang ada kat sana. Selebihnya kena baca dalam Ebook ok? Hehe...


Kalau nak dapatkan e book ni, boleh wasap kat nombor bawah ni.

www.wasap.my/60197657415/SyurgaDiwajahmu

www.wasap.my/601112134251/ebooksyurga


Tq kerana mengikut novel-novel saya. Luv you all. 

SYURGAKU... DI WAJAHMU...Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz