Pernah aku dengar orang-orang tua bercerita. Satu cerita yang, agak popular juga. Tiada sesiapa tahu asal usulnya cerita ini. Tapi yang aku tahu, dimana-mana tempat yang aku pergi pastinya kisah ini bakal diceritakan.
Cerita yang aku katakan sekarang ini merupakan legenda tentang manusia yang diberikan kekuatan seekor serigala. Ada tempat yang memanggil manusia yang mempunyai kekuatan sebegini sebagai serigala jadian atau Werewolf. Namun, ada tempat yang panggil mereka sebagai Lycan.
Pendapat aku?
Sebagai orang yang sudahpun merantau ke segala pelusuk dunia, aku hanya panggil mereka dengan satu panggilan sahaja. 'Pembawa kutukan'. Ya. Sesiapa sahaja yang menerima 'kutukan' ini akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan emosi. Dan perkara ini akan dibawah dari satu generasi ke generasi yang lain.
Beratus sudah pembawa kutukan ini terlintas sewaktu aku mengembara. Akan tetapi, selepas beberapa tahun sejak kemunculan mereka, aku mulai sedar. Yang mereka ini bukanlah sekadar orang yang membawa kutukan. Namun, mereka lebih dari itu.
Mereka mempunyai sistem kedudukan yang tersendiri, membuatkan aku menjadi kagum. Bagaimana daya intelek mereka menjadi lebih baik berbanding manusia yang sedia ada sekarang?
Soalan mula bermain-main didalam fikiranku ini. Sehinggalah aku berjumpa dengan dia.
Bakshim Atos.
Seorang pembawa kutukan yang mampu bercakap dengan menggunakan bahasa valtik lama. Didalam pertemuan itu, dia menceritakan bahawa terdapat segelintir daripada mereka, diberikan anugerah untuk mengekalkan kewarasan mereka tersendiri. Menjadikan mereka sebagai ketua kepada satu-satu kelompok pembawa kutukan.
Dirinya dan isteri serta keturunannya diberikan anugerah yang sama. Saking melihat keramahannya, Aku dijemput untuk datang ke rumahnya untuk berjumpa dengan mereka semua. Dan aku sebenarnya tidak menyangka, dimataku, mereka saling tak tumpah seperti manusia yang lain. Yang berbeza hanyalah pada mata mereka.
Anak mata mereka semuanya berwarna oren seakan-akan seperti ambar yang berkilau. Semuanya sama kecuali seseorang.
Anak mereka yang paling kecil.
Hanya dia sahaja yang mempunyai mata yang berwarna hitam. Melihat dari wajah Bakshim, aku tak rasa yang dia risau akan anak itu. Sepertinya, dia lebih inginkan yang anak-anaknya untuk kelihatan seperti manusia normal dan bukannya mengikutinya atau isterinya.
Log pengembaraan #260185
Astrano Grautis<2000 tahun berlalu>
Malam menjelma. Banyak unggas sudah kembali ke sarang masing-masing. Hanya cengkerik sahaja yang datang mengalunkan lagunya pada waktu ini.
Pada lewat malam sebegini, sudah pasti semuanya sudah terlena dibuai mimpi. Namun, dibalik semua yang bernyawa, ada yang terjaga.
Seorang remaja lelaki yang berusia dalam 19 tahun sedang sibuk menaip saki baki tugasan yang masih lagi belum selesai. Kadang kala, dia ada buat sedikit regangan. Maklumlah, bila buat tugas dihadapan monitor untuk jangka masa yang lama pasti badan terasa lenguh dimana-mana.
Matanya yang gagah terbuka itu melihat jam pada skrin komputernya.
"...Eh?"
Jam sudahpun menunjukkan tepat jam dua pagi.
Dia menongkatkan dagunya diatas meja. "Haih, kalau macam ni jadinya, takkan sudah." Keluhnya sambil melihat pada skrin dihadapannya. Dia melurut rambutnya yang dari tadi, sedikit mengaburkan pandangannya. Kini, wajahnya kelihatan jelas.
YOU ARE READING
UNIK
WerewolfKhaliq dan Khayla Atos. Siapa saja di Universiti Silang Panggung ini tidak kenali? Dua beradik yang cukup terkenal dalam bidang akedemik serta bidang sukan. Namun disebalik diri yang cemerlang itu, ada rahsia disembunyikan oleh mereka berdua ni. Ked...