"Weyh.. kau dengar tak pasal student baru lepas cuti semester ni?" Ujar pelajar pertama. "Ada pelajar baru? Okok.. aku teka.. hmm.. girl!" Balas pelajar kedua.
Pelajar pertama tadi terkekek perlahan. "Tett!! Salah! Our new student is a guy from Yonsei University!" Kata si pelajar pertama sambil menepuk-nepuk lengan rakannya.
Pelajar kedua tadi blur.
"Yonsei U?.. Tak pernah dengar pun sebelum ni?" Jarinya dibawa ke dagu. Sedang memikir agaknya.
"Eh! Of courselah tak pernah dengar. Yonsei University adalah universiti yang paling terkenal di Korea!" Pelajar pertama tadi kembali terkinja-kinja sambil tangannya memegang kedua-dua pipi gebunya.
"O.M.G!! No way!!" Pelajar kedua tadi sudah terjangkit dengan penyakit gediks pelajar pertama.
"Yes way, barbie girl! Dan dengar cerita, dia mix races!! Mak dia orang tempatan and his daddy is half-korean and half-arabian!" Sambung pelajar pertama tadi.
Fuh!! Separuh orang korea separuh orang arab? Gila dan rare betul, sobat!
Kedua pelajar tadi sambung bergossip. Dari main entrance sampai loker boleh dengar berita hangat tadi. Fyi, kedua pelajar tadi merupakan orang-orang atasan bagi menyebarkan penyakit Gogelin. Gossip. Gedik. Influence.
Pelajar pertama tadi diberi nama Jazmine Binti Kamil. Dan rakan subahatnya tadi bernama Kamelia Binti Jamaluddin. Haha. Memang padan mereka satu kepala. Sorang JK, sorang lagi KJ.
Terima kasih kepada MinJaz dan MelKa, aku dapat tumpang dengar berita baru tadi. Tanpa membuang masa, pintu loker ditutup dan dikunci setelah mencuri buku Addmath dan Fizik.
Baru mahu angkat kaki, tiba-tiba aku terdengar suara yang amat kukenali menyeru namaku. "Miene! Minaa! MinMin! Yohoo! Yasmiene kusayang!"
Lantas aku menoleh, mencari pemilik suara tersebut. Mana tak malu bila dia seru namaku kuat-kuat? Nak kenalkan aku dengan satu dunia ke apa?
Meh. Aku kenalkan dia dengan hempukkan setebal buku Addmath dan Fizik ni dulu!
But, before that.. Yes, ladies and... men! Nama aku Yasmiene. Nama penuh pula, Yasmiene Amara binti Muhammad Rahmir. Umur dah mencecah dua dekad empat hari. Dan info lebih, aku suka beruang sebab dia ber-uang.
Gurau. Gurau.
Orang yang menyeruku tadi melambai-lambai manja dan menapak ke arahku. Apabila jarak kami kurang satu meter, aku hempuk kepalanya dengan tenaga yang tidak terlalu kuat.
"Auchh!!" Desisnya kesakitan. Tangannya dibawa ke tempat yang aku hempuknya tadi, lalu digosok perlahan. "Sampai hati kau, Miene.. aku dah excited nak jumpa kau, kau buli aku macam ni.. dasar kawan makan hati kawan.." rengeknya. Rasa serba salah? Dah tentu. Tapi nak buat macam mana bila dia nak kenankan aku dengan satu USiM ni? Yang malunya aku, bukan budak sewel ini.
Mata dijuling ke atas. Budak ni, kalau sehari tak buat aku marah, tak lengkap hidup aku! "Hey, bini Dohwa! Kalau kau tak laung nama aku sekuat-kuat gajah tadi, mungkin aku hempuk lembut sikit. Jaga sikit suara engkau tu." Marahku.
Rakanku apatah lagi, bila dipanggil bini Baek Dohwa, memang tersengih-sengih la budak tu. Sengal!
"Relaks la, bini Eunhyuk! Janji aku tak pakai megaphone tadi." Kini, giliran aku pula tersengih-sengih bila dipanggil bini Go Eunhyuk.
Siapa mereka? Carilah sendiri. Aku sarankan cari di pintrest. Baru rasa macam tak dapat tidur malam kalau intai gambar mereka dalam aplikasi itu.
YOU ARE READING
Senyum Tak Semestinya Happy
RandomYasmiene Amara Binti Muhammad Rahmir merupakan contoh terbaik semua wanita. Markah tinggi, athlete, cantik, bijak, fighter, penghafaz Al-Quran, pakar dalam agama, Sains, Math, segalanya! There's nothing she can't do! Namun, disebalik senyuman manis...