PROLOG III

5 2 0
                                    

"Anak-anak mummy dah siap ke belum?. Tak lama lagi nak gerak ni!". Laung Mrs Tenia di bawah.

Aku masih lagi menyesuaikan diri bila nampak tubuh ku tersarung dengan Abaya hitam Dan shawl hitam plain di pantulan cermin sekarang.

Aku ke ni?

Entah mengapa dalam diri ku, aku terasa selesa bila memakai Abaya yang di beli mummy. Terasa sangat indah bila di pandang.

Aku tersenyum-senyum sendiri. Shawl hitam aku betulkan di atas kepala bersama scarf one set dengan Abaya dan tudung itu. Macam inikah rasa perempuan Islam untuk menutup aurat mereka?

Sangatlah indah wahai bidadari.

Cevin yang melintasi bilik ku berundur semula dan bersandar pada muka pintu.

"Pwett, Wah!! Cantiknyee adik cevin ni Oh My God!!". Puji Cevin mengalahkan speaker JBL di kedai.

Aku menjeling dia "Memanglah. Adik memang cantik hmph" bersama senyuman sinis aku berkata.

"Ceh angkat bakul sendiri nampak?" Sindir cevin pada ku.

"Ish biaklah. Dah memang Rissa cantik kan?". Tanya ku, mata aku kecilakan. Dia cakap tak cantik siap dia, aku memang pantang orang cakap tak cantik ni.

"Hmm"

"Hmm je?, jadi hodohlah Rissa selama ni?...sampai hati abang Cev buat Rissa macam ni..Dahlah rasa terhina". Aku berpura-pura sedih dengan sepatah kata dia cakap tadi.

Carlos yang baru mahu turun dari anak tangga dengar bicara kami, dia naik semula dan menyimpang ke bilik ku. Ternampak aku yang Mula badmood tu dia menggeleng kepala.

"Siapa buat adik kesayangan abang ni monyok?".Tanya Carlos pada ku. Aku tunjuk pada abang Cevin. Siapa suruh cakap 'hm' je hmph.

"Lah.. rissa yang tanya dia cantik ke tak, aku jawablah hm. Apa yang Salah?". Tenang saja dia menerangkan apa telag jadi. Aku menjeling dia. Kitenya sensetif abang Cevin!

"Oh.. masalah memujilah ni?, okay rissa daripada rissa badmood kan. Jom kita pergi bawah okay? Mummy Dan daddy dah tunggu tu. Jom?". Lembut saja dia berkata. Aku pun turut saja pa yang dia suruh.

"Abang Cevin dan Carlos taknak turun ke?. Takut nanti terkena virus bodoh macam si tut tu". Kata ku

"Ada penyakit bodoh ke dalam bilik rissa ni? Seram nye". Tanya Cevin sambil mengusap kedua lenganya.

"Adaa. Kat rumah ni mana-mana saja dia ada, abang cevin je tak perassan"

Dia Lengkapi Hidup Ku [S.U]Where stories live. Discover now