Bab 11

65 5 0
                                    

Tak pernah-pernah pula Faraz minta pintu dibuka. Selalunya lelaki itu pulang pun diam-diam saja. Dia tertinggal kunci agaknya.

"Ya, ya. Sekejap! Awak tertinggal kunci ke?" Laung aku dari dalam. Tapi cara Faraz ketuk pintu sudah seperti orang yang mahu ajak bergaduh saja.

Sebaik saja pintu rumah aku buka, tubuh Faraz membebani tubuhku. Nasib baik aku sempat menampung tubuh beratnya.

"Faraz, kenapa ni?" soal aku agak cemas sambil berusaha sehabis daya menambung tubuh sang suami yang rebah di tubuhku.

"Aku... tak larat."

Itu saja yang dapat aku tangkap. Tak larat? Sakitkah dia? Tapi tadi pagi sewaktu dia ingin bertolak ke tempat kerjanya dia kelihatan elok dan sihat sahaja. Ini pun nasib baik aku pulang awal. Hanya Faraz saja yang pulang lambat seperti selalu.

Lantas dengan susah payah dek kerana sebelah tangan terpaksa menampung dia, sebelah tangan lagi aku naikkan untuk memeriksa suhu badannya.

"Ya Allah, panasnya! Awak demam ni, Faraz."

Tidak pula hujan hari ini. Nak kata cuaca panas pun Faraz sentiasa berada di dalam ruang berpendingin hawa. Mungkin disebabkan oleh jadual tidur dan kerja dia yang tidak menentu. Aku perasan sejak kebelakangan ini dia terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga tiada masa untuk menyakitkan hati aku. Dua minggu yang lepas pun dia tergesa-gesa untuk pulang dari rumah papa kerana ada kerja yang perlu dia siapkan. Tidak cukup dengan pulang lewat, dia juga akan tertidur di bilik kerjanya semasa sambung menyiapkan kerjanya di rumah. Kalau keluar dari bilik itu pun sekejap cuma untuk makan selepas aku masak.

Faraz hanya diam. Tubuhnya pula semakin lemah bila dia sudah tidak mampu berdiri lagi. Macam mana agaknya dia memandu sehingga ke rumah dari pejabat yang boleh dikatakan agak jauh itu tadi? Berapa lama agaknya Faraz telah cuba bertahan? Dari siang tadikah?

"Jom, saya bawa awak masuk bilik."

Gigih aku memapah tubuh lelakinya sehingga ke depan pintu bilik. Dan-dan memasuki bilik, belum pun sempat sampai ke katil, kami sama-sama jatuh menyembam lantai.

"Aduh!"

Cuma aku yang mengaduh kesakitan sementara Faraz masih lagi membisu dengan mata yang terpejam. Aku tahu dia tak larat sangat dah tu. Dia bukan tidur atau pun sedang pengsan.

Aku bangun lalu cuba memapahnya semula untuk dibawa ke atas katil tetapi buat kesekian kalinya kami berdua jatuh bersama. Sedar-sedar saja kedudukan kami sudah berubah. Faraz yang tersandar di birai katil dan aku yang separuh badan menghempapnya.

Keadaan bilik yang dalam keadaan malap kerana hanya diterangi dengan lampu tidur di laci tepi katil menambahkan lagi sesuatu yang tidak menyenangkan. Saja aku biarkan cuma lampu itu yang terpasang kerana sebentar tadi aku sudah bersedia untuk tidur sehinggalah ketukan di pintu yang bertalu-talu oleh Faraz yang baru pulang menghentikan niatku untuk melelapkan mata dan lena.

Dua pasang iris bertemu. Lama. Aku nampak anak mata Faraz yang bersinar-sinar. Cantik.

"You're sweating. Let me take off your blazer and tie," kata setelah tersedar.

Tetapi baru saja aku ingin menanggalkan blazer dia, Faraz menahan kedua-dua tanganku. Maka terhentilah kerjaku.

"Don't!" Laju dan tegas dia menegah.

Aku tergamam tapi hanya buat beberapa saat sebelum kembali berdegil untuk membantu dia menanggalkan pakaiannya.

"Tak payah, Nur. Jangan..."

"Ini bukan masanya untuk menangkan ego awak, Faraz."

"Just don't!" Semakin kuat pula dia menggenggam jemariku yang sudah pun berada di butang kolar baju kemeja dia.

Kerana Akadku NamamuWhere stories live. Discover now