“𝐀𝐧𝐝 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐢𝐝𝐝𝐥𝐞 𝐨𝐟 𝐦𝐲 𝐜𝐡𝐚𝐨𝐬,
𝐭𝐡𝐞𝐫𝐞 𝐰𝐚𝐬 𝐲𝐨𝐮.”<––––––––––––––––––––––––––––––––>
Hutan Acranum, perkampungan Teygares
Mawar Naida, 6 tahun
BOOM!
Gara-gara letupan itu, tubuh badannya terlempar jauh. Jahar jeritan manusia menusuk gegendang telinga. Dentingan pedang saling beradu tenaga kekuatan. Berlaga besi mereka memenuhi ruangan. Malah, ada juga yang tak kurang menggunakan kuasa sakti mereka sebagai tanda pertahanan.
Dalam kepayahan, Mawar cuba bangkit kembali. Mengerah segala perca semangat berbaki, dia berdiri. Kali ini, Mawar dapat lihat dengan lebih jelas lagi. Pemandangan hadapan dia, tak ubah seperti lautan merah.
Percikan marak api menjilat setiap perumahan yang ada. Jingga kemerahan hiasi kanta. Menyala bakar segenap arah. Sekitar kawasan dibanjiri lautan pawaka kian hangat ketara. Menjulang tinggi dengan raungan manusia bergema jamah pendengaran.
Ibarat dodoian dimainkan sebagai penenang jiwa. Namun, dia lebih tahu yang semuanya ini bukan sekadar ilusi semata. Melainkan kenyataan sebenar dihadapinya benar-benar nyata. Erangan dan rintihan saling bersahutan. Rayuan dan tangisan kian berbalasan.
"Bunuh mereka semua! Jangan tinggalkan walau satu pun!"
"Keluar! Keluar!"
"Jangan melawan!"
Zap! Bam! Boom!
Peluru meriam membedil tiada henti. Busur panah dilitupi api menghujani kayu-kayan kediaman yang ada. Hentaman. Lebasan. Tumbukan. Dentingan.
Masing-masing cuba melindungi diri. Namun dalam keriuhan itu, mata Mawar hanya mencari kelibat sang keluarga. Bukan tentang keselamatan dia harus diutamakan, melainkan nyawa-nyawa insan tersayang yang perlu dia ketahui keberadaan mereka.
Mawar melotot. Seluruh sendi dimamah rakus. Mencarik segala kudrat yang ada, merebah lemah ke lantai buana. Yang saat ini, semuanya berlaku begitu pantas sekali.
Hakikat di mana, tidak pernah dia bayangkan walau sekali, hidupnya bakal berubah selepas ini.
"La... ri..." Perlahan. Sayup-sayup suaranya kedengaran.
Lambat-lambat, Mawar merunduk. Tampak bergelimpangan para manusia memenuhi ruangan tanah. Umpama kawah besar. Tiap-tiap jasad bernyawa dikumpulkan bersama. Sekeluarga dalam satu kelompok di tengah kawasan, sebelum kayu api dilemparkan dalam kawanan manusia yang dihimpunkan.
Tika itu, gemaan tangisan dan nyaring jeritan saling bersilih-ganti. Masing-masing menggelepar dalam hangat membara. Dibakar hidup-hidup. Ada tangan terkapai-kapai pohon bantuan. Ada juga separuh tubuh sudah terbakar legam dek api menyala. Semuanya sudah tiada daya. Putus asa.
YOU ARE READING
NASERIA: Memori Jiwa
Fantasy𝐍𝐞𝐬𝐫𝐲𝐧 𝐃𝐞𝐲𝐚𝐧𝐢𝐫𝐚 | 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐍𝐚𝐢𝐝𝐚 Dia, mawar berdarah. Renungan membunuh dan mematikan. Menawan mampu pikat sekali tundukan. Berduri bisanya membaham dalam. Benam tusukan hingga tumpahkan hanyir memerah. Indah, tapi berbahaya. I...