Malaysia
"Jangan habiskan ayam goreng tu lah abang !!" jeritan Laura bergema di setiap sudut rumah.
Geram dengan tingkah abangnya yang sengaja cari masalah dengan nya .
Semakin mahu menjerit rasanya setelah dia melihat ayam goreng terutama lagi bahagian peha sudah habis dimakan abang nya . Zaiyan.
"Muhammad Zaiyan bin Zhafran !!" Laura jerit kuat nama penuh abangnya.
Manakala Zaiyan sudah gelak terbahak bahak sehingga jatuh terduduk kerana telah dapat kenakan adiknya . Hampir merah mukanya sebab gelak terlalu banyak .
"Laura apa jerit jerit ni " mommy bertanya seraya berjalan keluar dari dapur.
"Abang ni , dia makan ayam Laura" adu gadis itu.
"Dah dah , ada lagi ayam nya" mommy hulur pinggan yang berisi banyak lagi ayam goreng.
Terus sahaja melebar senyuman Laura . Laju sahaja dia duduk di kerusi.
Zaiyan yang masih terduduk di lantai dia pijak sekuat hati di peha lelaki itu.
"Aghhhh !!" jerit Zaiyan.
Puas dia melihat abangnya jerit kesakitan.
Suasana makan yang hening dipecahkan oleh mommy yang mengajukan pertanyaan untuknya.
"Kamu mula jadi lecturer bila Laura ?" tanya wanita itu.
Laura yang sedang ralit termenung sedikit tersentak mendengar pertanyaan mommy nya.
"Minggu depan mommy " jawab Laura perlahan.
Mommy angguk .
"Nanti esok kita shopping beli baju baru " kata mommy.
"Baju kat almari tu banyak lagi kenapa nak beli baru ?" tanya Laura pelik.
"Takkan kamu nak pergi kerja pakai baju macam tu . Buat malu je " sindir mommy . Bukannya dia tak tahu kat almari baju anaknya hanya ada baju baju yang hampir semua kaler hitam.
Laura tersengih mendengar sindiran mommynya.
Dia iyakan sahaja perkataan mommy . Betul jugak takkan dia nak pergi kerja pakai baju full black .
Setelah selesai makan tengah hari , Laura menuju ke bilik nya .
Sampai sahaja di bilik , pintu almari dibuka . Kotak yang tersorok di dalam almari itu dia ambil .
Isi dalam kotak itu dia keluarkan satu persatu . Dia pandang gambar seorang lelaki berbaju putih .
"I'm back Riel. "
"Cantik nya baju ni . Sesuai dengan kamu " mommy tunjuk sehelai blouse kepada Laura.
Laura angguk kepala mengiyakan mommy . Walau dia tak suka baju style macam tu.
"Nah pergi cuba baju ni dekat fitting room" kata wanita itu sambil menghulur beberapa helai baju .
Laura terima huluran mommy . Dia berjalan menuju ke fitting room yang terletak tidak jauh dari tempat dia berdiri.
Telefon yang berada di tangan berdering minta diangkat . Laura melihat telefon sambil berjalan.
Akibat tidak fokus ketika berjalan membuat dia terlanggar sosok jejaka yang tinggi . Bahu jejaka yang keras itu buat dia sedikit terkebelakang .
"Auch , tak nampak orang ke hah ?" marah Laura sambil tunduk mengutip baju yang bertaburan di lantai.
Dia masih lagi tidak melihat siapa yang ia langgar. Selesai sahaja dia kutip baju baju dia bangun dengan riak mahu marah.
Tetapi seketika muka dia berubah setelah melihat jejaka itu rupanya ialah cinta pertama dia.
"Aariel.." Laura sebut perlahan nama lelaki itu .
Lelaki itu yang pelik lihat Laura seperti bercakap sesuatu bertanya .
"What you say ?" tanya lelaki itu.
"A..aah arr nothing " gugup Laura . Dia sedikit pelik melihat lelaki itu seperti tidak mengenalinya.
"E..erm sorry..." ucapan Laura terhenti tatkala suara lunak seseorang memanggil Aariel .
"U !" panggil seorang perempuan.
Laura pandang perempuan yang sedang jalan tergedik gedik menghampiri tempat ia berdiri.
"You pergi mana , puas I cari " ucap perempuan itu sambil memonyokkan muka.
Rasa mahu gelak sahaja lihat muka wanita itu . Rasa nak bagi penampar sedas.
Sedang mereka ralit bercakap Laura perlahan lahan pergi meninggalkan mereka. Tak mampu dia tahan rasa sakit hati melihat Aariel bermesra dengan wanita itu.
Sampai sahaja Laura di salah satu bilik . Dia bersandar di pintu . Termenung memikiran sikap Aariel .
"Dia dah tak ingat aku ke ?" muncul pelbagai soalan di otak nya.
Tak mahu terlalu lama memikirkan dia segera mencuba pakaian yang diberikan mommy .
Selesai sahaja dia terus berjalan menuju ke arah mommy yang masih lagi sedang membelek belek baju .
"Nah mommy , Laura ambik yang ni jelah . Jom balik " Laura hulur baju tersebut dekat mommy .
Entah kenapa dia rasa mahu balik .Mengingat yang Aariel juga ada di mall yang sama buat dia rasa tidak keruan.
"Aik , awal lagi ni Laura. Kita baru setengah jam kat sini " ucap mommy pelik .
"Laura rasa tak sihat lah mommy" dia beri alasan umum.
"Hurm yelah" mommy pasrah dengan tingkah anaknya.
"Wait" jeritan seseorang mengehentikan langkah Laura.
Dia berpaling kebelakang alangkah terkejut nya dia melihat orang yang menjerit itu ialah Aariel.
"Panggil saya ke ?" sopan Laura bertanya , manalah tau dia panggil orang lain.
"Yes" jawab Aariel.
"Ada apa ?" tanya Laura sekali lagi.
Seketika hening , sunyi . Dia dan juga Aariel masing masing diam .
Aariel yang memandang lama muka Laura buat dia rasa seperti cacing kepanasan . Ada sesuatu ke kat muka dia.
"Sorry?"
Suara Laura menyedarkan Aariel . Dia berdehem sedikit menghilang kan gugup.
"E..eh tak da , aku cuma nak bagi balik dompet kau " Aariel hulur sebuah beg dompet bewarna hitam.
"Eh Ya Allah , tak perasan dia terjatuh" ucap Laura . Bila pulak dompet ni jatuh.
Tapi satu manfaat jugak dompet ni jatuh , dapat dia berjumpa dengan cinta pertama dia lagi sekali.
"Thank you " ucap Laura sebelum dia pamit mahu pulang.
Aariel hanya pandang tubuh Laura yang sedang jalan membelakangi dia dengan pandangan yang ...pelik .
"I miss you so much my Aura" bisik Aariel dalam hati.
bersambung.......
YOU ARE READING
meet again
RomanceLAURA ZULAIKHA Seorang gadis yang masih lagi mencintai crush nya dari zaman sekolah . Walau sudah bertahun tidak bersua , hati nya masih lagi terpaut pada jejaka itu. Siapa sangka hanya dengan latihan kebakaran dia dapat berjumpa semula dengan cint...