bab 41

45 2 0
                                    

Loceng pintu yang melekap pada sebelah dinding diselimuti dengan warna kelabu asap ditekan berkali-kali dan keluhan panjang yang jelas kedengaran berselang-seli. Hampir sepuluh minit dia lakukan aksi itu namun tiada apa yang berubah seperti pintu terbuka dengan sendiri ataupun ada kepala yang menjengah.

Apa? Ingat Kuntom ni halimunankah? Sampaikan tiada sesiapa yang mahu perasan dia sudah berdiri di luar ditemani cahaya terik ini.

"Betullah ni alamat rumah tu. Tapi kenapa macam tak ada orang aje." Omel Kuntom. Dia sekali lagi menyemak alamat yang tertulis di atas cebisan kertas kecil.

Tak lama selepas itu, bunyi hon daripada Peugeot warna biru menghinjutkan bahu. Kereta itu berhenti betul-betul di belakangnya dan semestinya dia berkelakuan seperti mak cik kepoh. Mata cuba menembusi tingkap kereta yang sangat gelap dari luar tapi tak berjaya.

"Siapa pula tu?" Bisiknya sendiri.

Klak!

Pintu kereta bahagian penumpang dibuka, satu kaki kelihatan dan seterusnya sebelahnya lagi. Masih lagi Kuntom tidak dapat meneka milik siapa bayang dan kaki itu sehingga susuk tubuh yang dia kenal dan wajah Rina muncul.

"Mak?"



Mangkuk kaca besar yang diisi dengan segunung nasi panas sekarang tinggal separuh. Bahkan dua jenis lauk yang dimasak dengan tergesa-gesa juga tadi sudah luak dijamah Kuntom. Barangkali dia mungkin tidak makan dengan kenyang untuk beberapa hari. Dari belakang, Rina dan Faleq perhatikan. Wajah Faleq jelas kelihatan yang dia tidak suka dan rasa yang Kuntom sangat menyebalkan.

Tiba-tiba dia teringat segala perbuatan jahat yang pernah dia lakukan pada isterinya. Faleq mengapitkan kedua-dua tapak tangannya yang besar pada pipi Rina lalu memandang tepat ke dalam iris.

Rina tampak bingung seketika. Alisnya terjongket. "Why?"

"Why? Kau boleh tanya aku kenapa? Aku yang sepatutnya tanya kenapa kau sungguh-sungguh masakkan semua makanan tu untuk dia." Bahasnya tidak senang hati. Sudahlah lauk-lauk yang ada dalam peti ais itu untuk stok seminggu mereka tapi memandangkan ada pula yang menyinggah tanpa diundang, terpaksalah dia membeli lagi.

Rina mengeluh kecil. Tangan yang melekat pada pipi itu diraih lalu diusap-usap. Cuba untuk tenangkan hati yang mungkin sedang membara.

"Awak...itukan mak saya..."

"Tapi mak tiri." Pintas Faleq.

"Iya, saya tahu tapi awak ingat saya sanggup tengok dia kelaparan? Muka dia pun makin cengkung. Kalau awak jadi saya, awak sanggup?"

Dia terdiam.

"Aku geram. Lagi-lagi masa kau seorang aje yang terperangkap dalam kebakaran. Diaorang biarkan kau! Kalau aku lambat sikit, entah-entah kau..."

"Tak apalah. Semua tu dah jadi sejarah. Kalau saya nak ungkit tentang tu, tak akan habis satu hari." Kata Rina, lembut dan menenangkan.

Faleq semakin lembut hati. Wajahnya teduh mendengar kata-kata dari seorang isteri. "Sorry..."

"Saya faham awak terlalu ikut emosi. Tapi walau apapun yang terjadi, dia masih mak tiri saya yang pernah jaga dan besarkan saya. Ikhlas atau tak tu, belakang cerita." Tuturnya. Ya, tidak kiralah sekejam apa yang telah Kuntom lakukan pada diri itu, tidak pernah terdetik dalam hati untuk dia membalas semula perbuatan jahat itu. Kalau dia buat benda yang sama, sama sahaja dia dengan Kuntom. Tak ada beza.

Dia menyusun tapak menghampiri Kuntom yang sedang menjamu selera dengan betul-betul penuh nikmat. Faleq terus mengikut langkah Rina. Kerusi di hadapan Kuntom ditarik, melabuhkan punggung dan memandang Kuntom. Terbit rasa kasihan pada orang tua beruban itu.

Faleq Nisrina [HIATUS]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang