"Weh, cuba kau pasang tv tu aku nak tengok bola ni" kata Pudin
"Yelah aku duk bukak lah ni, aku harap MU Menang Ah" Jauzi mengambil remote lalu menekan tombol butang remote untuk menyalakan televisyennya yang agak lama jenama Sharp. Walaupun sudah masuk tahun 2024 mereka berdua masih menggunakan Tv jenis lama yang berbentuk segi empat...
Televisyen dipasang, terdengarlah suara pengulas sukan yang berkumandang dari televisyen... Sedap mereka asyik menonton siaran langsung bolasepak Inggeris... Tiba-tiba siaran bola dipotong dengan pengumuman berita...
"Asal ada berita pulak ni, bukan pukul 12 tengah malam dah ke?" Pudin menggaru kepalanya yang hairan dengan siaran berita tergempar...
Dalam skrin televisyen tersebut dipaparkan seorang lelaki berbadan sedikit gempal berjalan ke arah meja pemberita.
Lelaki itu membetulkan pakaian uniform tenteranya dan juga beret berwarna Kelabu...
Lelaki Itu duduk dan berdehem untuk memulakan ucapannya...
"Kepada rakyat Republik Kalatana, pada tanggal 1 Februari, pihak tentera telah menyerbu istana presiden dan menjumpai bukti bahawa tuan presiden Imran telah melakukan penipuan dalam pilihanraya 25 Januari yang lalu."
"Ini telah membuktikan bahawa Tuan Presiden Imran dan parti LKK telah membelot terhadap rakyat serta perlembagaan Kalatana. Oleh itu, dengan kuasa saya sebagai general utama Tentera Nasional Kalatana telah mengambil alih pemerintahan Kerajaan Kalatana"
"Wahai rakyat Kalatana, negara kita telah diasak dari pelbagai sudut. Oleh pasukan pemberontak yang cuba untuk menggugat kestabilan negara kita ini, dengan adanya puak pemisah wilayah Selatan iaitu BPS (Barisan Pembebasan Sham) yang telah melakukan serangan terhadap Pos kawalan polis di sempadan negeri Sham dan negeri Tampaat"
Dipaparkan video segerombolan lelaki lengkap bersenjatakan Raifal automatik menembak lima anggota polis sempadan dan seorang lelaki yang memakai keffiyeh melemparkan bom tangan ke arah pondok polis sempadan...
"Dan Di Wilayah negeri Utara Kumpulan GLM (Gerakan Langkora Merdeka) telah mengebom kompleks beli belah bandar utama Langkora Iaitu Langkasuka."
Memaparkan gambar-gambar keadaan sebuah pusat beli-belah yang telah dibom oleh pasukan pemberontak. Kelihatan cebisan mayat-mayat berselerakan akibat impak yang kuat...
"Kumpulan-kumpulan pemisah ini telah melanggari gencatan senjata dan perjanjian diantara kerajaan persekutuan Republik Kalatana Untuk menghentikan sebarang kegiatan keganasan bagi membina proses kerajaan autonomi""Saya Jeneral Nik Kamarul, selaku Jeneral utama Tentera Nasional Kalatana mengeluarkan arahan untuk melakukan serangan terhadap kumpulan pemberontak ini"
"Wahai rakyat Kalatana, tepat pada pukul 1230 malam perintah berkurung akan dikuatkuasakan demi mengelakkan darurat, sebarang tindakan seperti berkumpul di luar, melakukan protes dilarang!"
"Sebarang informasi dan berita luar akan disekat untuk mengelakkan propaganda disebarkan kepada Rakyat Kalatana untuk menjaga tatatertib masyarakat"
"Akhir sekali saya menyeru kepada rakyat Kalatana supaya taat setia lah kepada negara, jauhilah propaganda BPS dan GLM yang cuba meracuni rakyat demi kepentingan mereka yang dapat menghancurkan Kalatana"
"Sekian, terima kasih, Dirgahayu Kalatana!" Siaran televisyen dimatikan...
"Weh Pudin, apa sudah jadi kat negara kita ni?" Jauzi melihat Pudin yang kelihatan resah seperti cacing kepanasan.
"Tahlah" kedengaran bunyi notifikasi telefon milik Pudin. Pudin mengambil telefonnya dan melihat satu notifikasi mesej.
*"Weh jom turun dataran Kota Nusantara, ramai duk protes dengan rampasan kuasa"*
"Siapa mesej tu?"
"Ahhh Amir, dia ajak pergi protes Kat dataran Kota Nusantara, jom weh" kata Pudin
"Weh Pudin kau gila ke apa? Kan ada perintah berkurung, kalau kena tangkap dengan polis macamana?"
"Ahhh aku tak kisah, aku rela kena tangkap berbanding hidup berkurung ni kau takkan tak tahu macamana waktu COVID Dulu?"
"itu lain yang ni lain, ni bukan penyakit, ni isu politik bang!" Jauzi meninggikan suara kerana jengkel dengan kenyataan Pudin.
"Ahh lantak kaulah, aku nak bersiap, kalau kau nak ikut cepat siap, kalau tak nak sudah. Rela mati bermaruah dari mati dijajah!" Pudin lantas bangun dan terus ke bilik untuk menukar pakaian... "Yelah yelah aku ikut"
Bersambung...
YOU ARE READING
KUDÉTA
ActionKucar-kacir telah berlaku di Republik Kalatana dimana Jeneral Utama Tentera Nasional Kalatana iaitu Jeneral Nik Kamarul telah melakukan rampasan kuasa terhadap kerajaan persekutuan Kalatana. Ditambah dengan kejadian serangan terhadap Pos kawalan pol...