What If ; Kehilangan.

355 54 7
                                    

Sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. Terima kasih

๋࣭ ⋆。 °✩

Warning ;; Cuma what if! Tak ada kaitan dengan jalan cerita sebenar. Adlyn cuma 7 tahun dalam plot ringkas ini. Selamat membaca!

Adlyn adalah anak gadis yang ceria. Dibesarkan dengan penuh perhatian dan kasih sayang oleh ibu dan baba. Meskipun Adlyn samar-samar mengingat tiap kenangan bersama ibu dan baba, namun setiap satunya tetap terasa ada.

Kepingan-kepingan memori kecil Adlyn sentiasa ada.

Cinta yang begitu besar terasa sejak mata indah Adlyn samar-samar melihat dunia buat pertama kalinya hingga kini, boleh mengingati paras rupa indah ibu dan paras rupa kacak baba. Dari yang cuma boleh bergumam tak jelas dan menangis, kini lancar menyebut 'ibu' dan 'baba' dengan lancar.

Usianya baru 7 tahun, baru boleh menyebut kalimat-kalimat baharu dan mengejanya meski tersilap, namun baba kan ada! Baba selalu betulkan Adlyn jikalau dia tersilap. Baba kan superhero Adlyn!

"Kakak happy tak?"soal baba dari kerusi pemandu. Terus angguk teruja Adlyn hadiahkan. "Happyyy!"sahutnya semangat. Ibu yang memerhati dari seat sebelah pemandu terus ketawa lucu saat melihat anak gadisnya itu sudah huru-hara penampilannya.

Cekak reben miliknya sudah menjadi hiasan dahi kerana cekak itu melorot jatuh akibat Adlyn yang aktif. "Ya Allah, selekehnya anak aku."gumam ibu sembari membawa Adlyn yang duduk di kerusi belakang itu ke atas ribanya.

"Kakak ni, tertanggal dah reben ni. Kata nak pakai reben sebab nak nampak macam ibu yang cantik kebaboom ni,"ibu kesat juga wajah Adlyn yang berpeluh-peluh, "Selekehnyaaa,"

Adlyn ketawa saat ibu gelitik perutnya yang sedikit membuncit itu. 

"Sayang, letak baby dekat belakang..."baba buka bicara namun ibu masih fokus membetulkan baju Adlyn. "Kejap, nak betulkan dress princess ni,"sahut ibu. 

Manakala Adlyn sibuk memerhati luar kereta melalui cermin, mata kecilnya melihat tiap pokok yang mereka lintasi. Membayangkan seberapa seronok hari ini akan dilaluinya. Adlyn tak saba—

"ABANG!!"

Sayangnya, cermin kaca yang Adlyn lihat tadi tak semena menggelap dengan bunyi dentum kuat. Adlyn dapat rasakan tubuhnya sedikit melayang, dan telinganya dapat menangkap suara ibu dan baba yang menjerit panik.

Adlyn pejam mata takut, dan menggapai tubuh ibu buat didekap. Namun sayangnya, keadaan kereta yang terbanting buatkan dia terlempar ke segala arah dan terlepas rangkulannya pada ibu. "Ibu!"

Jantungnya berdegup kencang, dan dia bingung harus bereaksi bagaimana. Ini lebih menakutkan dari dimarahi Teacher Dania saat dia mengambil nugget temannya. Juga lebih menakutkan dari suara baba yang menegur kesilapannya.

Adlyn dapat lihat dengan jelas ada cecair merah yang mengalir di bawah kereta, dan tangan ibu yang bergerak-gerak kecil sebelum kembali kaku. Sama seperti baba yang bahkan sedari awal sudah tidak bergerak.

Adlyn bingung.

Bunyi riuh dari luar kereta dan kerumunan orang buatkan dia makin bingung. Kesemua mereka sedang berusaha mencari cara untuk mengeluarkan ibu dan baba yang sudah terhimpit di bahagian hadapan kereta yang kemik teruk.

"Ada budak! Anak dia selamat!"

Adlyn dapat rasa ada banyak tangan yang cuba meraihnya, 

Namun itu bukan tangan ibu mahupun baba.

Adlyn mahu meminta tolong mereka, buat mengejutkan ibu dan baba... Jangan biarkan ibu dan baba di sana, pasti mereka kesakitan. Kejutkan mereka supaya mereka boleh tidur di atas katil.... Namun bibir Adlyn kelu. Cuma tangis yang mampu dia keluarkan saat ini.

Gadis Untuk Tuan Putera [What If]Where stories live. Discover now