1

2 1 1
                                    

    Dua das tembakan di lepaskan. Lelaki yang cuba lari itu kini terdampar di atas jalan tar di lorong gelap itu. Darah yang banyak keluar dari kepala lelaki itu. Wanita yang memakai topeng muka diwajahnya dan berpakaian suit yang lengkap mendekati lelaki itu. Tudung yang terletak elok di atas kepala itu diperbetulkan sedikit.

    Wanita itu senyum sinis. "I told you, never make Lily mad or die.. But... Looks like you choose to die.." Dia kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang. Seketika, panggilan di jawab. "Oi, kau kat mana?" Tanya  Lily kepada lelaki di telefon.

    Kedengaran seperti lelaki di talian sedang berlari dengan tergesa-gesa. "Lady boss, Saya baru je lepas makan. Maaf! Saya tengah on the way ni. " Lily terus meletakkan panggilan. "Orang suruh jaga kereta dia pergi kaluar makan. Haihh..." Seketika, Alif  tiba di sebelah Lily.

    Dia cuba menenangkan kembali nafas nya yang laju. "Sorry, Lady boss.. Jangan marah na~" Dia senyum tak bersalah. Lily menggelengkan kepalanya. "Dah... Ambik lelaki ni dan pergi letak dekat pondok masjid. Macam biasa. " Dia mengarahkan lelaki itu.

    Alif angguk tanda faham. Lily terus pergi keluar dari lorong gelap itu. Topeng muka yang tersarung elok dimuka dilepaskannya. Dia berjalan di sekitar bandar lama itu. Walau tiada orang, dia tetap perlu berhati-hati.

    Ketika dia sedang berjalan menuju ke keretanya. Laluan ke sana akan melalui lorong gelap. Tap, tap, tap. Bunyi kasut ketika dia berjalan. Semasa dia berjalan, dia ternampak satu sosok tubuh yang terbaring di dekat dinding dalam keadaan lemah.

     Dengan berhati-hati dia mendekati sosok tubuh itu. Dia cuba untuk memastikan bahawa lelaki yang sedang terbaring lemah itu salah seorang daripada mereka atau bukan. "Kau buat apa kat sini? Kau anak buah petai tu ke?" Tanya Lily.

    Perut lelaki itu terdapat banyak darah yang keluar akibat tikaman pisau. "T-tolong saya... Saya kena langgar... " pinta lelaki itu. Lily melihat ke sebelah kiri dan kanan. Di sebelah kanan, terdapat sebuah motorsikal yang sudah rosak akibat dilanggar dari depan.

    Lily juga ternampak ada sebilah pisau yang diselimuti darah. Dia mengalihkan pandangannya ke lelaki itu. "Sakit?" tanya Lily dengan slumber. Lelaki itu menganggukkan kepalanya. Lily senyum sinis. "Aku akan tolong kau. Tapi sorry lah.. Aku kena dukung kau. Tak ape kan?" lelaki itu menganggukkan kepalanya lagi sekali.

    Lily dengan berhati-hati mendukung lelaki itu. Terbeliak luas mata lelaki itu. 'Kuat gila perempuan ni.. Dia angkat aku macam angkat beras je.'

     Lily membawa lelaki itu menuju ke arah keretanya. Setiba di kereta Proton X50 miliknya, dia meletakkan lelaki itu di seat belakang. Lily berjalan menuju ke seat hadapan.

       Kemudian, kereta Proton X50 itu berjalan meniggalkan kawasan lorong gelap itu. Lily membawa kereta menuju ke rumahnya. Semasa dalam perjalanan. Lily memerhati lelaki itu bergilir dengan pandangannya ke hadapan.

    Lily akhirnya memecahkan kesunyian. "Nama kau apa?" tanyanya. Lelaki itu kelihatan dalam kesakitan. "I-Irfan Khairul.. Awak?" Jawab lelaki itu sedikit gagap kerana menahan sakit. "Lily Camelia."

    Kereta itu ter parking elok di depan rumah banglo milik wanita berusia 27 tahun itu. Dia keluar dari kereta tersebut dan menuju ke tempat duduk belakang. Lily memapah badan lelaki itu dengan berhati-hati. Lily membawa lelaki itu memasuki rumahnya. Mereka disambut oleh pekerja wanita yang berpakaian suit lengkap.

    Wanita itu membantu Lily memapah lelaki itu ke bilik tetamu di tingkat 1. Irfan baring ke atas katil dengan berhati-hati. "Kau tunggu dulu. Nanti ada lelaki yang akan masuk dalam bilik kau dan tolong ubat luka kau. " Lily ingin berjalan keluar bersama wanita yang kira-kira berumur 40 an. "Awak.. " panggil Irfan. "T-terima kasih. "

    Lily hanya menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi. Pintu bilik itu ditutup rapat. Ketika dia memusingkan badannya untuk pergi. Tiba-tiba... "GAAHH" tangannya dengan laju menampar muka lelaki di hadapan nya. Lelaki itu menjerit kesakitan. "Sakit.. " Lily terus menolak lelaki itu ke tepi. "Ada tetamu dalam bilik tu. Kau tolong jaga kan dia untuk aku. "

    Lelaki muda berusia 18 tahun itu menganggukkan kepalanya dan terus masuk ke bilik itu. Lily terus berlalu pergi ke biliknya untuk membersihkan diri.





      Wanita berumur 30an itu berjalan menuju ke lorong yang dipenuhi oleh polis. Semua orang memberi laluan kepadanya. Dia mendekati mayat lelaki itu. "Inspektor Amanda, lelaki ini didapati kes dibunuh yang serupa dengan 'Miss love'." kata lelaki yang sedang memeriksa mayat.

    "Mana kau tahu? " tanya Inspektor Amanda. Lelaki itu menunjukan kesan torehan pisau di leher yang bertulis. 'LOVE'. Inspektor Amanda menggelengkan kepala dan mengeluh. "She's back... Ugghh.. " dia duduk mencangkung dan melihat pergelangan tangan lelaki itu.

    Terdapat satu nota. Yang ditulis menggunakan darah. 'Aku bunuh dia sebab dia dah bunuh keluarga dia. Kau patut tangkap dia dah lama! Pergi ke rumah dia. *alamat* ambil mayat mereka. Percaya cakap aku!!' Inspektor yang membaca nota itu rasa kecewa.

    "Kenapa dia tak jadi Detective je kalau dia bijak sangat... " Dia bangun dari situ dan bergerak pergi.

Villain or Hero? Which one do you like?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 17 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I Love You... Where stories live. Discover now