BAB:87

1.7K 41 4
                                        



DUA bulan sudah berlalu pergi. Kehidupan Hayfa dan Ghazi kini menjadi lebih bahagia daripada sebelumnya. Semua berkat daripada Allah yang memberi peluang kepada mereka untuk mengecapi bahagia. Macam-macam berlaku dalam kehidupannya yang banyak dengan liku-liku memberi pengajaran buatnya.

Dengan berkat kesabaran selama ini menantikan zuriat daripada rahimnya sendiri akhirnya membuahkan hasil. Rupanya keinginannya terhadap benda yang pelik-pelik itu mempunyai petanda yang dirinya sedang membawa janin di dalam Rahim.

Hayfa duduk di atas sofa itu sambil menonton televisyen. Tersenyum dirinya mengingatkan lelakinya yang sekarang ini banyak memberi perhatian kepadanya. Rasa disayangi dan dicintai. Dalam dia dilema lamunan, suara yang amat dikenali memberi salam menerpa telinga.

"Assalamualaikum sayang."

Terperanjat dirinya. Tangannya mengambil alih mengusap dada. Nasib baik mulutnya tidak mengeluarkan sebarang perkataan melainkan reaksi muka sahaja.

"Waalaikumussalam abang. Terkejut saya. Bila abang masuk?"

"Abang baru je masuk. Sayang tu dah kenapa tersengih sorang diri." tangan kekasih hati dicapai dan dikucup. Kedua-dua pipi itu juga menjadi singgahan bibirnya. Hayfa sedikit pun tidak menghalang malah betambah selesa Hayfa dengan belaian tersebut.

"Awal abang balik hari ni?"

"Abang rindukan sayanglah." balas Ghazi selamba. Tubuhnya perlahan-lahan dibaringkan dan kepalanya diletakkan di atas peha Hayfa. Tangan Hayfa memainkan peranan mengusap rambut lelaki itu.

"Ish apa pula macam tu. Mana boleh balik sesuka hati abang." tegur Hayfa. Kalau iya pun rindu mana boleh tinggal kerja dan balik tak ikut waktu.Tak professional dan disiplin dalam kerja.

"Abang dah minta kebenaran daripada Mejar Zulkifli. Dia izinkan. Lagipun abang balik awal sejam je."

"Yelah. Abang betul." mengalah Hayfa. Itu kerja suaminya. Dia tidak tahu menahu sangat pasal kerja lelaki itu.

"Macam mana dengan baby? Dia ada buat perangai?" wajahnya disembamkan ke perut itu. Dikucup lama. Tak sabarnya mahu melihat cahaya mata itu keluar. Akan dijaga dengan baik. Dia takkan cuai lagi. Cukuplah dia pernah kehilangan anaknya sebelum ini itupun sudah sakit inikan pula isterinya yang pernah keguguran untuk kali ketiga. Dia sendiri tak dapat tanggung kesakitan tu macam mana. Isterinya ini seorang wanita yang sangat hebat.

"Eh mana adalah. Dia baik je dalam ni."

"Abang. Orang kata kalau suami sayangkan isteri mesti dia yang dapat alahan macam-macam tapi kenapa abang tak pun. Abang tak sayang saya ke?"

Ha sudah. Pertanyaan apakah ini. Mmapus dia.

"Nonsense. Kalau abang tak sayangkan sayang macam mana sayang boleh mengandung. Abang bukan saja sayang malah cinta mati tau dengan sayang. Sayang lupa ke apa yang jadi dekat abang bulan lepas. Abang yang dapat morning sickness. Pening kepala. Muntah-muntah. Itu semua abang yang tanggung tau."

Tersengih Hayfa dengan kata-kata itu. Betullah suaminya yang menanggung semua itu. Dia hanya mengidam saja. Selebihnya lelaki itu yang tanggung. Tertawa kecil dirinya mengingatkan perkara itu.

"Abang. Saya tiba-tiba teringin pula..."

"Jangan macam-macam sayang. Abang tak nak sayang minta yang bukan-bukan lagi. No untuk kali ni." amaran keras diberikan. Dia sangat masak jika wanita ini sudah keluarkan keinginnanya. Dia pelik. Isteri orang lain mengidam inginkan makanan yang isterinya ini banyak melibatkan asset-aset tentera. Sangat pelik.

"Bolehlah abang."

"Abang dah serik dah dengan sayang. Abang boleh tunaikan keinginan sayang tapi tak melibatkan kem abang." matanya naik ke wajah itu yang sudah bertukar mendung.

Cinta Yang Ku Harapkan (BAKAL TERBIT)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang