episode 2

34 0 0
                                    

~ sambungan episode lepas ~

//Di Rumah Freen

*lewat malam. Freen pulang dalam keadaan mabuk bersama seorang gadis. Ibu bapanya sedang menunggu di ruang tamu.

"Freen, cukuplah! Sampai bila kamu nak teruskan perangai macam ni?" -marah farahya

"Relaks lah, Ma. Hanya satu malam lagi. Esok, aku akan okay. Lagipun, aku belum kahwin pun" -ucap freen sambil ketawa

"Kamu takkan pernah okay kalau terus macam ni! Kita dah umumkan perkahwinan kamu dengan Becky, dan ini cara kamu balas jasa kami?" -marah encik arun

"Aku tak minta pun kahwin ni. Kalian yang paksa! Aku tak setuju pun..." -ucap freen

"Kami buat ni sebab kami sayangkan kamu, Freen. Becky gadis yang baik. Takkan kamu tak nampak yang kamu sedang musnahkan hidup sendiri?" -ucap farahya

"Aku tak peduli. Hidup ni hidup aku, bukan hidup kalian" -ucap freen

*Gadis yang dibawa Freen, kelihatan tidak selesa, mula bergerak ke arah pintu,tetapi freen sempat memegang tangan nya

"Ini mesti dihentikan sekarang. Kalau kamu nak terus tinggal di bawah bumbung ni, kamu kena hormat kami dan Becky" -ucap encik arun

"Atau apa? Kalian nak halau aku keluar? Baiklah. Aku tak kisah pun" -ucap freen dengan padangan tajan

*Freen masuk ke biliknya, meninggalkan ibu bapanya dalam keadaan kecewa,selepas itu Freen membawa gadis itu masuk ke biliknya.

~Keesokan harinya~

*ibu bapa Freen masuk ke bilik Freen untuk membangunkannya. Mereka terkejut melihat Freen dan gadis tersebut tidur di satu katil tanpa berbaju

"Freen Calvin Louis! Apa yang kamu dah buat ni?!"  -ucap farahya

"Freen! Bangun sekarang! Kamu dah gila ke?!" -marah encik arun

*Freen mengerang sedikit, membuka mata, tetapi masih mamai. Dia melihat ibu bapanya berdiri di pintu dan gadis itu di sebelahnya.

Apa ni? Kenapa bising pagi-pagi ni?" -ucap freen

"Lihat apa yang kamu dah buat! Family Becky akan datang ke rumah pagi ni" -ucap farahya

"Apa? Hari ni?" -ucap freen

"Ya, hari ni. Kamu fikir kamu boleh buat apa sahaja tanpa pedulikan perasaan kami? Sekarang cepat, bangun, dan bersihkan diri. Kami tak akan biarkan mereka tahu apa yang terjadi" -ucap encik arun

"Baiklah, baiklah... Aku akan uruskan. Tenanglah" -ucap freen lalu duduk di katil

"Kamu pun, keluar dari sini sekarang!" -ucap farahya

"janganlah marah baby freen tu" -ucap freen sambil tersenyum

"banyak lah kamu punya baby" -ucap farahya

*Gadis itu dengan cepat mengumpulkan pakaiannya, sambil Freen hanya memandang kosong

"Lepas ni, Freen, tak ada lagi gadis-gadis lain! Becky akan datang dengan keluarganya, dan kamu lebih baik tunjukkan yang kamu sudah berubah!" -ucap encik arun

"Aku tahu, ayah. Aku tahu." -ucap freen

*Freen bangun perlahan-lahan dan menuju ke bilik mandi, meninggalkan ibu bapanya yang kecewa,Freen sedang di bilik mandi membersihkan diri. Di luar, ibu bapanya menunggu dengan penuh kegelisahan kerana keluarga Becky akan tiba bila-bila masa sahaja.

"Macam mana kalau keluarga Becky tahu? Kita tak boleh sembunyikan perangai Freen selamanya!" -ucap farahya

"Kita tak ada pilihan, buat masa ni kita kena pastikan semuanya berjalan lancar. Aku tak sanggup tengok hubungan ni musnah sebelum ia bermula" -ucap encik arun

LOVE IN THE DARK (FREENBECKY)Where stories live. Discover now