Melissa hilang keseimbangannyan lalu rebah kebelakang dan terduduk atas lantai. Burger dagingnya yang masih bersisa berterabur atas lantai.
Tangan kanannya mengurut dahi manakala tangan kirinya mengusap punggungnya. Berkerut wajah gadis itu menahan sakit.
Pelajar yang berlanggar dengan Melissa tadi kelam kabut menghampiri gadis itu. Wajahnya kelihatan bimbang.
"Sorry Cikgu. Saya tak sengaja tadi. Cikgu tak apa-apa ke?" soal pelajar itu.
Melissa mendongak dan merenung wajah pelajar yang cuai itu dengan tajam. Entah kenapa, api kemarahannya padam serta merta.
"Don't worry Mikael. Cikgu ok" jawab Melissa tenang mungkin.
"Err. Sini saya tolong cikgu" kata Mikael lalu memapah Melissa supaya berdiri tegak. Mereka kemudian duduk di sebuah kerusi panjang yang berdekatan.
Di saat itu, Mikael terpandang dahi Melissa. Pemuda itu melopong seketika.
'Lebam?! Mampus aku kalau dia tahu!' Getus Mikael dalam hati
"Sakit sangat ke Cikgu?" soal Mikael.
"Oklah, taklah sakit sangat" balas Melissa sambil mengurut-urut dahinya
'Rasa macam bergegar pulak otak aku dibuatnya. Kepala budak ni ada batu ke?' Kata Melissa dalam hati.
Mikael melihat dahi Melissa lagi, lebamnya kelihatan semakin besar pula.
"Err, cikgu tunggu sini jap boleh. Saya pergi beli ais jap"
Melissa hanya mengangguk. Takde mood nak berkata apa-apa. Memandangkan Cikgu Melissa hanya menunduk dan berdiam diri, Mikael bingkas bangkit dan berlari ke kantin.
2 minit kemudian...
"Nah cikgu!"
"Ooo0oo meletupp!" latah Melissa sambil mengurut dadanya.
"Sorry! Sorry! Tak sengaja"
Mikael melekapkan kedua-dua tapak tangannya dan tertawa kecil.
"Awak ni! Lain kali jangan buat macam tu, boleh sakit jantung saya" balas Melissa sebelum mengerling wajah Mikael dengan tajam. Mikael hanya tersenyum dengan telatah Melissa ketika itu. Comel.
"Sorry lah cikgu. Lain kali tak buat dah. Janji. Nah, ais. Letak lah kat dahi cikgu tu. lebam dah tu saya tengok" kata Mikael sambil tersengeh-sengeh macam kerang busuk.
Spontan, dahi Cikgu Melissa yang dah lebam itu, berkerut.
"Ha! Lebammm?!"tanya Melissa separuh menjerit.
"Sorry cikgu. Peace no war yo!" Kata Mikael dengan lantang lalu dia berlari pantas meninggalkan Melissa.
"Eh Nanti!" jerit Melissa.
Mikael tidak menghiraukan panggilan dari Cikgu Melissa, malah, dia mencepatkan lariannya sehingga dia hilang dari pandangan.
"Eiii budak ni! Dia boleh main blah jer tinggalkan aku sini. Macam ni nak jadi pelajar terbaik? Playboy konon! Playboy taik kucing. Haa tengok, kan dah membebel dah aku ni" Melissa berleter sendirian macam makcik-makcik.
Kelam kabut dia menyeluk beg tangannya dan mengeluarkan cermin kecil yang digunakan untuk bersolek. Dia melihat dahinya sendiri menerusi cermin kecil itu dan mengeluh berat.
'Haih! Macam mana nak masuk kelas besok dengan dahi macam ni! Ni baru 1st day. Adoi! Ni semua si budak Mikael tu punya pasal! Geramnya aku! Sabar Mel, Sabar. Nanti besok siap lah aku kerjakan kau Mikael' omong Melissa dalam hati.
Dengan api kemaraham kembali membara, Cikgu Melissa bangkit dari situ dan berlalu pergi.
**********
"Fuhh! Letih nyer! Dahlah cuaca panas. Apa lah nasib aku hari ni" Setelah menyandarkan dirinya ke satu dinding tidak jauh dari mana Melissa duduk.
YOU ARE READING
Cikguku Sayang
RomanceMikael, seorang pelajar yang tinggi lampai, tampan serta senyuman yang mampu memukau mana-mana gadis yang melihatnya. Tetapi Mikael ni seorang playboy, dia tidak akan setia dan tidak akan jatuh cinta walaupun ramai pelajar perempuan yang cantik jeli...