04

224 17 0
                                    

Seminggu berlalu, kini baru ada sedikit kekuatan untuk dia membaca surat yang diberi oleh Puan Hasnah ibunya Elina tempoh hari.

Noah membuka laci nightstand dan mengambil surat tersebut. Lalu dia melabuhkan duduk dibirai katilnya. Perlahan-lahan dia membuka lipatan surat itu. Dia mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum mula membaca surat yang ditulis oleh Elina itu.

Noah.. I'm truly sorry about what I have done to you, sayang. Mungkin waktu you baca surat ni, I dah tak ada diatas muka bumi ini lagi.

I tahu you mesti kecewa dengan I. I minta maaf, I dah terlanjur dengan dia. Yes, I admit I pernah curang dengan you waktu kita bercinta dan waktu you study dekat UK. I know it's a big mistake, I curang.. I kecewakan you..

I dapat tahu yang I mengandungkan anak dia. Jadi I beritahu dia. Dia tak nak percaya dan dia tuduh I. Dia cakap ni anak I dengan you, sedangkan you tak pernah sekalipun sentuh I. Dia tak nak bertanggungjawab. I kusut sangat, fikiran I bercelaru. Hari-hari I nangis.

If kita kahwin, I tak sanggup nak tipu you. You tak bersalah, dan I terlalu takut untuk jujur pada you. I malu Noah, I malu sangat nak hadap you. I dah kotor. Tapi semua ni jadi atas kerelaan I juga. I sayang sangat dengan you, tapi I curang dengan you.

I takut sangat.. mungkin ini adalah pilihan yang terbaik.

You orang yang baik Noah, I yang jahat. You tak patut dapat perempuan kotor macam I..

I doakan you jumpa pengganti I, yang jauh baik dari I. Setanding dengan you.

Maafkan I Noah.. I love you..

Sesudah membaca surat yang ditulis oleh Elina itu, air jernih mula mengalir dipipinya. Air mata yang pertama kali mengalir selepas kematian Elina.

Sedikit penyesalan tercoret dihatinya. Dia kesal kerana tidak dapat menghalang perbuatan bodoh tunangnya.

"Pilihan terbaik? Bunuh diri?" sinis Noah menyoal sendirian.

"Tu pilihan paling bodoh Elina! Instead you boleh je terus-terang dengan I. Memang I akan marah dan kecewa because you.. you betrayed me Elina. You cheated on me!"

"We can try to fix it, but you chose to murdered." rintih Noah sendirian sambil meronyokkan kertas ditangannya itu. Segala perasaan bercampur didadanya pada ketika itu.

Akan tetapi, entah mengapa perasaan dendam pada lelaki tak guna itu membuak-buak dihatinya. Aneh. Bukankah sepatutnya perasaan dikhianati yang sepatutnya memenuhi ruangan hati?

Tanpa berlengah Noah mengusap kasar air matanya dan bingkas bangun dari duduk, jam didinding menunjukkan tepat pukul dua pagi. Dia mengapai baju jaket kulit yang berwarna hitam miliknya dan terus menuruni anak tangga. Motosikal berkuasa tinggi BMW S1000RR hitam dan matte miliknya itu didekati.

Dia menunggang motosikal berkuasa tinggi itu membelahi kehingan malam. Dia ingin mengosongkan fikirannya. Lebih banyak dia berfikir tentang perkara itu, lebih kuat dia memulas handle motornya itu. Tanpa sedar dia membawa hampir lebih 200km/j. Tapi dia sudah tidak hiraukannya lagi.



DUA bulan berlalu, air matanya kadang-kala mengalir apabila dia bersendirian dan memikirkan hal itu. Dia berasa marah yang tunangnya curang, akan tetapi rasa kesal dan kecewa lebih menghantui dirinya. Juga terdapat rasa dendam yang berada disudut hati turut menyampiri.

Hidupnya kini berubah. Jika dahulu mereka yang mengenali Noah, sedia maklum bahawa Noah sememangnya seorang yang bersifat beku. Tidak suka bercakap jika tidak diperlukan.

Kini Noah yang selepas kehilangan tunangnya berjuta kali ganda beku dan tambahan dia menjadi lebih tegas dan garang dalam segala hal.

Melihat perubahan anak tunggal mereka itu, Dato' Nemir dan Datin Sarina bertindak untuk menasihati Noah. Luluh hati sang ibu melihat anaknya menjauhkan diri dari semua orang termasuk dirinya.

Setelah tamat solat isyak secara berjemaah pada malam itu, Noah bersalaman dengan kedua-dua orang tuanya serta mencium kedua-dua belah pipi mereka. Dia sudah sedia untuk beredar masuk kedalam biliknya semula, namun dihalang oleh Datin Sarina.

"Noah tunggu dulu. Mama dengan papa nak cakap sikit." ujar Datin Sarina dengan lembut.

Noah akur dan duduk semula diatas karpet menghadap mama dan papanya.

"Mama nak tanya sikit dekat Noah boleh?" kata Datin Sarina dengan penuh lembut. Noah hanya menganggukkan kepalanya.

"Noah ada simpan perasaan dendam dekat arwah Elina?"

Noah memandang wajah mama dan papanya. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya. Dia tidak berdendam pada Elina, tapi dengan lelaki yang membuntingkan Elina itu.

"Noah. Allah adalah sebaik-baik perancang. Kita merancang, tapi dia diatas sana sudah merancang segalanya untuk semua makhluknya dan sudah pasti rancangan dia lebih baik dan indah." Dato' Nemir mula menasihati Noah. Dia dapat merasakan yang Noah seperti pendam sesuatu, cuma tidak mahu meluahkannya.

"Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tak akan menguji melebihi kemampuan hambanya." sambungnya lagi.

Noah hanya menekur karpet diruang tamu tingkat dua dirumahnya itu, dia mendengar dan hadam segala kata-kata dan nasihat papanya itu.

Kini sang ibu pula mula bersuara, untuk menenangkan hati si permata hatinya itu.

"Mama dengan papa bukan nak halang Noah dari terus bersedih. Noah pun manusia juga bukan robot. Noah juga ada perasaan."

"Cuma mama tak nak Noah bersedih lama-lama. Semakin lama Noah sedih semakin dalam luka dihati itu nanti. Mama tak nak hilang anak mama" ujar Datin Sarina seraya mengusap lembut tangan kekar milik Noah. Kedengaran sedikit sebak pada hujung ayatnya.

Dato' Nemir hanya menganggukkan kepalanya, setuju dengan ucapan isterinya.

"Balik Milan nak? Tenangkan diri dekat sana, mama tahu Noah suka balik Milan kan?" soal Datin Sarina. Dia menolak lembut dagu anak terunanya itu, memandang tepat pada matanya. Lalu dia tersenyum manis pada Noah.

Noah membalas senyuman dari syurganya itu. "Boleh juga. Nanti Noah boleh tolong tengok and jagakan company papa yang dekat sana."

"No need! Nanti lagi tambah penat mental Noah. Papa nak Noah rest and chill dekat sana." kata Dato' Nemir sambil mengusap lembut bahu Noah.

"Tak penat pun, pa. Dari penat layan perasaan dekat sana lebih baik Noah sibukkan diri dan cuba untuk lupakan semuanya." kata Noah cuba untuk meyakinkan papa dan mamanya.

Dato' Nemir dan Datin Serina saling berpandangan. Lalu, kedua-dua mereka mengangukkan kepala.

Bermula dari itu, Noah menetap sementara di Milan, Itali. Dia menggantikan tugas Dato' Nemir, menjadi pengurus terbesar buat sementara waktu di sana.

Dia pulang ke Malaysia hanya dua kali sebulan, itupun jika perlu kerana dia terlalu sibuk disana. Sibuk bekerja dan sibuk dengan hal peribadinya. Begitulah pada setiap tahun.

Pada suatu hari Dato' Nemir memutuskan untuk bersara. Usianya sudah tua untuk menguruskan hal-hal kerja alasannya.

Dia meminta untuk Noah pulang ke Malaysia menguruskan segala urusan syarikat di sini. Manakala cawangan utama di Milan tidak akan menjadi seaktif seperti mana waktu Noah menjaganya.











NauraKhann
Terima kasih sudi baca chapter 4 'Bunga Untuk Noah' 🌷
Maaf jika mengecewakan...

BUNGA UNTUK NOAHWhere stories live. Discover now