Suara enjin dan ekzos Sportbike Yamaha R25 yang berwarna merah itu meriuhkan di atas jalan raya.Semua pemandu kereta,lori mahupun motor terbeliak mata melihat jejaka badan tegap membawa Sportbike Yamaha R25 berwarna merah yang dikatakan harganya boleh mencecah Rm 4,000 atau lebih.
Di syarikat Aisar.Item,
Sampai sahaja di depan syarikat yang terkenal dan ketat juga pengawasannya akibat pantauan kerajaan.Jejaka itu atau namanya dikenali sebagai Tengku Iqwan Hazreel Aisar yang miliki syarikat berjayanya iaitu syarikat Aisar.Item yang membekalkan senjata haram yang berlesen untuk kegunaan kerajaan.
Tengku Iqwan melihat smartwatch hitam yang berada di pergelangan tangannya dan membetulkan kot hitamnya yang kemas lalu ke tali lehernya.Selangkah demi selangkah bunyi tapak kasutnya yang kuat membuatkan dirinya nampak seolah-olah jejaka yang berkarisma di Watpad.Terlakar reaksi sombong yang tidak dapat dikesan akibat mukanya yang kosong dan beku.Tiada senyum mahupun kenyitan mata.Tengku Iqwan disambut dengan beberapa pembantu dan pengawal yang bertugas di luar kawasan syarikat tersebut.
Masuk sahaja ke dalam syarikat,langkah Tengku Iqwan terhenti apabila melihat wanita yang berumur 21 tahun sedang berperang mulut dengan seorang lelaki yang berumur 30 tahun itu.Kelihatan juga pengawal yang cuba menghalang pendebatan itu sebelum lelaki itu menggunakan kekerasan ke atas perempuan itu.
"Awak fikir ni syarikat mak bapak awak?Awak ingat syarikat ni sesenang 123 untuk terima rasuah awak?Fikir dahulu awak tengah berurusan dengan syarikat siapa."Kata wanita itu atau namanya ialah Nur Elma Nazeemah,setiausaha Tengku Iqwan dan syarikat Aisar.Item.
"Perempuan ni kan..Memang minta diajar-"Belum sempat lelaki itu mahu menghabiskan ayat beserta penumbuk yang diangkat selaras bahunya untuk dilepaskan ke atas muka Elma laju dihentikan oleh Tengku Iqwan dengan pandangan maut.Penumbuk lelaki itu digenggam rapi dengan tangan Tengku Iqwan.
"Kau cakap benda macam itu depan perempuan dah satu dosa tercatat nikan pula nak pukul perempuan?"Kata Tengku Iqwan dengan riak muka kebencian.Dirinya itu pantang melihat kaum Hawa dihina oleh kaum Adam.Terketar-ketar tangan lelaki itu apabila melihat muka Tengku Iqwan yang seram bagaikan hantu yang ingin memakan dirinya."Asal muka kau berkerut macam baru lepas jumpa hantu?Kau takut tengok muka aku yang hensem ni tapi kau tak takut pula buat benda munkar depan muka Tuhan yang maha esa?"Kata sentap dari Tengku Iqwan hingga membuat lelaki itu meraung minta dilepaskan tangannya seperti syaitan disimbah air yasin.Elma hanya tercegat disitu cuba untuk proses apa yang sedang berlaku di depan matanya.Tiba-tiba sahaja Tengku Iqwan menjadi hero buatnya.
"Boss?Apa yang boss buat kat sini?Bukan sekarang boss kat meeting ke?"Tanya Elma tanpa menyedari dirinya itu Setiausaha kepada Tengku Iqwan dan syarikat Aisar.Item.
"Awak nak saya belikan cermin tak?Saya pun nak tanya awak soalan yang sama juga.Bukan ke awak kena pergi ke meeting juga,Setiausaha Aisar.Item?"Tanya Tengku Iqwan dengan selamba sengaja ditekankan nada suaranya pada gelaran Elma supaya diri Elma itu sedar dia dipangkat mana sekarang.Jelingan kebencian yang bercampur dengan perasaan malu dihadiahkan kepada Tengku Iqwan sebelum membetulkan tudung shawl hitamnya dan berlalu pergi meninggalkan Tengku Iqwan dengan lelaki itu yang sudah digari rapi tangannya.
'Ewah Ewah,Setiausaha aku ni.Dia yang ada masalah aku yang kena uruskan?Lepas tangan betul yang sorang ni yer.'Bisik hati Tengku Iqwan sebelum sedikit cebisan senyuman dilakarkan dimukanya buat sekejap sahaja.Kepalanya memandang pengawalnya tanpa memberi arahan laju sahaja pengawal itu mengangguk tanda faham arahan bisu itu.Lelaki itu ditahan dan dibawa pergi oleh pengawal itu.
Tengku Iqwan hanya memandang sahaja pengawalnya itu berlalu pergi sebelum membetulkan kot hitamnya dan disikat rambutnya kebelakang dan berlalu pergi juga untuk meeting pada pagi itu.
YOU ARE READING
Its Yours
WerewolfSemua kemungkinan boleh terjadi.Perkara yang remeh sentiasa memberi impak yang besar dan ketara pada masa akan datang.Kalau dari awal tidak perasan memang hancurlah akhirnya. Main Character: Tengku Iqwan Hazreel Aisar Nur Elma Nazeemah Friends of M...