01 ' KISHA

4 0 0
                                        

Nama aku Crisha Alexandra. But people call me Kisha. Kalau nak singkat, panggil Kish je.

Aku merupakan salah satu pelajar yang paling popular di sekolah ini. Elmwood Park's Highschool, sekolah yang terbilang dan semua pelajar di sini pandai-pandai. Macam aku. HAHAHA

Mesti korang nak tahu kan macam mana rupa aku? Well, ramai orang kata nama aku cantik tapi tidak dengan orangnya. Buktinya, 2 tahun lalu, Miss Carol selaku cikgu English kami sebut nama aku depan-depan sambil tengok buku latihan aku. Katanya nama aku cantik tapi lepas aku hadir menonjolkan diri depan dia, huh! Terbeliak biji mata dia tengok aku.

Kalau nak dibandingkan aku dengan pelajar perempuan yang lain, memang seperti langit dan bumi lah. Apa tidak? Mereka memiliki kulit yang halus, putih dan mulus. Bentuk badan macam jam pasir, kalau tidak pun mereka mempunyai curves yang menarik! Muka mereka flawless tanpa jerawat. Bibir mereka 24/7 kena sapu dengan lip balm biar nampak tidak kering. Rambut panjang dibiarkan lepas. Fuhh! Aku nampak semua nak bergaya ni untuk pikat lelaki. Kan? Tidak semua lah.. Tapi bagi pandangan aku begitu.

Aku? Hm, tidak ada apa-apa pun yang menarik. Bentuk badan tidaklah macam gitar Sepanyol. Rambut? Malaslah nak simpan rambut panjang-panjang ni. Beratkan kepala sahaja. Kulit aku tidak putih. Tan skintone begitu. Sebab aku selalu berjemur. Aku tidak reti lah nak bersolek bagai.

Kenapa aku dilabelkan sebagai antara pelajar yang popular di sekolah ini? The reason is, I am Kennedy Richard's best friend! Hanya aku seorang sahaja yang rapat dengan dia. Aku merupakan sahabat perempuannya sejak umur kami masih 10 tahun. Kini kami sudah menginjak usia 17 tahun. Ramai pelajar perempuan yang jealous dengan aku sebab aku dapat berbual dengan Ken tanpa segan.

Aku bersyukur sangat sebab ada sahabat seperti Ken. Sudahlah kacak, mirip dengan pelakon dan artis Korea pula tu. Siapa nama dia? Oh, iya! Dia mirip Cha Eunwoo. Tapi kening dia tebal sikit dari Eunwoo.

Kennedy merupakan salah satu pelajar yang terbilang, popular dan paling digemari oleh kalangan pelajar perempuan di sekolah kami. Macam yang aku cakap tu lah. Dia handsome, perfect and dia aktif dalam sukan especially basketball. Dia selalu bawa aku main basketball.

Bukan itu sahaja, dia juga pernah memenangi anugerah pemain basketball terbaik di daerah ini sampai pernah wakil ke negeri-negeri yang lain. He always got a number ONE and he's also a smart student who always achieve perfect score in exams.

Dia sempurna dalam segala aspek. Lahir dari keluarga yang berada, hidup dengan penuh kemewahan.

Aduh.. Melebih-lebih pula aku puji dia ini. Tapi apa-apapun dia memang sahabat yang baik walaupun perangai dia kadangkala membuatkan darah aku mendidih.

Orang kata, Kennedy ni sombong. Tapi bagi aku, kalau sudah lama berkawan dengan dia, perangai dia yang sebenarnya itu pun keluar. Setakat ini yang nampak semua sifat Kennedy adalah aku. Dia ada ramai kawan lelaki tapi tidak ada sesiapa pun yang boleh kalahkan kerapatan aku dengan Kennedy.

Tiba-tiba aku ternampak Helena Gabriella keluar dari perut kereta Ferrari. Dia berjalan dengan lenggang dan bertemu dengan circle dia. Siapa sahaja yang tidak kenal FourQueen? Circle yang berstatus tinggi di sekolah dan terbilang. FourQueen mempunyai 4 orang ahli kumpulan iaitu leader mereka, Helena Gabriella. And then, Bella Ashterra, Feddelyn Richelle dan Christiana Evangellyn.

Mereka berempat merupakan selebriti sekolah. Dalam akaun sosial media mereka pun bukan main ramai yang pergi follow. Content dorang semua menari dance yang trending sekarang also setiap kali dorang upload video, mereka dapat ramai view dan banyak like.

Ramai yang meminati Helena kerana rupanya yang sangat cantik. Kulit yang putih dan mulus dan dia memang dianugerahkan dengan bentuk badan yang cantik. Namun, ramai juga yang membenci dia kerana dia mempunyai perangai gedik.

Benar. Dia memang gedik. Aku tidak suka melihat dia menarik perhatian Kennedy. Tetapi aku tahu bahawa Kennedy mempunyai hati batu dalam percintaan. Kalaulah Kennedy mahu dengan Helena, aku tidak ingin jumpa Kennedy lagi sebab aku geli dengan perangai gedik dia.

Tetapi kalau mahu dibandingkan aku dengan FourQueen, aku tidaklah secantik Helena, tidak kaya macam Bella. Aku tidak juga comel macam Feddelyn dan tidak mempunyai karisma seperti Christiana. Ah! Mereka semua memiliki kemewahan dan kecantikan yang saya inginkan!

Aku memang mahu menjadi cantik tapi aku tidak tahu macam mana mahu menjadi cantik. Dalam fikiran aku, siapa sahaja yang mahu aku? Aku terlampau merendahkan diri dengan rupa paras aku.

Kenapa aku insecure? Sebab ramai orang pilih appearance more than personality. Rupa adalah segalanya. Sekiranya aku kalah dengan rupa, tidak ada yang menganggap aku ini wujud.

Kadang-kadang aku terfikir juga bagaimana Kennedy pandang aku. Dia kan lelaki. Aku tidak tahulah sama ada dia pernah judge aku atau tidak tapi sepanjang kami berkawan, dia tidak pernah mengejek rupa aku.

And aku pernah ditanya kalau aku pernah suka Kennedy atau tidak, semestinya aku jawab 'TIDAK' kerana dia sahabat aku. Sahabat tidak boleh bercinta dengan sahabat, kan?

Aku mengelamun sendiri. Tiba-tiba ada suara yang memanggil aku.

Wait For Your LoveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang