Bab 1 ~

31 8 6
                                    


Elisa meluncur pantas di gelanggang ais itu dan disambut oleh William sebelum dilambung ke atas. Dia mendarat dengan sempurna menyebabkan ramai orang terpukau dengan persembahan mereka. Mereka meneruskan persembahan mereka sehingga tamat. Tepukan gemuruh diberikan menunjukkan begitu hebatnya mereka di atas gelanggang ais. Elisa berasa berpuas hati dengan persembahan kali ini.

"Let's go!" Dia menggamit teman lelakinya untuk keluar dari gelanggang itu. William hanya mengikuti sahaja Elisa dari belakang. Teman lelaki? Ya, Elisa dan William telah bercinta selama hampir 3 tahun. Ramai yang mengetahui tentang hubungan mereka namun mereka menidakkan sahaja. Mereka berdua hanya ingin bercinta dalam diam.

Elisa agak hairan dengan William kerana kebelakangan ini jejaka itu selalu mendiamkan diri. Berpatah-patah ditanya, hanya sepatah sahaja yang dijawab. Kadangkala dia hanya menghiraukan pertanyaan Elisa. Lebih menghairankan lagi, William tidak lagi memegang tangannya seperti selalu. Dia cuba untuk berfikiran positif.

Matanya terarah pada beberapa pasangan yang membuat persembahan di gelanggang ais itu. Cukup menarik namun tidak sempurna. Dia menganalisis beberapa persembahan untuk mengetahui di mana kelemahan yang harus dibaiki.

"William. Cuba awak tengok...." Lesap. Baru Elisa rasa kekasihnya ada di samping sebelah tadi. Mungkin ke tandas barangkali. Dia ralit melihat semua persembahan sehingga tamat. Ketika dia ingin duduk di kerusinya semula, bahunya dilanggar oleh seseorang. Elisa berasa geram kerana orang itu tidak meminta maaf langsung kepadanya.

"Hey! Buta ke a..." Terdiam dia melihat sepasang mata emerald itu merenung dingin ke wajahnya. Tanpa berkata apa-apa jejaka itu hanya berlalu pergi dan dia pula terpaku di situ. Elisa hanya sedar apabila bahunya ditepuk William. Dia kembali duduk di tempatnya semula untuk menunggu keputusan markah sebentar lagi.

***

Seperti yang mereka jangkakan, Elisa dan William berjaya memenangi tempat pertama lagi dalam pertandingan kali ini. Ramai penonton bersorak untuk mereka. Elisa menunjukkan reaksi gembira ketika menerima medal emas namun teman lelakinya seperti tidak menunjukkan sebarang reaksi. Seolah-olah tidak suka apabila mereka memenangi pertandingan tersebut.

"Awak ni kenapa? Okay tak?" Bisiknya perlahan sambil tersenyum ke arah kamera yang sedang tertumpu kepadanya.

"Okay."

'Macam tak okay je? Mungkin dia penat kut?' Katanya di dalam hati. Sejujurnya dia gusar dengan perubahan sikap teman lelakinya yang ketara ini. Dahulu bukan main sweet lagi, sekarang hmm.... Saat semua pasangan hendak kembali semula ke tempat mereka setelah mengambil pingat, William terus meluncur keluar tanpa menunggu Elisa.

Tipulah hatinya tidak terguris dengan perlakuan jejaka itu. Dia hanya mampu memujuk hati sendiri sahaja. Elisa meluncur laju untuk keluar dari gelanggang ais. Dia berselisih dengan seorang daripada pesaingnya.

"Kenal tinggal ke tu?" Perli Siera. Bukan dia tidak melihat apa yang berlaku. Elisa hanya mengabaikan sahaja wanita itu sehingga Siera mengucapkan sesuatu perkataan yang membuatkan dia menjadi ragu terhadap William.

"Jangan percaya sangat kekasih kau tu. Entah-entah dia dah ada yang lebih baik daripada kau." Siera berlalu pergi meninggalkan Elisa yang terhenti sangat mendengar kata-katanya. Macam mana kalau apa yang dikatakan wanita itu benar. Namun, mustahil. William begitu sayang padanya. Betul tak?

"Abaikan je El. Dia dengki je tu.." Gumamnya sendirian. Dia meneruskan langkah untuk mengambil barangnya dan berlalu keluar dari stadium ais itu. Enjin kereta dihidupkan sebelum dia bergerak pulang ke rumah. Kata-kata Siera tetap mengganggu fikirannya walaupun beberapa kali dia cuba untuk mengelakkan dirinya daripada memikirkan hal tersebut.

HIDDEN ICE: UNBREAKABLE LOVE [HOLD]Where stories live. Discover now