Bab 3 ~

9 5 1
                                    

"Isk..isk.." Tersedu sedan dia menangis di bawah selimut. Sudah 2 hari dia tidak hadir ke gelanggang ais. Jurulatihnya, Cik Anna menanyakan keadaan dirinya. Elisa hanya memberitahu bahawa dia sedang sakit. Jadi dia telah mendapat cuti selama 3 hari. Esok pasti dia perlu menghadap William.

Selimutnya direntap seseorang menyebabkan dia terkejut. Alice  baru sahaja pulang dari latihan tadi. Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan Elisa sejak 2 hari lepas. Tahu-tahu sahaja kawan baiknya menangis. Dia mencampakkan selimut tadi ke bawah dan memeluk erat tubuh Elisa.

Semakin kuat pula tangisan gadis itu. Alice menepuk-nepuk belakang badan kawannya supaya bertenang. Dia dapat menghidu sesuatu yang buruk berlaku.

"Kenapa ni Elsa? Ada orang buat kau ke? William buli kau eh? Tak apa nanti aku pukul dia balik." Pujuk Alice. Bercakap tentang William, dia ada berita buruk yang  hendak dikongsikan kepada Elisa. Pasti beritanya ini akan mengundang rasa sakit hati gadis itu.

"Kitorang....dah putus."

"Oh...HAH?!" Terkejut Alive mendengar berita tersebut. Putus? Jadi, maksudnya sekarang Elisa sedang mengalami musim ribut petir dalam dirinya. Dia seakan tidak percaya dengan kata-kata Elisa. Bukankah William itu sayang sangat dengan kawan baiknya. Apa yang dah jadi ni?

"Kenapa korang putus?" Elisa mengangkat bahunya menandakan dia tidak tahu. Putus tanpa alasan. Sakitnya itu pasti sehingga ke lubuk hati. Alice teragak-agak untuk memberitahu Elisa tentang berita yang dia dengar di gelanggang ais tadi.

"Sa.... Sebenarnya kan..."

***

"Cedric!" Jejaka yang sedang mengangkat dumbbell itu berhenti. Dia menoleh ke arah jurulatihnya yang menghampiri dirinya. Dumbbell itu diletakkan semula. Peluh yang membasahi dahinya dilap menggunakan tuala kecil. Dia duduk di atas bangku rehat yang ada di ruangan gim itu.

"Hm?" Tanyanya acuh tidak acuh. Malas sebenarnya nak hadap jurulatih yang banyak mulut ni.

"Kau ni kan?! Dah kata suruh rehat sampai hujung minggu, nak juga workout. Nanti tak dapat rehat yang cukup susah tau! Dah lah lepas ni, kau ada banyak latihan nak kena buat." Bebel Jurulatih Rais. Dia tahu anak muda di hadapannya ini sangat berbakat dalam luncur ais. Dia sendiri menyaksikan Cedric melakukan '4 quadruple jump'  dalam sebuah pertandingan.

"K." Ni lagi satu sikap Que yang dia tidak tahu bagaimana hendak cakap. Dingin. Pendiam. Tak banyak cakap. Kalau marah pun, dia hanya akan menjeling sahaja.

"Kau dah makan belum? Kalau belum, meh teman aku pergi makan." Ajak Jurulatih Rais. Que hanya menganggukkan kepala dan mengikuti langkah jurulatihnya. Dia pun sebenarnya dah lapar cuma malas nak keluar. Macam ni pun ada.

HIDDEN ICE: UNBREAKABLE LOVE [HOLD]Where stories live. Discover now