"Tahniah! Nellysa, kamu mendapat markah yang tinggi antara kawan kamu yang lain. I hope you boleh ajarkan kawan-kawan yang lain juga. Keep it up okay?"
Puan Adawiyah berkata dengan tersenyum lebar kearahku, aku tersenyum nipis lantas menundukkan sedikit badanku setelah menerima kertas ujian akhirku ini.
Aku kembali ketempat dudukku, Bunga mencuri lihat markahku lantas wajahnya berubah cemberut.
"Untunglah orang tu, score dia tinggi juga walaupun tak study."
Ujarnya dengan cemberut, rakan ku yang lain sudah tertawa.
" Kau boleh Bunga, just study hard. Jangan asyik last minit je."
Ujarku seraya menarik kinder bueno dari dalam bag, lalu aku hulurkan padanya.
"For you."
Ujarku, Bunga pun terus tersenyum girang. Coklat tadi diambil, terus plastiknya dibuka.
Tamat sesi pembelajaran, kami pun berjalan keluar dari kelas. Bunga memegang tanganku, aku hanya mengikut langkahnya sehingga ke tempat parking kereta.
Kakiku mulai lemah, apabila melihat gerangan seseorang berdiri disamping kereta.
Bunga melajukan langkahnya, sehingga aku tertarik mengikut jejaknya.
"Noah!"
Jerit Bunga dengan girang, lelaki itu berpaling lantas tersenyum lebar. Bunga terus berhenti betul-betul dihadapannya.
"Dah habis class?"
Lelaki itu menyoal, laju sahaja Bunga mengangguk.
"Hi Nellysa, lama kita tak jumpa kan?"
Lelaki itu menyoal padaku pula dengan senyuman yang melebar, matanya tak lepas dari meneliti wajahku.
"Ye."
Aku terus berpaling dari memandang kearahnya, aku rasa makin tak senang duduk. Serasa diperhatikan walaupun Bunga dengan lelaki itu sedang berbual.
"Nell?"
Aku yang sedang melihat kearah lain terus berpaling kearah kiriku, seseorang datang menghampiri kami dengan nafasnya yang termenggah-menggah.
" Nasib baik aku jumpa kau budak."
Ucapnya seraya menghembus nafas lega, dia berjalan menghampiri aku dengan memberi senyuman kepada dua orang di hadapanku ini.
" Kau?"
Lelaki yang kini berada disebelah Bunga menyoal, terus lelaki yang baru sahaja tiba menarik aku kearahnya.
"Aku Luke, boyfriend Nell."
Selamba badak dia mengaku yang dia tu boyfriend aku, terasa makin longgar skru lutut aku sekarang ni. Kalau boleh aku dah terduduk sekarang ni tapi memikirkan tempat awam, aku tak naklah timbulkan apa-apa kekecohan.
" Em Bunga aku balik dengan boyfriend aku ye, see you tomorrow."
Ujarku janggal, Bunga pun hanya mengangguk walaupun mukanya jelas terkejut macam baru lepas nampak kakponti.
Masuk sahaja dalam perut kereta, aku memandang kearah Luke dengan pandangan tajam. Kalau boleh nak je aku tenung dia ni sampai tembus!
" Dah kenapa kau tenung aku macam tu?"
Lelaki itu menyoal seraya menghidupkan enjin keretanya, lalu kepalanya menoleh kearahku. Anak matanya menikam terus ke anak mataku sehingga pandangan tajam aku tadi terus berpaling darinya.
" Yang awak mengaku awak tu boyfriend kita kenapa? Elok status single tetiba dah tak available. Jatuh saham tahu tak."
Bebelku seraya cemberut dihadapannya, lelaki itu menjeling terus memandang kehadapan semula. Dia memandu keretanya keluar dari kawasan parking ini.
YOU ARE READING
OG || Playdate
RomanceDihantui sejak bertahun lamanya, semakin ketara sehingga diikuti kemana sahaja. Sehinggalah seseorang datang untuk menjaganya. "Biar aku jagakan kau untuk parents kau." ... "Percayakan aku Nelly, aku akan jaga kau. Tak akan biarkan kau keseorangan d...