Bab Pertama

4 1 0
                                    

"Nellysa!"

Itu dia, jeritan daripada mama hulk dah bergema, aku berlari turun dengan membawa bag sandangku.

Hari ini hari pertama aku akan jalankan latihan indsutri! Dekat company... kau rasa?

Aku mengambil tempat bertentangan dengan Neil, lelaki itu terlihat segak bergaya dengan pakaian yang kemas seolah-oleh dia akan keluar.

" Hm wanginya orang tu, abang Neil nak pergi dating ye?"

Sakatku wajahnya terus berubah kelat dengan serta-merta.

" Kau ingat kau sorang je boleh dating? Aku nak hantarkan Della kerja kejap lagi."

Ujarnya seraya memandang kearah jam ditangan kirinya, mama meletakkan sebuah pinggan berisi karipap dihadapanku.

"Dating-dating juga, bila nak kenalkan dekat mama? Dah lama dah rasanya kamu berdua ni Neil."

Mama menegurnya, seraya mengambil tempat disebelahku. Betul-betul disamping papa, papa yang elok menjamah makanan pun terhenti.

" Ha betul dengan mama kata tu, bila nak kenalkan Della dengan kami? Tengok Luke tu, tahu-tahu dah jadi bakal suami Nelly."

Kata papa membuatkan aku tersedak karipap buatan mama, aku mencebik kepada papa.

" Apa papa ni, pagi-pagi dah bahas bakal menantu papa ni. Rindu dia ke?"

Ujarku dengan wajah cemberut, mama menarik muncungku dengan tergelak nipis.

"Serupa itik tahu tak? Umur Neil dengan Luke kan sebaya , dekat tiga puluhan dah pun. Bila nak kahwin Neil ni? Nak jadi macam paklang awak tu tak kahwin-kahwin sampai sekarang?"

Mama mula membebel , aku nampak Neil membuang mimik muka mama. Terus papa meluku kepala Neil guna garfu yang dipegangnya, Neil pun terus mengosok-gosok rambutnya yang tidak terbentuk selepas terkena luku daripada papa.

" Buatlah macam tu, nanti Della tu lari tinggal kan kau. Baru padan muka kau nanti Neil!"

Papa mulai mengugut , terbeliak mata Neil jadinya.

" Papa! Janganlah cakap macam tu! Kata-kata tu sebuah doa tau?"

Neil mulai panik , aku tergelak seraya menggelengkan kepala.

Usai melaporkan diri aku terus berjalan beriringan dengan pengurus, dia membawa aku ke meja kerjaku.

"Nanti kalau Tuan Hazrael dah masuk,akak panggil awak ye."

Ujarnya, dia pun terus berlalu pergi. Eh kejap, aku tak payah nak kenalkan diri ke dekat yang lain? Macam pelik je...

Beberapa minit kemudian, pengurus tadi datang kembali kepadaku.

" Boleh ikut akak kejap?"

Aku terus menganggukkan kepala lalu berdiri mengikutinya, kami berdua berjalan kebilik kerja orang yang aku tunggu-tunggu.

"Tuan Hazrael, ni pelajar yang intern kat sini."

Ujarnya, aku terus mengangkat kepalaku. Aku tersenyum tipis kearahnya kerana terasakan situasi sekarang ni sangatlah janggal.

"Nellysa Adyna? Nanti Nurin, kau kenalkan dia dekat office mate yang lain."

Ujarnya seraya duduk di kerusinya, Nurin nama pengurus yang menguruskan aku tadi terus menganggukkan kepala.

" Ada apa-apa lagi ke Tuan Hazrael?"

Soalnya, lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya. Lantas kami berdua pun meminta izin untuk keluar dari ruangannya .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OG || PlaydateWhere stories live. Discover now