"Wahhhhh..... Ummii... cantiknya bunga nih..."kata seorang kanak ii wajita dengan lesung pipit yang hiasi pipi
" waa. Betul lah. Cantik.."
Wanita yang dipanggil 'ummi' telah ketawa melihat telatah dua orang anaknya yang bertinggung untuk melihat bunga yang berwarna unggu yang tumbuh dari tanah. Melihat dari belakang, seolah-olah mereka berdua adalah kembar kerana ketinggian yang hampir sama dan ditambah pula kedua-duanya memakai baju yang sama corak dan warna. Dia turut bertinggung di sebelah mereka, dan mengusap lembut rambut salah seorang.
"Kalau kita lihat benda yang mengkagumkan, kita perlu ucap apa?" Soal wanita itu melihat kedua mereka. Mereka berdua telah mengangkat wajah memandangnya dengan sengihan malu kerana terlupa pesanan ibu mereka.
"ما شاء االله!"
Jawab kedua ii serentak.Wanita itu mengangguk dengan senyuman manis melihat wajah anaknya yang riang. Gelisah yang menguasai dirinya sepanjang hari telah terbang bagaikan burung keluar dari hatinya setelah melihat anaknya. Salah seorang memiliki wajah yang manis ditambah senyuman berlesung pipit mengikut jejak suaminya dan seorang lagi wajahnya bagaikan patung dengan mata yang bulat telah membuatnya tenang. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan ini..
Matanya telah beralih, melihat kepada langit yang semakin diwarnai. Cuaca yang semakin sejuk dan jalan juga sudah hampir tidak kelihatan. Wanita itu bangun dan menghulurkan kedua tangannya kepada anaknya.
"Sudah , kita perlu kembali. Matahari sudah mahu kembali ke rumahnya,jadi kita pun kena kembali sebab apa?"
Mereka telah bangun dan menyambut tangan ibu yang terhulur. Seraya itu dia menarik tangannya sambil menghayun, memimpin ibu mereka keluar dari hutan itu."Nanti tetamu bulan nak datang pula!" Balas yang bermata bulat manakala yang berlesung pipit hanya tersenyum mengangguk dengan jawapan adiknya.
Ibu mereka tersenyum puas hati dengan jawapan dan sambung meneruskan perjalanan. Meski hutan ini adalah asing baginya, tetapi terasa bagaikan dia berada di rumah kerana berasa tenang.
Angin yang menerpa menbawa pergi bersama dengan keresesahan,
Langit yang berwarna warni menghiasa fikiran yang gelap
Bunyi kicauan sang burung menggantikan suara suara yang bercelaru
Wajah dua orang anaknya yang tersenyum manis memenuhi hatinyaYa tuhan.. alangkah indah jikaku boleh jadikan hutan ni sebagai tempat tinggaku bersama anak-anakku. Jauh dari kekusutan, jauh dari permasalahan, dan... jauh dari manusia
Alangkah Indah jikalau keadaan berterusan sedemikian ini.
YOU ARE READING
Moon
FantasyAdakah kamu tetamu sang mentari.. Atau tetamu sang bulan..? Meski diriku tahu jawapan yang akan keluar, tetapi sangat ku harap kamu adalah tetamu sang mentari..