prologue 3

4 0 0
                                    

Wanita itu terdiam untuk membuat keputusan. Anaknya cuma memberitahu mereka akan selamat jika mula berlari, tetapi tidak sempat jikalau dia perlu memapah wanita yang tidak sedarkan diri. Ya,dia telah merawatnya, tetapi dia tidak mampu untuk membangunkan wanita itu dari pengsan. Dia tidak kesah jika dirinya tidak selamat, tetapi sekarang dia bersama dengan anak-anaknya. Lagi satu,tempat ini adalah asing untuknya. Dan dia juga tidak tahu apa yang berlaku kepada mereka dan siapa yang mereka cuba larikan diri daripanya.

Wanita itu bangun dari duduknya dan menghulur kedua tangan kepada anaknya. Kedua-dua mereka menerima lalu wanita itu melutut sambil memegang bahu mereka berdua. Air mata sudah mula bertakung di mata. Wanita itu mengelus lembut rambut kedua-kedua mereka dan dia telah mengucup dahi mereka dengan penuh kasih-sayang.

"Kamu berdua,bawa dia pergi dari sini,ummi akan papah wanita ini . Walau apa yang jadi, teruskan perjalanan dan jangan toleh belakang. Bawa budak ini  ke tempat yang selamat dan jangan biar sesiapa tahu mengenai dia. Pergi, dan cari Amir.. Faham?"

Kedua kembar itu sudah mula berasa hairan dengan ibu mereka. Mereka boleh sahaja patuhi arahan ibu mereka, tetapi melihat ibu mereka yang menangis, keua-dua mereka sudah berasa tak tenteram. Adakah kali ini betul-betul merbahaya? Adakah ini ancaman yang ibu mereka sentiasa beri amaran?

"Dengar kata ummi. Bawa dia keluar dari sini."kata ibu mereka. Sang mata bulat telah menangis dan terus memeluk ibunya. Seperti ibu mereka, mereka berasa seakan inilah kali terakhir mereka akan berjumpa. Si lesung pipit yang melihat adegan tersebut turut mengalirkan air mata. Akhirnya, tumpah juga air mata yang ditahan. Wanita itu memeluk erat kedua anaknya, dan dalam masa yang sama, dia telah membisikkan sesuatu kepada mereka. Setelah itu dia menolak mereka dari pelukan dan bangun menuju kepada wanita yang terkulai lemah.

"Sekarang!" Tanpa menoleh, dia terus mengangkat wanita yang terkulai itu dan bejalan menuju ke arah kiri. Budak lelaki itu bangun, ingin mengikutinya, tetapi tertahan setelah tangannya ditarik dari belakang. Tarikan itu sangat kuat hingga dia berasa seakan ditarik lelaki yang dewasa.

"Lepas! Aku mahu pergi kepada ibuku!"katanya dan ingin melepaskan diri, tetapi tidak berjaya.

"Tak boleh! Ummi sudah memberi perintah untuk bawa kamu keluar!"kata sang mata bulat tanpa menoleh. Budak itu meronta-ronta mahu dilepaskan, memandang kearah ibunya yang kian tidak kelihatan dipapah wanita asing.

"IBUU!!!"

"diam! Kalau tidak kita dalam bahaya!"kata sang mata bulat memandangnya dengan tajam.

"Aku mahu bersama ibu aku!! LEPAS!!!"katanya meronta-ronta untuk lepaskan diri, tetapi tak berjaya malah ditarik tangannnya untuk teruskan larian.

"Jangan degil, kalau tidak kita dalam bahaya!!"

"Bagaimana dengan ibuku?! Tidak patut aku biarkan dia begitu!!"jeritnya lebih kuat dari sebelum ini. Dirinya terkejut ketika mulutnya ditekup, dia menoleh kepada orang yang menekup, mahu memarahinya tetapi dirinya sekali lagi tergamam tatkala melihat masa sang hitam lesung pipit bertukar warna merah jambu keungguan.  

sang lesung pipit melepaskan mulutnya dan memandang wajah budak itu dengan mata yang terbeliak. Wajahnya pucat seakan baru melihat sesuatu yang menggerikan. Air matanya deras mengalir di pipi sambil memandang budak lelaki dihadapannya ini. Rasa simpati memenuhi matanya.

Budak lelaki itu semakin bingung, siapakah mereka ini sebenarnya? 

"Kita kena segera, mereka semakin hampir." kata si mata bulat dan meneruskan perjalanan. Budak lelaki yang sudah hilang harapan untuk melepaskan diri itu merelakan dirinya ditarik mengikuti mereka. Air matanya tak henti-henti mengalir di pipi mengingati ibunya. Dadanya sudah terasa sempit akibat terlampau banyak menangis dan kepalanya mula pening. Tangannya yang sakit digenggam sudah dihiraukan lagi. Hari yang kian gelap membuatkan dia sudah hilang harapan dengan munculnya matahari esok hari. 

perlahan-lahan, dia berasa matanya sangat berat. Kepalanya semakin sakit. Dia tidak mahu memejamkan mata, tetapi kesakitan itu sudah capai tahap maksima.ketika mana dia berasa dia sudah berhenti dan sakit di tangannya sudah hilang, kakinya juga telah hilang kudrat. Suara orang menjerit kedengaran samar di telinga. Matanya berpinar melihat cahaa yang mendekati dirinya. Dia mahu tidur.. tetapi dia belum selamat.  

Benda terakhir yang dia ingat hanyalah dirinya telah dirangkul sebelum dunianya menjadi gelap. Dan benda yang tidak akan dia lupakan adakah 3 orang wanita yang ajaib yang dia telah lihat hari itu. 

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Ingat pesanan ummi Kasturi dan Melur.. kita sentiasa dikelilingi dengan tetamu bulan"

MoonWhere stories live. Discover now