🤍🤍𝓑𝓐𝓑⓵🤍🤍

0 0 0
                                    


Ayra memasuki kelas dengan baju yang sudah basah kuyup. Mukanya turut kelihatan tidak bermaya kerana dia baru lepas dibuli.

Dia langsung tidak faham dengan perangai murid di sini. Dia sudah penat dengan perangai mereka yang yang selalu membulinya dan mencacinya kerana tubuh badannya yang gemuk.

"Hoi gendut" panggil Hariss dengan muka yang menyampah apabila memandang Ayra muka pintu.

Ayra hanya menghiraukan sahaja panggilan tersebut. Dia sudah lali dengan perangai Hariss yang merupakan jirannya itu. Hariss juga selalu turu serta memaki dan mencacinya seperti rakan- rakannya yang lain.

"Oh kau palau aku eh gendut. Kau baru habis menyelam dalam kolam ikan ke apa ni." sinis Hariss berkata.

Rakan sekelasnya sudah menghamburkan ketawa apabila mendengar kata- kata hariss tersebut.

Ayra tidak memperdulikan mereka yang ketawa. Ayra mengorak langkah menuju ke tempat duduknya. Rakan di sebelahnya itu dikerling sebentar.

Dia melihat Sofea yang sedang menekan- nekan perutnya akibat terlalu banyak ketawa.

"Kurang asam kata best friend" dia berasa agak marah dengan perilaku kawannya itu.

"Sorrylah weh, Hariss tu. By the way kau pergi mana tadi sampai basah kuyup macam ni. Kau pergi berendam dalam kolam ikan?"

"sofea kembali menghamburkan ketawa besarnya. Rakan- rakannya yang lain juga turut melakukan perkara yang sama.

Ayra sudah menunduk malu. Terasa ingin menangis sahaja sekarang ini.

" Sudahlah tu Sofea, perut I dah sakit ni "Ujar Fasha yang merupakan girlfriend kepada Hariss itu.

" Ok guys stop. I nak tanya Ayra ni. "
Ujar Sofea seisi kelas yang tadi riuh dengan gelak tawa, serta merta sunyi. Meraka menanti untuk mendengar penjelasan Ayra. Semua mata kini terarah kepada Ayra.

Ayra sudah sakit hati melihat mereka semua. Kalau dia menjelaskan apa yang terjadi tentu rakan- rakannya sekali lagi akan mentertawakannya. Namun, dia terpaksa menjelaskannya takut satu kelas membulinya nanti.

"Aku terjatuh dalam kolam ikan tadi" Ujar Ayra dia menipu rakan- rakannya. Dia sebenarnya takut ingin menjelaskan perkara sebenar kerana jika dia memberitahu bahawa dia telah dibuli oleh Erisya dan Irdina pasti rakannya Sofea itu akan menjaja cerita tersebut dan pasti Erisya dan Irdina akan membulinya dengan lebih teruk lagi.

Seisi kelas tersebut langsung saja mentertawakan dirinya ada juga yang membuat muka geli apabila mendengar penjelasan Ayra sebentar tadi.

"Eeewww baby I geli lah. Habis busuk satu kelas ni sebab bau dia." Fasha mengadu kepada Hariss dengan suara yang dikepitkan. Ada juga orang jolok mulut dia dengan lidi habis keluar suara garau satgi.

"Haahlah sayang busuk giler. Weh gendut, mesti jambatan kat kolam tu tak mampu nak tampung kau yang berat macam atuk mamoth tu. Lepastu, mesti jambatan tu roboh then kau terjatuh dalam kolam ikan tu" ujar Hariss

"So guys aku dah tahu cerita sebenar. Bijak kan aku."

Seisi kelas kembali ketawa dan membuatkan Ayra berasa tertekan. Ayra langsung bangun dari kerusinya lalu meninggalkan kelas. Air mata yang berjujuran di pipinya langsung tidak dihiraukan. Kini hatinya sangat sakit dan kecewa dengan mereka semua yang mentertawakannya.

✪✪

Langkahnya dibawa menuju ke bumbung sekolah, memang disitulah tempat dia merehatkan fikiran ketika habis dibuli.

Baru sahaja dia ingin menolak pintu untuk memasuki tempat bumbung rata tersebut tiba- tiba pintu itu ditarik dari dalam oleh seseorang. Ayra langsung saja melihat siapakah orang tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: a day ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MR. LOVE HELPER Where stories live. Discover now