Bunga Aurellia ( 7 )

274 21 6
                                    

"TAHNIAH Abang Ghibran!"

"Gila gempak perlawanan bola sepak semalam."

"Abang Ghibran, macho nya."

"Abang Ghibran, boleh bergambar tak?"

Abang Ghibran itu Abang Ghibran ini. Berjalan kemana-mana saja akan ada nama Ghibran yang akan meniti dibibir-bibir pelajar yang lain. Baik lelaki atau pun perempuan akan memuji-muji kehebatan Ghibran.

Selepas pasukan Ghibran layak masuk ke peringkat antara sekolah-sekolah, akhirnya semalam juaranya dimenangi oleh sekolah mereka.

Bunga tidak datang melihat kerana ada masalah dirumah. Lagipula Bunga sudah tidak membalas surat-surat dari Ghibran lagi selepas peristiwa Ghibran bercakap dengan Zara tempoh hari. Bunga takut  ditangkap kerana menipu Ghibran. Oleh sebab itu Bunga putuskan untuk berhenti saja dari membalas surat-surat itu.

Tapi hari ini Alia datang dengan senyum meleret sambil membawa sesuatu ditangan kanan. Ketika ini Bunga bersama Zara. Perasaan Bunga berubah tidak sedap. Lagi-lagi bila Alia bukan berikan kertas itu pada Bunga melainkan pada Zara disebelahnya.

"Teristimewa untuk Zara khas dari Abang Ghibran tersayang." usik Alia tanpa segan.

Bunga mati kutu. Zara buat muka hairan bila Alia datang lantas memberikan padanya sepucuk surat.

"Abang Ghibran tersayang? Kau cakap apa ni Alia?"

Wajah Alia bertukar riak. Rasanya dia tak salah bagi.

"Eh, kau lah nama Zara tu. Ini Bunga, kau Zara. Aku tak salah orang kot. Memang kau lah tuan surat ni suruh aku bagi. "

"Aku memang Zara."

"Hah! Kalau betul kau Zara kau ambil surat kau ni. Abang Ghibran kesayangan kau bagi. Baca eh. Nanti kau balas macam selalu."

Alia berjalan pergi. Zara jeling surat ditangannya. Toleh pula pada Bunga yang mengetap bibir seolah tahu sesuatu.

"Zara, maaf.."

Bunga tak mampu simpan rahsia ini lagi. Zara sudah sepatutnya tahu. Mungkin lepas ini Zara pula yang akan berbalas surat dengan Ghibran. Bunga tak nak menyamar lagi. Bunga dah tak nak jadi Zara.

"Hari tu Bunga balas surat Abang Ghibran. Bunga menyamar sebagai Zara." Serak nada suara Bunga mengungkap kebenaran yang disembunyikannya dari Zara.

"Kenapa Bunga buat macam tu? Zara kan dah cakap buang saja surat-surat yang mereka bagi. Kenapa Bunga degil nak balas juga?"

Pipi putih Zara merah padam. Kesal Zara dengan Bunga yang sanggup menipu sampai perlu menyamar menjadi dirinya.

"Bunga tak sampai hati nak abaikan surat tu."

"Kenapa? Sebab Bunga suka kan anak orang kaya tu?" serkap Zara.

Bunga geleng. Tidak mahu mengaku.

"Habis tu kenapa? Sekarang ni Zara nak buat apa? Bunga nak sangat layan dia kan? Bunga ambil surat ni lepas tu Bunga balas. Buat apa yang Bunga pernah buat tanpa pengetahuan Zara sebelum ni. Nak sangat menyamar jadi Zara kan. Bunga menyamarlah lagi.."

Zara kecewa. Dihempas surat tersebut dengan kasar.

"Zara, jangan macam ni. Bunga tahu Bunga salah. Bunga tak patut menyamar jadi Zara. Bunga dah tak balas surat-surat tu. Bunga dah tak menyamar jadi Zara lagi."

Zara mendengus. Bunga yang sedang menangis itu dipandang kasihan.

"Abang Ghibran sukakan Zara. Kalau Zara tak percaya Bunga boleh tunjuk surat-surat yang dia kirim sebelum ni."

Zara mengeluh.

"Buang surat-surat tu. Zara tak nak baca semua tu. Hidup Zara masih panjang. Cinta monyet yang dia cakap sukakan Zara belum tentu lagi berkekalan. Zara tak nak terbeban. Lagipun, tak kan orang sekaya dia nak kan orang macam Zara? Itu cuma perasaan dia saja. Lambat-laun semua perasaan cinta dia pasti akan terhapus. Bunga jangan layan surat-surat dia lagi."

Zara sapu airmata dipipi Bunga. Surat yang diberikan Alia tadi dikoyak menjadi cebisan-cebisan. Zara harap dengan cara ini dapat mengajar Ghibran bahawa hatinya tak pernah sukakan lelaki itu.

"Kenapa Zara koyak?"

Bunga rampas sebahagian surat yang dikoyak Zara. Bunga nak selamatkan surat itu.

"Buat apa simpan? Ini semua sampah."

Bunga tidak rela. Kertas-kertas itu Bunga kumpulkan supaya nanti boleh dicantum menjadi satu helaian surat lagi.

"Biar Bunga simpan. Surat ni berharga bagi Bunga.."

Diakhir kalimat Bunga tuturkan seperlahan mungkin.

Zara buat tidak peduli. Dering loceng berbunyi. Zara melangkah masuk kekelas terlebih dahulu meninggalkan Bunga yang masih mengutip carik-carik kertas untuk dikumpulkan.

Ketika Bunga bergerak untuk bangun, kelibat Ghibran melintas di hadapannya. Bunga berjalan dalam keadaan menunduk dibelakang Ghibran tanpa bunyi.

Bunga tidak tahu dimana silapnya, kakinya tiba-tiba tersadung sesuatu yang keras. Belakang baju seragam Ghibran yang hujungnya tidak dimasukkan kedalam seluar itu menjadi pegangan Bunga supaya tidak terjatuh. Malangnya tubuh Bunga tetap tersembam kebawah. Buku lukisan yang selalu dibawanya terbuka besar.

Ghibran berpaling. Angin yang bertiup membalikkan satu persatu lukisan-lukisan Bunga. Masing-masing kelu bila arah mata mereka melekat disetiap helaian lukisan tersebut.

Wajah Bunga berubah pucat. Sebelum tangan Bunga mengambil lukisan tersebut, ada tangan yang lebih laju mendahului. Dan orang itu adalah Ghibran.

Helaian diselak satu demi satu. Rahang Ghibran tampak mengetat. Decitan sinis terbit dari bibir merah Ghibran.

Bunga bingkas bangun. Lututnya luka tapi Bunga tidak pedulikan luka itu. Lukisan rahsianya tidak patut dilihat Ghibran. Bunga cuba merampas namun sebelah tangan Ghibran lebih cepat mencengkam kuat lengannya.

"Ini lukisan siapa?" soal Ghibran datar. Sekali lagi Ghibran selak lukisan tersebut seakan tidak berpuas hati.

"Sa-saya."

"Kau yang lukis semua ni?"

Ghibran ingat salah satu lukisan wajahnya yang dijumpai dalam sebuah buku di perpustakaan sebelum ini. Saling tak tumpah seperti lukisan yang dilihatnya kala ini. Nama yang tertera dibawah lukisan itu adalah sebaris nama Zara. Peminjam buku sebelum ini juga digunakan atas nama Zara. Jadi Ghibran mengatakan Zara pemilik lukisan tersebut.

Namun sekarang ada yang mengaku si pelukis adalah orang lain, bukan Zara.

Bunga angguk dalam resah. Rasa takut kerana ketahuan melukis gambar-gambar Ghibran membuatkan sekujur tubuh Bunga mengeletar.

"Lukisan ni semua memang betul-betul kau yang lukis? Kau tak cuba nak menipu aku kan?"

Sekali lagi Ghibran menyoal. Menatap pada Bunga dengan matanya yang bersinar tajam.

"Bunga, kenapa tak masuk ke kelas lagi? Cikgu dah mula nak mengajar ni."

Salah seorang guru perempuan datang memberi teguran. Bunga yang juga mengenali guru tersebut ikut menoleh.

"Sa-saya dah nak masuk ni cikgu."

Bunga berlari anak meninggalkan Ghibran dengan lukisan kepunyaannya yang berada dalam tangan Ghibran bersama seorang guru yang berjalan sambil mengelengkan kepala menuju ke kelas.

Windy.. untuk awak.😉

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 01, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bunga AurelliaWhere stories live. Discover now