10 | Anything, you name it

479 63 13
                                    

S u g a r b o o


'Once upon a time,
Our soul apart but our lips collide-'

🕊️

MUNGKIN kerana penangan ditendang tempoh hari, Hans tidak menunjukkan batang hidungnya lagi. Macam yang aku mahu, dia berputus asa denganku.

Di kampus juga mereka sibuk dengan hal masing-masing. Dan Ryan tidak lagi terlihat bersama mereka, aku fikir bila hubungan kami renggang. Ryan akan bersama jughead semula.

Tapi, jelas-jelas Hans dan ahli gengnya mengabaikan Ryan.

"Kenapa dia orang bisik-bisik bila kita lalu."

Ujaran Hasya membuatkan aku mendongak. Dapat aku lihat perempuan di sini yang saling berbisik sesama mereka. Ada juga yang menjelingku.

Aku mengeluh.

"Sebab apa lagi Hasya? Pasal aku dan Ryan pun tak habis lagi." Keluhku.

Pedulikan mereka, aku masih meneruskan langkah. Tapi saat terlihat kelibat Ryan yang turut menghala ke arah sini, aku terhenti.

"Speaks of the devil," Gumamku.

Sudah lama aku mengelaknya, malah di kelas juga sebolehnya aku tak mahu langsung menatap figuranya itu.

Tanpa aba-aba, lengan Hasya aku tarik. Baru sahaja kami mahu berpaling, geng jughead turut berada di belakang kami. Tak semena renungan aku dan Hans bertamu.

Bibir bawah aku gigit.

"Jom, Hasya. Kita lalu tempat lain," segera aku menariknya mengikuti langkahku.

"Ta... tapi... Damien aku." Rungutnya. Tapi langkah kaki masih turut menyaingi aku.

Sedikit berlari anak, kami mula menjauhi mereka. Sedikit cungap, aku labuhkan punggung di bangku kayu. Tubuh bersandar.

"Kau mengelak Hans ke?"

Aku angguk laju.

"Tapi, kau kan jenis rebel. Kau lagi prefer bertekak dengan dia..."

Aku mengeluh lagi. Pada Hasya, aku ceritakan segalanya. Gangguan Hans ditempat kerja, tentang dia yang mengekori dan luahan yang tak masuk akal itu.

"Woah."Responnya. Jari diketuk-ketuk di bawah dagu. 

"Bukan senang nak dapat dua mamat hot sekaligus. Tak dapat, Ryan. Dapat Hans pun okey..." Usulnya.

"Never. Not even in my dream."

"Kalau Ryan pun boleh tipu aku, tak mustahil lelaki macam Hans akan buat benda sama. Aku tak nak percaya." Gelengku.

Kepala aku dongak. Merenung daun yang berhembus di dahan pokok.

"Aku yakin yang dia sengaja nak kenakan aku." Kelopak mata aku pejam.

Terasa hujung baju aku ditarik-tarik. Aku mendesis kecil.

"Bagilah aku lelap kejap, kelas lagi setengah jam kan."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

S u g a r b o o: She's dating a badboyWhere stories live. Discover now