S u g a r b o o
'Once upon a time,
Our soul apart but our lips collide-'🕊️
LANGKAH aku semakin laju, walaupun sedaya upaya aku cuba pecut. Ketinggiannya masih berjaya menyaingi langkahku. Lengan aku ditahan pantas.
"Abel, tunggu dulu."
Laju tanganku naik menampar wajah itu. Dada turun naik penuh berang.
"Aku tak perlukan penjelasan kau, Ryan. Kau berjaya buktikan dekat aku yang lelaki memang semua sama." Semburku.
Ryan terdiam. Renungannya seolah terselit penyesalan.
"Aku minta maaf."
Aku berpeluk tubuh. Hanya tawa sinis yang aku hamburkan.
"Tapi aku tak ada niat nak permainkan kau, aku betul-betul suka kau."
Kedua bahuku disentuh. Sekali lagi aku menepis kasar.
Setapak aku berundur. "Kau dah ada tunang, tapi kau berani kata kau jatuh suka dekat perempuan lain?"
"Means kau suka dua orang dalam masa yang sama? Itu maksud kau?"
"Aku..."
Gelak kecil. "You know what? Aku paling benci lelaki sejenis macam kau ini. Sampai bila-bila aku akan benci dengan lelaki curang."
Aku segera berpaling. Menapak pergi meninggalkan Ryan.
"Abel, aku tak pernah suka dia. Dari awal semuanya rancangan keluarga aku!" Ryan berteriak.
Aku terhenti. Sedikit berpaling memandangnya.
"Since kau setuju dengan ikatan pertunangan kau orang. Kau tak ada alasan untuk curang."
"Jangan jadi lelaki pengecut, Ryan." jeda.
"We're over." Ulasku sebelum beredar.
"SELAMAT DATANG-"
Saat wajahku mendongak, retinaku terpaku pada figura di hadapanku.
Kekok.
Aku memaksa bibir mengukir senyum. "Nak pesan air apa encik?" Aku mencuba bersuara manis.
Renungannya kekal tidak beriak. Masih galak memerhati rautku.
"Latte..."
"Panas atau sejuk?"
"Panas."
Aku mengangguk. "Dine in or take away? "
"Dine in. Make it faster,"
Usai aku menyebut harga, duit dihulur padaku. Saat aku mengambil hulurannya, hujung jemari kami bersentuhan. Tidak sengaja ataupun sengaja, yang penting aku tak suka dengan situasi seperti ini.
Aku pantas berdecit.
Bila aku mahu memulangkan baki. Dia sudah pun melangkah ke bar stool.
Terkelip-kelip aku memerhati tingkahnya. Cara duduknya seperti sengaja menghadapku.
"Keep the change,"
Duit di tanganku, aku pandang sekilas. Tipikal orang kaya.
Malas mahu berbicara, aku meneruskan kegiatanku.
"Kau kenal ke lelaki itu?"
Aku angkat wajah, memandang Fauzan. Dia sudah bersedia untuk berganti shif denganku.
Kepala aku geleng perlahan.
"Tapi kenapa dari tadi dia asyik pandang kau? Dia beli kopi je pun, tak balik-balik lagi."
Aku garu pipi, retina turut merenung ke arah yang dimaksudkan. Benar, sedari tadi mysterious gaze itu tak henti memerhatikanku. Aku tak tahu apa tujuan dia, tapi semerta aku teringat ujaran dia tempoh hari.
"I can treat you better than him,"
Dasar gila!
JAM 11 malam. Usai menukar uniform, beg tangan lusuhku segera aku ambil.
"Fauzan, aku balik dulu..."
Walaupun sudah lewat malam, aku sudah terbiasa dengan rutin bekerja. Sekurangnya, dapat kumpul duit untuk sara hidup yang serba daif.
"Hati-hati."
"Hm," aku mengangguk.
Tika langkah kaki aku keluar dari kedai serbaneka tersebut. Spontan kedua keningku bertaut tatkala terpandangkan figura yang bersandar di sebalik dinding. Retinanya turut terpaku padaku. Dengan satu tanganya dikocek seluar manakala satu lagi memegang rokok. Kala nafasnya dihembus, dapat aku lihat kepulan bewarna putih di udara.
Jam di tangan aku tilik. Apa yang membuatkan lelaki itu masih di sini? Tanpa seorang ahli gengnya?
Takkanlah dia tunggu aku? Kepala aku tergeleng kecil.
Damn it. Kenapa benak aku boleh jauh menyimpang sampai ke situ.
Tanpa pedulikan dia, aku hanya berlalu melepasi dia. Langit kelam aku lihat, terlihat kosong tanpa sebarang bintang. Hanya bulan yang menjadi peneman dikala sunyi.
Terdengarkan bunyi tapak kaki dibelakangku, aku pantas menoleh. Sedikit membuntang anak mataku,
Hans Ilee ternyata mengekoriku.
Aku berpaling. "Kau nak apa dari aku?" Soalku
Sepi.
Setapak dia mendekat. Penuh tenang dia menutur. "Aku teringat kau, then aku singgah sini."
Bau tobacco menusuk hidung.
"Huh?"
"Kau buang tebiat? Tolonglah Hans, jangan ganggu aku. Aku tak nak berkait dengan kau orang lagi." Ujarku.
Tawa kecilnya kedengaran.
"Kebetulan aku lalu sini. Kenapa?Jalan ini kau punya?"
"Kau jangan nak merepeklah. Kau tak tinggal area sini pun," aku berpeluk tubuh.
"Apa yang kau nak sebenarnya?"
Dia angkat bahu. "Why not aku teman kau sampai rumah? Kau tak perlu bayar, aku volunteer."
Aku memincingkan anak mata. "Get lost,"
Kaki meneruskan langkah. Aku fikir dia akan berambus tapi derapan langkahnya masih jelas di belakangku. Sipi aku menoleh.
Aku ketap gigi bila terdengar siulannya yang menemani perjalanan kami. Segera aku percepatkan langkah bila rumahku semakin hampir. Tiba di depan laman, Hans berhenti.
Aku melihatnya sejenak.
"Goodnight, Abel."
Aku tidak membalas. Pintu rumah terus aku buka, dan tubuh pantas melangkah masuk ke dalam. Bilik aku tuju dan tak tunggu lama, langsir terus aku selak.
Dan ternyata benar telahanku, dia masih berdiri di atas jalan. Merenung lama rumahku sebelum berpusing untuk pergi.
Kedua kening aku bertaut rapat.
"Apa motif dia sebenarnya?"
"Kenapa dia ikut aku sampai rumah?" Gumamku.
Ibu jari aku gigit. Aku rasa tidak senang duduk, aku tak mahu ada kaitan dengan geng jughead lagi. Dan aku berharap, mereka atau sesiapa pun ahli dari jughead menganggu kententeraman aku lagi.
Cukuplah, aku sudah serik bermain api.

YOU ARE READING
S u g a r b o o: She's dating a badboy
Storie d'amore• Darkling trilogy volume 2 (Novel Melayu) He came with full package, but got rejected because of one reason. . . "Spend a night with me, and 1 million will be yours-" Thus, she's become his candy girl for a dating companion. Warn: May contain toxi...