miss K

0 0 0
                                    

Hari ini hari berat buatmu.

Kamu dan dia berkelahi tanpa tanda noktah.

Sedang kamu ingin teruskan lagi jalinan hubungan bersamanya.
Keras kepala si dia sering saja secetusnya permasalahan.

Miss K, aku tahu diriku ini bukan seperti dia. Bukan sesempurna dia. Bukan cantik bak bidadari seperti dia. Bukanlah yang kau inginkan padamulanya.

Miss K, andai kau tahu melihat saja kau dan dia sebegini. Di dalam dada ku ini. Hati ini. Nadi ini berdenyut laju hilang ritmanya. Sesakit ini miss K. Sesakit ini melihat kau sakit, aku juga turut sakit.

Inilah sebab kenapa aku boleh terima jika kau mahu bersamanya semula. Sakit melihat kau begini.

Hari ini sugul saja muka mu.
Berat tanggunggan mu di pejabat.
Dirumah bak duri ingin diminta dicabut.
Hubungan mu dan dia pula haih entah tidak tahu hendak kata apa dan dicerita.

Miss K, maaf aku tidak tahu bagaimana untuk menyenangkan mu.

Miss K, maaf aku hanya bisa menemani mu.

Miss K, maaf aku hanya bisa mendengarmu tangisi segala yang berat di dada saja.

Miss K, maaf. Aku tidak berguna.

Miss KWhere stories live. Discover now