Semakin lama hubungan mereka bertiga menjadi sahabat baik dan berjanji akan bersama selamanya.
2 tahun kemudian (masih di zaman sekolah)
Keesokannya di kantin sekolah.
Selepas Aisyah, Syakila dan Aiman selesai membeli makanan di kantin mereka terus duduk di sebuah meja.
Aiman menyambung"eh korang aku tak sangka kita dah berkawan hampir 3 tahun dan yeah kita berkongsi segala cerita , karenahkan lagi-lagi ni ha Syakila".Syakila membalas dengan nada marah"isy apa kau ni asyik aku je".Mereka langsung bergelak ketawa dan berhenti apabila Aisyah mahu mengatakan sesuatu" tu lah tu tup-tup dah tingkatan 5 , pastu satu lagi yang aku rasa sangat sukar la dua bulan lagi kita periksa SPM.Syakila dan Aiman langsung membalas dengan terkejut"haahla SPM".(Syakila)"korang berdua takpelah dua-dua pandai ni aku ni entah apalah yang aku akan jawab kat sebuah kertas putih ajaib tu nanti"dengan riak mukanya yang seperti membayangkan sesuatu.(Aisyah)"hehehe haih eh tak semestinya pandai satu boleh pandai semua kalau kita rajin insyaallah kita dapat".(Aiman)"haah betul tu jadi kita kenalah berusaha sampai berjaya , yang penting sekali kita kena minta tu ha kat atas tu"katanya sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah atas.Selepas habis rehat mereka pergi ke kelas bersama-sama.Aiman terhenti di belakang dan berkata dalam hatinya"bilalah si Aisyah ni tahu aku punya perasaan kat dia". Syakila dan Aisyah menyedari kelakuan Aiman dan Syakila secara selambanya berkata"eh pakcik kenapa termenung lagi tu penat ke baru naik sikit je bukan naik gunung lagi ni atauuuu pun kau fikir pasal Aisyah". Aisyah terkejut atas percakapan kawannya lalu membahas tentang lain dengan perasaannya yang malu"eh Jim cepatlah kita dah lambat ni kang tak pasal-pasal kena tulis nama ponteng kelas tak sudah".Syakila senyum kepada Aisyah sambil berkata"elelelele si Aisyahnya malah malu dong"sambil dia mengejek Aisyah dengan bahasa Indonesianya itu.
3 bulan kemudian
Mereka habis menjalani SPM , pihak sekolah meminta semua ibubapa bagi murid tingkatan 5 yang sudah menjalani SPM untuk mengambil keputusan anak masing-masing.Tiba giliran Aisyah, Aisyah terkejut kerana mendapat keputusan yang bagus begitu juga Aiman dan Syakila.(Ibu Aisyah)"wah baginya anak ibu ni dapat straight A plus pulak tu" dan terus memeluk anaknya dengan rasa terharu dan serasa mahu menangis begitu juga ayahnya yang sedang duduk melihat kertas peperiksaannya.(Ayah Aisyah)"wah bagusnya Sama macam kakak kamu , baguslah nanti ayah belanja ye"dengan nada yang seperti menangis teresak-esak.
Selepas beberapa minit kemudian tiba-tiba ada sebuah mesej yang dihantar oleh kakaknya'weh maaflah tak dapat datang aku banyak kerja nak kena siapkan tapi congrats lah atas keputusann kau ibu dan ayah bagitahu aku tadi ni nanti aku belanja alat mekap kau tapi sikit je LA heheehe sebab duit aku dah semput ni heheehe.Balas Aisyah"kau memang terima kasihlah belanja selamat bekerja ye , oklah aku nak pergi jumpa kawan-kawan aku jap".(Mia kakak Aisyah)"ha yelah last day kan aku pun nak pergi juga ni bai".
Aisyah , Aiman dan Syakila mengucapkan selamat tinggal dan tahniah sesama mereka.(Aiman)"ha korang tahniah kita semua dapat keputusan cemerlang semuanya kan Syakila".(Syakila)"oklah jom kita ambil tak yahnya dihiraukan si pakcik tua ni".Selesai mereka mengambil gambar (Aisyah)" selamat jalan korang menuju ke tujuan masing-masing , sedihnya nanti takde korang , korang dah macam adik-beradik aku dah , bai nanti aku ada masa kita jumpa lagi ok jangan lupa tau Sahabat selamanya" terus mereka mengeluarkan tangan masing-masing dan menyebutkan 'sahabat selamanya'.
Selesai itu mereka bertiga menuju ke haluan masing-masing untuk mencapai impian yang berlainan.Aisyah dan Aiman cuba untuk memberi tahu perasaan masing-masing tapi tidak sempat yang disangkakan dan mereka terpaksa balik dengan perasaan yang terasa seperti tertinggal sesuatu.
Bersambung....
YOU ARE READING
Ketika Bertemu Kembali (Original Malay Version)
RomanceMengisahkan tentang dua orang murid sekolah yang sudah 6 tahun tidak menjumpai dan kembali bersua muka apabila mereka bekerja di tempat kerja yang sama. Mereka pernah menyimpan perasaan terhadap masing-masing namun tidak diberitahu.Adakah mereka mas...