BAB 20

25 3 0
                                    

Airis melangkah ke tingkat atas menuju ke biliknya tetapi langkahnya terhenti buat seketika kerana kakinya bagai diusap dengan sesuatu.

Perlahan-lahan kepalanya melihat ke bahagian bawah dan sesuatu itu adalah...

meow..meow..meow..

Kening Airis terangkat sebelah kerana hairan sepanjang beberapa hari dia berapa di sini, belum pernah sekalipun dia nampak yang rumah ini di diami oleh haiwan-haiwan peliharaan.

Airis mengambil kucing yang berwarna grey itu dan mengusap bulu-bulunya sementara matanya melilau ke kiri dan kanan untuk mencari siapa empunya kucing bulus ini.

"tak kan la kucing mamat tu kot, muka ganas tak kan bela kucing..uishh macam tak sesuai ja" omel Airis sendirian dan terus duduk di hujung tangga bermain dengan kucing sementara matanya masih melihat sekeliling.

"cush..cush ..meow..meow.."

Kepala Airis laju pusing ke arah suara yang seperti mencari keberadaan kucing dan suara itu tidak jauh dari keberadaanya.

Kelihatan kak Jira yang sedang membawa mainan kucing di tangannya bersama sangkar yang agak besar saiznya menuju ke arah Airis.

"lahhh ada dengan Airis ke..akak ingat pergi mana lah si grey ni" kata kak Jira yang merupakan pembantu rumah di sini dan juga merupakan salah seorang pembantu yang sangat rapat dengan ahli The Devano.

"kucing akak ke? Airis tak tahu pulak akak ada bela kucing.." kata Airis lembut bersama senyuman yang tidak lekang dari mulutnya setiap kali berhadapan dengan wanita ini.

"eh bukan kucing akak, ni kucing tuan Hayf. Airis tak tahu ke yang tuan bela kucing?" tanya kak Jira pelik.

Airis hanya menggeleng kepalanya menjawab pertanyaan kak Jira.

"mungkin tuan tak sempat nak kenalkan Airis dengan kucing kesayangan dia ni, lagipun baru hari ni grey balik sini sebab sebelum ni mummy tuan yang jaga" kata kak Jira lembut.

"kenapa bukan dia sendiri yang jaga? Kucing dia kan?" tanya Airis pelik.

"sebab tuan sibuk sikit, tak sempat kalau nak jaga grey selalu"

"sibuk? Apa ja yang dia buat? Airis tengok asyik duduk rumah ja.." kata Airis dan belum sempat kak Jira membalas kata-kata Airis, satu suara dari belakang mencelah perbualan mereka.

"kalau nak tahu apa kerja saya, jadi isteri saya and awak boleh tahu semua benda tanpa selok belok" kata Hayf yang tiba-tiba muncul dari arah belakang dan membalas apa yang ditanya oleh Airis.

Tetapi matanya lebih fokus pada tangan Airis yang sedang memegang haiwan kesayangannya.

"nampaknya awak orang pertama yang berjaya menjinakkan my grey dan...orang pertama juga yang berjaya merobohkan pintu saya" kata Hayf dan sedikit berbisik mengatakan ayat-ayat terakhir dari mulutnya tetapi dapat didengar jelas oleh Airis.

Kak Jira yang sedar dengan kedatangan Hayf terus pergi melangkah turun ke tingkat bawah kerana tidak mahu mengganggu perbualan antara Hayf dan Airis nanti.

Selepas kelibat kak Jira tidak lagi kelihatan, laju sahaja kepala Airis menghadap wajah lelaki di hadapannya ketika ini.

"awak kalau nak usik saya sekalipun jangan la sampai depan orang, malu la" marah Airis bersama pipinya yang masih kemerahan atas apa yang dituturkan oleh Hayf tadi.

"buat apa nak malu, diorang semua pun dah tahu siapa awak, Airis"

"yala memang la diorang semua tahu sebab saya ni manusia kan, lain la kalau saya ni alien" balas Airis selamba sambil memandang tajam ke arah lelaki itu.

"manusia yang ditakdirkan untuk saya" kata Hayf serius dan matanya yang sentiasa tepat memandang sepasang mata Airis setiap kali mengeluarkan ayat-ayat sebegitu.

Airis tidak mampu berkata lagi kerana sebenarnya...

dia turut mempunyai perasaan kepada Hayf sejak lelaki itu menjaganya ketika demam dahulu cuma dia tidak yakin dengan perasaan ini.

Airis masih tidak berani untuk mengungkapkan perasaan ini kepada lelaki itu kerana dia sendiri belum yakin dengan apa yang dirasakan hatinya saat ini.

Hayf menggangkat keningnya melihat Airis yang tiba-tiba membeku..

"berangan pasal masa depan ke kita sayang?" usik Hayf lagi.

Airis tersedar dari lamunannya dan terus pergi meninggalkan Hayf seorang diri bersama kucing kesayangannya.

"pergi lah sejauh mana pun, kau tetap tak kan boleh lari jauh dari aku, Airis" bisik Hayf sambil mengosok-gosok kucingnya.

"eh, kau dengan Hayf bincang apa tadi?" tanya Evan yang sedang memandu kereta untuk pulang ke rumahnya.

"macam biasalah" jawab Max ringkas yang turut berada di dalam kenderaan itu bersama-sama Evan dan juga Khalif.

"diorang masih belum tahu kan siapa kau?" tanya Khalif pula.

Max hanya mengeleng kepala menjawab pertanyaan Khalif lagipun dia agak letih kerana badannya masih belum rehat selepas tiba di airport tadi.

"tapi kan, kaya juga Lyon tu lepas satu satu kereta dia bagi kau" kata Khalif lagi.

"boleh la setakat nak tambah koleksi dekat rumah aku"

"tapi tetap tak boleh lawan koleksi-koleksi aku"

"tu pun semua kereta secondhand buat apa" balas Evan.

"kalau main dengan juta tak dikira secondhand la bangang" balas Khalif geram.

"kalau kau asyik tumpang ja kereta aku ni, tak payah nak bangga la dengan kereta juta kau tu" balas Evan lagi.

"kau kan dah balik sini buat apa aku nak susahkan badan aku drive kereta" kata Khalif dan terus meletakkan kakinya pada dashboard kereta untuk menyakitkan lagi hati Evan.

Tetapi dia silap, kali ini Evan hanya diam kerana malas mahu bergaduh mulut dengan kawan sewelnya ini. Manakala Max sudah melelapkan mata malas untuk melayan mereka berdua.

Bayangan CintaWhere stories live. Discover now