Sekolah Seri Utara sangat heboh hari ini. Khabar tentang seorang pelajar baru, anak kepada orang kaya telah
tersebar luas. Bukan calang-calang punya pelajar. Dia dikatakan berpindah ke sini kerana urusan kerja ayahnya.Ketika loceng pertama sudah lama berbunyi, bunyi motor yang kuat tiba-tiba menarik perhatian seluruh pelajar yang sedang menuju ke kelas. Sebuah superbike meluncur masuk dengan laju. Semua mata tertumpu pada pelajar baru itu.
Elman Hafiy, nama pelajar baru tersebut, membuka helmetnya dengan satu pergerakan tangan yang angkuh.
Rambutnya serabai, seolah-olah tidak pernah mengenali sikat dan bajunya langsung tidak dia masukkan di
dalam seluar. Dia kelihatan tidak peduli dengan keadaan di sekelilingnya malah mukanya kelihatan sombong. Seakan-akan dia tahu bahawa statusnya sebagai anak orang kaya sudah cukup untuk menundukkan semua orang.Pelajar-pelajar yang lalu disebelahnya berbisik-bisik.
“Eh, dia tu ke anak orang kaya yang semua orang katakan itu? Kenapa dia pindah ke sini eh?” kata salah satu pelajar yang baru lepas lalu di sebelahnya.
Elman turun dari motornya. Helmetnya di letakkan di atas motor, lalu dia berjalan dengan santai menuju ke hadapan pintu seolah-olah tiada yang boleh mengahalangnya masuk.
Namun, seorang ketua pengawas yang terkenal dengan ketegasannya, tidak boleh membiarkan Elman terlepas. Lantas, dia menghampiri Elman yang sedang berjalan, berdiri tegak di hadapannya.
“Kau pelajar baru, kan?” soal Adelia, tegas. Atas bawah dia memandang jejaka di hadapannya. “Kau sedar tak yang kau dah lambat sekarang?” soalnya lagi sambil memeluk tubuh.
Elman menjeling Adelia, tajam. “So? Kau nak aku buat apa?” jawab Elman dengan rasa yang tidak bersalah.
“So?!” Adelia mengangkat keningnya. “Bukan saja kau lambat, baju tak tuck in, rambut serabai macam tak pernah sikat rambut. Kau ingat sekolah ni tak ada peraturan ke?”
Elman tersenyum sinis. “Aku ni anak orang kaya. Peraturan ni semua tak penting bagi aku, sekolah ni patut bersyukur aku sudi datang sekolah ni.”
“Aku tak kisahlah kau anak siapa ke, peraturan sekolah memang wajib dipatuhi. Semua pelajar kat sekolah ni perlu ikut peraturan. Kau tiada pengecualian.” Turun naik nafas Adelia menahan marah.
Elman mendekati Adelia. Suaranya semakin tajam. “Kau dengar sini eh, aku ni bukan orang yang kau boleh arah sesuka hati. Aku ni, anak orang kaya, kau lagi bawah dari aku”
Adelia merenung Elman tajam. “Oh, anak orang kaya ya? Rasanya peraturan dan disiplin tak kisah rasanya kau anak siapa. Kau buat salah, kau perlu menerima denda. Ini sekolah, bukan Hotel bapak kau.”
Elman mendengus. “Kau ingat kau siapa nak tegur aku macam ni? Kau tu, cuma ketua pengawas je, tahu? Pangkat kau jauh lebih rendah dari aku.”
Adelia tidak mempedulikan dengan kata-kata Elman. Buku catatan kecil di dalam poketnya diambil. “Apa nama kau?” soal Adelia.
“Aku tak nak bagitau.” Jawab Elman.
Mata Adelia turun melihat nametag nama yang berada di dada sebelah kiri Elman. Lalu, dia menulis nama Elman di dalam buku catatannya. “Nama kau masuk dalam catatan. Tak kiralah siapa kau, peraturan tetap peraturan. Tak ada siapa yang boleh terlepas dari peraturan sekolah ni. Kecuali, bila dia dah keluar dari sekolah ni.”
Elman mendengus lalu dia terangguk-angguk. “Tunggulah kau nanti, aku akan buat kau menyesal.”
Adelia memandang tepat pada mata Elman sambil tersenyum kecil. “Aku tak takutlah dengan ugutan kau tu. Sekarang, masuk kelas sebelum aku letak lagi nama kau dalam buku catatan.”
Dengan langkah berat, Elman berjalan menuju ke kelas. Dalam fikirannya, dia sudah sedia mahu mencabar ketua pengawas itu lagi.
Ketika Elman melangkah masuk ke dalam kelas, Cikgu Dahlia menyuruhnya untuk mengenal kan dirinya. Dia tersentak sedikit apabila melihat Adelia yang sedang menyusun buku catatannya di atas meja. Mata mereka bertembung buat seketika.
“Nasib baik kau boleh masuk sekolah ni lagi. Kalau ikutkan perangai kau, rasanya kau dah kena buang sekolah dah. Baru masuk sekolah dah buat masalah disiplin.” Ujar Adelia sambil mendongak memandang
Elman.“Kau ingat kau hebat sangat ke dengan buku disiplin kau tu?” jawab Elman.
Adelia bangun dari kerusinya lalu dia mendekati Elman. Suaranya sedikit perlahan, tetapi sangat terancam. “Kau jangan cabar aku, Elman. Setiap kesalahan kau, aku akan pastikan ada rekodnya. Jangan sampai kau merayu minta tolong dari aku nanti.” Kata Adelia lalu dia kembali duduk di kerusinya.
______________________________________
Harap korang semua suka cerita saya ni. Maaf kalau cerita ni tak Best sangat, saya baru pemula lagi dalam menulis ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love you, Akak Pengawas! (Slow Update)
RomanceAdelia Munirah, seorang ketua pengawas yang tegas dan berdisiplin, sentiasa menegakkan peraturan di SMK Seri Utara. Dalam pandangannya, semua murid harus mematuhi peraturan yang ada, termasuk Elman Hafiy, seorang murid nakal yang baru berpindah ke s...