Suasana di tengah hutan itu bising dengan suara-suara pelajar dari pelbagai sekolah. Bau haruman makanan yang di masak oleh cikgu-cikgu dan pelajar menusuk masuk ke dalam rongga hidung. Ada sesetengah pelajar duduk di atas tikar yang sudah dibentangkan, dan ada juga yang duduk di atas meja yang sudah di pasang oleh guru-guru dan murid-murid.
Lampu-lampu bulat diikat di pokok-pokok, menerangi kawasan tengah hutan yang gelap pada malam itu. Ketika ini, mereka sedang menikmati makan malam. Adelia sedang beratur untuk mengambil makanan. Ayam goreng menarik perhatiannya, dia lalu menyendok seketul masuk ke dalam pinggan. Kemudian, dia mengambil pula sedikit sup tulang, supaya nasi yang diambil tidak terlalu kering.
Adelia berpaling, mahu bergerak ke meja. Namun, kehadiran figura seorang lelaki tinggi di hadapannya mengejutkannya. Elman. Pinggan yang di pegang oleh Adelia nyaris terjatuh. Nasib baik tidak terlepas!
Adelia memasang wajah riak marah. "Isy, kau ni! Selalu sangat nak buat aku terkejut kenapa, hah?!"
"Mana ada! Aku nak ambik makanan je. Tak perasan pula kau ada kat sini. Tulah, pendek sangat," ujar Elman penuh sinis sebeum berlalu pergi untuk mengambil makanan
Adelia yang sudah panas hatinya hanya mampu bersabar. Matanya meliar ingin mencari meja kosong. Semua sudah penuh. Tikar pun penuh. Tiba-tiba, dia terpandang satu meja yang kosong, namun di hujung meja itu terdapat sekumpulan lelaki yang tidak dikenalinya.
Adelia mengeluh. Tak akan nak duduk kat situ pula? Tapi, tak ada tempat lain mahu di duduk. Di situ sahaja tempat kosong yang ada. Mahu tidak mahu, dia perlu juga duduk di situ. Nak makan berdiri? Ramai orang. Risau nanti ada yang terlanggar dan boleh membuatkan kemarahan orang.
Dia mengatur langkah ke meja itu. Tidak mempedulikan sekumpulan lelaki itu kerana mereka bukan dari sekolahnya. Mereka kelihatan seperti budak nakal. Seorang dari mereka mengunyah gula-gula getah dan meludahkannya ke tepi. Ew, pengotor betul!
Adelia mengeluh. Patutlah hutan tercemar, buang sampah merata-rata! Pinggannya diletakkan ke atas meja, kemudian lelaki di hadapannya itu di pandang atas bawah. Huh, selekeh! Lagi selekeh dari Elman. Nasib dia bukan bersekolah dari sekolahnya. Kalau tidak, memang sama nasib lelaki itu seperti Elman. Mungkin lagi teruk dia didenda!
Adelia berdehem perlahan. Tangannya disilang di dada. Alamak, mode pengawas dah aktif! "Kau tak reti buang sampah dalam plastik ke?"
Lelaki itu tercari-cari dari mana suara itu datang, akhirnya dia memandang bawah. "Ohh, dari sini suara tu datang rupanya. Maaflah ya, tak nampak, sebab pendek sangat," katanya sebelum ketawa berdekah-dekah diikuti tiga orang lelaki di sebelahnya.
Adelia buat muka toya. Argh, ni lagi sorang! "Buang sampah dalam plastik!" Sekali lagi, Adelia melontarkan ayat itu.
"Hah, kenapa? Nanti cikgu-cikgu dan pelajar juga yang kemas," ucap lelaki itu sambil pandang Adelia atas bawah. Pergh, cun juga minah ni. Garang, tapi comel! Mesti dah berpunya, kan?
"Amboi, ingat kau tu bos ke nak suruh orang kutip sampah kau?! Kutip dan buang sekarang!" nada Adelia mula meninggi.
Bahu lelaki itu terhinjut sedikit. "Uish, garangnya! Okey, okey, saya buang dalam plastik." Dia tunduk, kutip gula-gula getah tadi, kemudian dia buang gula-gula getah itu dalam plastik sampah terdekat. Dia mendekati Adelia semula. "Dah buang. Puas hati?"
Adelia hanya menjeling. Haih, nak buat sampah pun susah! Dia menghenyak punggung di atas kerusi. Adelia membaca doa sebelum dia menikmati hidangan menggunakan sudu. Adelia duduk berjauhan dengan sekumpulan pelajar lelaki itu. Dia perlu makan dengan cepat, tak selesa duduk dengan orang tak betul ni.
Lelaki itu perlahan-lahan menghampiri Adelia. Tiba-tiba, dia menyentuh sebelah tangan Adelia yang berada di atas kerusi. Dia tersenyum sinis. "Saya dah ikut arahan awak, awak pula kena ikut saya. Nak jadi girfriend saya tak?" Senyuman sinis terlukis di bibirnya.
