Malam itu di rumah Adelia, dia duduk di atas meja belajar nya, cuba menyiapkan kerja sekolahnya.
Fikirannya berkecamuk. Dia berasa tidak sedap hati apabila mengingatkan markah kertas ujian sains yang ayahnya buat semalam. Sebelum ini, dia tidak pernah dapat markah seteruk itu.Setiap hari, memang ayah dia akan memberikan kertas untuk dia membuat ujian. Kalau lebih dari 4
kesalahan, memang habislah Adelia.Pintu biliknya di buka dengan kasar oleh Ayahnya, dengan muka yang bengis, melangkah masuk ke dalam bilik Adelia. "Apa ni?! Kenapa teruk sangat?! Kan ayah cakap jangan salah lebih dari 4?!"jeritnya seoktaf.
"Tapi Adel salah 5 je, lebih satu je! Tak akan itu pun nak marah?!" jawab Adelia. Air mata mula mengalir keluar turun ke pipi. Tangannya menggigil akibat terlalu takut.
Ayahnya menghampiri Adelia, dan.. PANG! Satu tamparan yang keras hinggap di pipinya. Bunyi tamparan itu bergema di dalam bilik itu. Badannya ke belakang, tubuhnya bergetar sedikit.
"Ayah, tak pernah ajar kamu kurang ajar macam ni! Siapa ajar kamu menjawab, hah?!" suara ayahnya
semakin kuat, seperti ribut yang melanda. "Ayah hantar kamu pergi ke sekolah untuk apa? Untuk
belajar kan? Bukan untuk dapat markah yang teruk macam ni! Tengok si Adriana tu.. boleh je dapat
markah penuh setiap kali diberi kertas ujian. Mesti bangga mak ayah dia. Tak macam kau, kau cuma tahu
menyusahkan aku! Nama je Ketua Pengawas, tapi markah teruk!"Adelia menyentuh pipinya yang berdenyut, pipinya memang sangat sakit, tetapi mendengar kata-kata ayahnya yang terus menghina dirinya lebih sakit. Kata-kata itu lebih pedih daripada tamparan yang baru
diterimanya.Ibu Adelia masuk dengan wajah yang penuh kecewa. "Adelia, kenapa kamu ni tak boleh jadi anak yang berguna? Dari kecil sampai besar, kamu tak pernah buat kami bangga. Kamu cuma menyusahkan kami saja!"
"Adelia, kau tau tak betapa susahnya kami nak besarkan kamu? Ayah kamu kerja siang malam untuk beri kamu makan, minum, tuisyen. Tapi ini yang kamu balas? Dengan kegagalan?" sambung ibu Adelia lagi. Suaranya bergetar kerana terlalu marah.
Adelia tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya mampu menahan air matanya daripada mengalir dengan lebih laju.
"Kamu tau tak apa yang menyesakkan dada ibu dan ayah?" suara ayahnya perlahan. Namun, lebih tajam.
"Kesilapan terbesar ayah dan ibu kamu ialah...Kelahiran kamu. Kalau kami tahulah kau akan lagi
membebankan hidup kami, lebih baik kami tidak perlu pun ada anak macam kamu."Adelia terkesima. Hatinya bagai ditusuk belati yang tajam apabila mendengar kata-kata dari ibu dan
Ayahnya itu. Dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh ibu dan ayahnya. Dia sudah mencuba
yang terbaik, tapi bagi ibu dan ayahnya, usahanya tidak pernah cukup. Ibu ayahnya tidak pernah melihat usaha kerasnya, yang hanya mereka lihat adalah markahnya dan hasilnya sahaja."Tak ada gunanya kamu ada kat rumah ni kalau kamu selalu gagal saja! Ayah kerja siang malam untuk kamu, tapi ini yang kamu balas?!" jerit ayahnya.
Ibu Adelia mendekatinya. "Adelia, kamu tahu tak, ibu malu dapat anak macam kamu! Ibu malu dengan jiran-jiran, saudara mara. Semua orang cakap anak mereka berjaya. Tapi ibu? Ibu hanya mampu tersenyum palsu. Anak aku tak guna!"
Adelia merasakan dunianya hancur, nafasnya turun naik, dadanya terasa berat, seolah-olah ada sesuatu yang
menimpanya."Kamu tahu tak, Adelia? Hidup ibu akan jadi lebih baik kalau kamu tak pernah wujud." Ucap ibunya perlahan, tetapi cukup untuk didengari oleh Adelia.
Adelia tidak tahan lagi, air matanya mula mengalir lebih laju. Dia terus berlari ke tandas. Di sana, dia duduk di atas lantai, memeluk lututnya erat-erat sambil menangis teresak-esak. Kata-kata ibu dan ayahnya masih terngiang-ngiang di dalam fikirannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love you, Akak Pengawas! (Slow Update)
RomanceAdelia Munirah, seorang ketua pengawas yang tegas dan berdisiplin, sentiasa menegakkan peraturan di SMK Seri Utara. Dalam pandangannya, semua murid harus mematuhi peraturan yang ada, termasuk Elman Hafiy, seorang murid nakal yang baru berpindah ke s...