six

16 5 0
                                    

# # #

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

# # #

PINTU rumah lelaki itu –Soobin– diketuk dua tiga kali. Tangannya sebelah lagi erat memegang beg milik Soobin. Sementara menunggu tuan rumah membuka pintu, mata Yewon sempat menoleh bagi melihat persekitaran kawasan itu.

Jika kawasan yang kosong dan tak dijaga sebegini, memang ramai orang-orang jahat. Biasanya tempat seperti inilah banyak berlaku perkara tak diingini kerana pihak berkuasa jarang memantau.

Yewon sangat tidak menyangka yang Soobin tinggal di kawasan lorong itu. Pasti hidupnya sedang susah sekarang. Sebab itulah dia tiada pilihan lain selain mencuri demi mengisi perut.

"Encik Choi Soobin, saya takkan buat apa-apa pun pada encik. Saya minta encik buka pintu saja. Tolong beri kerjasama," seru Yewon seraya mengetuk pintu rumah Soobin sekali lagi.

Tak lama kemudian, akhirnya pintu dibuka sedikit. Yewon menjengah kepala melihat lelaki itu yang masih tidak munculkan diri.

Soobin tidak membuka seluruh pintunya kerana takut. Wajah Yewon pun langsung tak dipandang, memang tak mahu angkat muka.

"Soobin-ah," panggil Yewon dengan suara yang perlahan.

Tatkala melihat lanyard yang dipakai di leher gadis itu, Soobin mulai rasa cuak. Rupanya polis yang mengekorinya dari kedai runcit tadi sampai ke sini. Pasti dia akan ditangkap atas kesalahan mencuri.

Lekas pintu cuba ditutup rapat, tapi sempat Yewon menahan pintu itu. Soobin masih berkeras tidak ingin keluar. Yewon pula kian mendesak agar memberi peluang untuk dia bertemu dengan Soobin.

"Soobin! Ni saya, Yewon! Please, buka pintu!" desak gadis itu.

Soobin yang masih berusaha menahan kekuatan Yewon dari dalam mula menangis. Panik dan ketakutan sekali lagi menyelubungi dirinya.

Oleh kerana tidak mampu lagi melawan kekuatan Yewon, Soobin melepaskan pintu itu dan berlari masuk ke dalam bilik air. Dari jauh boleh dengar bunyi hempasan pintu yang kuat.

Yewon pantas masuk ke dalam dan terhenti sejenak tatkala melihat kawasan dalam rumah Soobin yang sememangnya sempit serta tidak terurus. Bersepah dan banyak barang pecah dan rosak.

Tempat tinggal Soobin sangat sempit. Masuk saja, cuma ada satu ruang dan bilik air saja, tiada bilik lain. Tilam dibuat tidur pun berada di ruang itu juga. Tidak ada privasi langsung. Macam mana dia boleh selesa tinggal di tempat seperti ini?

Timbul rasa kasihan dalam diri seorang Yoo Yewon. Sungguh tidak menyangka Soobin akan hidup dalam keadaan sebegini setelah sekian lama. Tiada seorang pun yang tahu khabarnya bagaimana.

Nampak saja satu pintu, pasti itulah tempat Soobin bersembunyi darinya. Yewon segera mendekati sebelum mengetuk pintu itu.

"Soobin-ah, ni saya, Yoo Yewon. Tolong keluar, please? We need to talk. Saya janji takkan apa-apakan awak," pujuk Yewon tak putus-putus.

Lagi dan lagi dia mengetuk pintu bilik air itu, berharap agar Soobin keluar munculkan diri. Namun hampa. Soobin masih lagi berkeras tidak mahu keluar. Sama ada dia takut ditangkap polis, atau malu dengan Yewon kerana kehidupannya sekarang, ataupun keduanya sekali.

Menjelang lima minit kemudian, tidak ada sesuatu pun yang berubah. Soobin tetap tidak mahu keluar bertemu dengan Yewon sekalipun. Mana tak terasanya hati si gadis itu.

Untuk kali yang terakhir sebelum Yewon beredar, dia sekali lagi mengetuk pintu bilik air Soobin sambil berkata,

"Soobin, saya akan bayar semua yang ada dalam beg awak ni. Saya ada selitkan duit sikit. Guna bila perlu, ya?" Beg milik lelaki itu diletakkan di hadapan pintu tersebut.

Sebaik selesai berkata demikian, Yewon terus mengorak langkah pergi. Tidak mengapalah kalau Soobin enggan bertemu dengannya. Sekurang-kurangnya, Yewon sudah tahu di mana dia tinggal sekarang.

'Soobin-ah, minhae. Ini semua salah saya.'




to be continue.

hold my hand, soobinWhere stories live. Discover now