∘₊ Chapter 1 ₊∘

100 6 0
                                    

Khamis. Januari 6, 2022.

"Lebatnya hujan hari ni. Aku dahlah tak bawa payung. Minah sorang ni pun tak tahu bila nak sampai." rungut Aurora.

"Hmm...aku dahlah tengah lapar ni, boleh pula dia jem waktu-waktu macam ni." sambung Aurora.

Tidak lama dari itu, sebuah kereta BMW berhenti tepat di hadapan Aurora. Seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu.

"Sorry, sorry, I'm late." kata Alia kepada Aurora yang dari tadi menunggunya.

"Kenapa kau lambat sangat hah? Dah setengah jam aku tunggu kat sini." soal Aurora dengan nada yang sedikit tinggi.

"Ada accident tadi, sebab hujan lebat kot. Sorry eh?" jawap Alia sambil memeluk lengan sahabatnya.

"Hmm...iyalah."

Aurora terdiam seketika sewaktu mendengar perkataan accident yang keluar dari mulut Alia. Dia seakan teringat suatu peristiwa.

"Kau dah makan ke belum?" tanya Alia sambil membukakan pintu kereta untuk Aurora.

"Belum. Kenapa? Kau nak belanja aku makan ke?" Aurora kembali menyoal.

"Boleh jer. Aku tahu restoran mana yang boleh ubah mood kau jadi okay balik." jawap Alia sambil tersenyum.

Alia yang sudah lama mengenal Aurora dari kecil, tahu semua perangai dan mood Aurora yang mudah berubah. Alia telah menganggap Aurora sebagai adiknya sendiri. Aurora yang dibesarkan oleh ayahnya yang merupakan seorang pengusaha syarikat terkemuka di Paris.

Selepas ibunya meninggal dunia, Aurora berpindah ke Singapura. Ibunya iaitu Datin Kartini telah meninggal dunia diakibatkan sebuah kemalangan jalan raya. Sewaktu peristiwa tersebut berlaku, Aurora baru berusia 10 tahun.

"Aurora, kau okay tak ni? Dari tadi kau diam jer. Ke...kau marah aku?" tanya Alia yang risaukan Aurora.

"Takde lah. Aku cuma rindu mama aku. Lepas kau cakap pasal accident tadi aku terus teringat pasal peristiwa kat Paris." jawap Aurora sambil mengenang kisah yang terjadi di Paris.

--------------------🌼--------------------

20 Mei 2003, Sabtu.

Hari jadi Aurora yang ke-10 tahun. Mereka sekeluarga keluar untuk pergi makan malam bersama sempena menyambut hari jadi Aurora.

"My sweetheart... are you having fun today?" soal Datin Kartini kepada putrinya.

"Yes, Mama. I'm very happy today." jawap Aurora dengan senyuman yang lebar diwajahnya.

"Hari ni, papa akan bawa Lena pergi makan dekat restoran yang Lena suka. Jadi Lena boleh makan sepuas hati." ucap Tuan Rahman yang sedang memandu kereta.

"Yeah...seronoknya." balas Aurora sambil melompat-lompat di tempat duduk belakang.

"Dah dah...duduk elok-elok." kata Tuan Rahman lagi.

Dari belakang terlihat sebuah lori yang sedang melaju menuju belakang kereta mereka. Tuan Rahman dengan pantas bergerak pergi ke laluan sebelah kanan. Tetapi lori tersebut mengikuti setiap pergerakan kereta Tuan Rahman.

"Abang kenapa dengan lori kat belakang tu?" tanya Datin Kartini kepada suaminya.

"Entahlah, abang pun tak tahu. Mabuk agaknya." jawap Tuan Rahman.

Tuan Rahman menambah kelajuan keretanya bagi mengelak lori yang dari tadi mengikuti mereka.

"Abang...laju sangat ni." ucap Datin Kartini bagi menyedarkan suaminya.

"Pegang jer kuat-kuat." balas Tuan Rahman.

Aurora yang berada dibelakang merasa ketakutan.

"Jangan risau sayang, kejap lagi kita sampai, okay." kata Datin Kartini bagi menenangkan Aurora.

Bukan Dia yang BersalahWhere stories live. Discover now