Tiga

8 9 0
                                    

_________

Sara menghembuskan nafas panjang ketika dia melangkah ke dalam kelas. Suasana di sekelilingnya bising dengan gelak tawa dan perbualan rakan-rakannya. Namun, dia merasakan seolah-olah ada dinding yang memisahkannya dari semua itu.

Setelah duduk di tempatnya, pandangannya terarah ke tingkap. Hatinya kosong, berfikir tentang Haknyeon. Dia teringat betapa seronoknya mereka belajar bersama, saling membantu dalam pelajaran dan sering bertukar pendapat. Dia rindu saat-saat itu, saat di mana setiap bualan mereka menjadi penuh warna dan gelak tawa.

"Hai, Sara! Nampak murung ni, ada masalah dengan matematik ke?" tanya Arin, rakan sekelasnya, sambil melangkah ke arah Sara.

Sara tersenyum paksa. "Aku okay. Just... tired," jawabnya, cuba untuk tidak menunjukkan apa yang dia rasakan.

Arin menggelengkan kepala, jelas tidak percaya. "Jangan tipu! Aku tahu bila kawan aku ni tengah tak okay. Kena jumpa profesor psikologi ke?" Arin berjenaka sambil mengangkat keningnya.

Sara tertawa sedikit, merasa sedikit lega. "Tak payah la, nanti kau kena bayar untuk sesi kaunseling aku," balas Sara.

"Jangan risau, aku ada diskaun untuk kawan! Lepastu, kita boleh minum bubble tea lepas kelas" Arin menawarkan dengan semangat.

"Bubble tea? Hmm, boleh juga," Sara mengangguk, merasakan sedikit keceriaan dalam hati.

Ketika kelas berlangsung, Sara terpaksa menumpukan perhatian. Namun, fikirannya terus melayang kepada Haknyeon. Dalam satu detik, dia terbayang Haknyeon duduk di sebelahnya, dengan senyuman manisnya. "Kau boleh buat ni, Sara. Just focus!"

___________

Di luar kelas, selepas waktu belajar, Sara berjalan seorang diri. Dia teringat saat mereka berjalan-jalan di taman, Haknyeon sering membuatkan dia ketawa dengan jenakanya.

"Aku rindu kau, Haknyeon," bisiknya, merindui perbualan dan sokongan yang dia berikan.

Setibanya di bilik asramanya, dia segera membuka laci meja. Di dalamnya terdapat pelbagai barang peribadi Haknyeon. Kemeja yang tertinggal, beberapa nota yang ditulisnya, dan kad ulang tahun yang dia berikan.

Dengan hati yang berat, Sara mengeluarkan kemeja itu dan memeluknya erat. "Kalau lah kau ada di sini..." katanya, air mata mengalir di pipinya.

Saat itu, dia sedar bahawa walaupun Haknyeon telah pergi, ingatan dan kasih sayangnya akan sentiasa ada dalam hatinya. Dia berjanji untuk meneruskan hidup, walaupun tanpa Haknyeon di sisinya.

_________

kamu.Where stories live. Discover now