Short Teaser

2.5K 250 14
                                    


"Haider," tegur Datin Tiana mengejutkan Haider.

"Eh, makcik. Kevin mana?" tanya Haider apabila dia langsung tidak melihat keberadaan Kevin. Takkanlah tengah menyuci lagi?

"Ada dekat dapur, tengah makan nasi. Haider pergilah makan dengan dia sementara ibu buatkan kamu semua karipap," senyuman manis diberikan kepada Haider yang sudah terkedu itu.

"Ba..baik, i...ibu," terkejut dia apabila wanita itu membahasakan dirinya ibu. Kepala di tundukkan sedikit sebelum dia melangkah ke arah dapur. Dari jauh dia sudah melihat Kevin yang sedap melantak nasi.

Pak!
"Uhuk! Uhuk!"

Terus belakang sahabatnya itu di tepuk kuat membuatkan Kevin tersedak. Denga wajah tidak berpuas hati Kevin terus berpusing ke belakan sebelum dia tersengih kecil.

"Makan?" pelawa Kevin sambil menunjukkan nasi di dalam pinggannya.

"Kepala hotak kau makan! Tak malu ke?!" bebel Haider sebelum dia terus menarik kerusi untuk duduk di sebelah Kevin.

"Dah kau keluar berdating tinggal aku sendiri. Aku dating lah dengan ibu," jawab Kevin selamba.

"Eh! Aku keluar beli barang tahu? Kau ni tak malu ke makan nasi dekat rumah orang? Dah macam orang kebulur aku tengok!" marah Haider sambil mendekatkan tubuhnya ke arah Kevin.

"Suap aku sikit," sambung Haider lagi sambil mengangakan mulut mengundang jelingan tajam dari Kevin. Hampeh punya orang!

"Macam mana keluar tadi? Seronok?" perli Kevin sambil menyuap nasi ke dalam mulut Haider.

"Seronok, tapi sekejap je lepastu datang segerombolan biri-biri hitam hancurkan suasana," luah Haider sambil tersebik kecil. Terus kejadian tadi bermain di fikiran.

"Siapa?" soal Kevin sebelum dia menyuap nasi ke dalam mulutnya pula.

"Perempuan-perempuan yang..." kata-kata Haider terhenti apabila melihat wajah kelat Thalia yang baru saja masuk ke dapur bersama ibunya.

"Yang?" soal Kevin semula ingin tahu. Wajah Haider di tenung lama menunggu lelaki itu menyambung ayatnya.

"Hah Haider, kenapa kamu kongsi makanan dengan Kevin? Tak sedap ke?" soal Datin Tiana membuatkan Kevin terus berpusing ke belakang. Patutlah sahabatnya itu terus bertukar bisu. Buah hati dah datang rupanya.

"Eh, sedap mak ci... sedap ibu," puji Haider, hampir saja dia tersasul memanggil mak cik.

"Dah tu kenapa tak ambil pinggan lain?" soal Datin Tiana lagi.

"Dia kenyang lagi ibu. Maklumlah tadi dah makan masa beli barang," sambung Thalia sambil mengeluarkan pisau dan papan pemotong.

"Lah, kamu berdua dah makan ke?" Datin Tiana memandang ke arah Thalia dan Haider silih berganti. Haider pula sudah mengerutkan kening. Bila masa pula mereka makan?

"Dia sorang je ibu. Dia makan dekat kaunter pembayaran," balas Thalia lagi tanpa nada. Tangan sibuk mengupas kulit ubi kentang untuk di jadikan sebagai inti karipap.

Haider sudah menelan liur mendengar kata-kata Thalia. Sekarang dia dah faham! Gadis itu sedang memerlinya. Wajah Kevin yang seperti sudah dapat menangkap sesuatu itu di pandang lama meminta bantuan.

'My day, my day. Need back up, need back up'

"Aku tak tahu apa-apa. Aku dekat sini dari pagi kemas bilik Thariq, tolong ibu berkebun dan makan nasi," jawab Kevin tiba-tiba membuatkan Haider terus menjeling tajam ke arahnya.

Datin Tiana hanya menggeleng perlahan. Macam-macamlah budak-budak ni. Dia terus melangkah ke arah sinki untuk mencuci ayam dan daging yang di beli tadi. Wajah tua itu berkerut hebat melihat ayam di dalam plastik di tangannya.

"Thalia?" panggil Datin Tiana perlahan.

"Ya, ibu?" Thalia terus memandang ke arah ibunya di sinki. Haider dan Kevin turut memandang ke arah wanita separuh usia itu.

"Ibu minta beli isi ayam. Ini kaki ayam, macam mana nak buat inti?" soal Datin Tiana penuh tanda tanya. Itulah yang Haider pelik semasa di bahagian basah tadi, gadis itu mengambil kaki ayam semuanya. Tidak mahu bertanya jadi dia biarkan saja.

Mi Linda (Prekuel 1 Mi Veneno) TERBITWhere stories live. Discover now