Perkahwinan hampir menjelang 1 tahun. Tetapi terkandas dalam satu malam. Najwa or nama panggilannya adalah wawa berbaring diatas katil King miliknya dan suami.
Dimanakah suaminya?
Jika disoal kepada wawa, dia lebih memilih untuk berdiam diri.
Pintu terbuka menampilkan sosok lelaki yang gagah memasuki bilik tersebut dengan senyuman yang menawan.
Secara perlahan mendekati katil, takut jika isteri tersayangnya terbangun dari lena.
Malangnya wawa masih membuka mata menatap telefon pintar miliknya dengan berbekalkan earphone ditelinga.
Harris atau suami wawa bergerak melepaskan earphone dari telingan wawa.
Oleh itu, wawa segera memandang kearah sosok yang telah mengganggunya."Kenapa belum tidur?" soal Harris.
Gerakkan pantas dari wawa bagi merebut kembali earphone nya membuatkan Harris terkedu.
Dalam beberapa minit keduanya senyap hingga Harris mengambil langkah untuk mandi dan bersiap untuk tidur.
Gerakan dari sudut tepinya membuatkan Harris memandang isterinya.
Tubuh bergegar membuatkan Harris memusingkan badan isterinya untuk memandangi nya.
Air mata mengalir membasahi kedua pipi gebu isterinya membuatkan dia bertanya.
"Kenapa sayang? Siapa buat sayang nangis? "
Hiks..
"Tak nampak ke saya tengah baca novel? Dahlah saya nak sambung. "
Wawa berbalik badan bagi menyembunyikan mukanya yang menahan nangis.
Manakala Harris hanya menatap perilaku aneh isterinya.
POV NAJWA...
Tangisannya masih ditahan. Dirinya menangis bukan kerana novel tetapi lebih kepada kisah hidupnya.
Sungguh dirinya sudah tidak tahan.
END POV...
Pagi menjelang, kelihatan Harris bangun lebih awal dari isterinya yang masih tertidur lena disisinya.
Tubuh isterinya dipeluk erat sebelum meninggalkan katil mereka untuk membersihkan diri.
Harris berjalan di pasar pagi berdekatan dengan perumahannya dengan membawa barang pembelanjaan yang tadi dibeli.
"Kau tahu, malam tadi ada lelaki masuk rumah jiran aku. Aku tak tahulah apa diorang buat."
"Serius lah. Jiran kau yang kahwin dengan askar tu? "
"Ye."
Harris yang merasa dirinya terbabit dalam perbualan tersebut menghampiri untuk memberitahu bahawa dialah yang balik.
Tetapi belum sempat dia ingin menyapa, dia disapa dengan sebuah gosip yang membuatnya terus berlari menuju ke kereta dan balik kerumah.
Sesampai sahaja dirumah, segera tubuh wawa dicari dan diterjah.
"Wawa.. Bangun wawa!" seru Harris penuh penekanan.
Wawa yang baru tersedar dari lenanya segera menyeliat tetapi tubuhnya segera dicetak kuat oleh Harris.
"Sa.. Sakit Harris. "
Harris mengendahkan kesakitan isterinya. Sekarang ini amarahnya telah menguasai dirinya.
"Tell me the truth. Kau ada simpanan lelaki lain selama aku pergi bertugas kan?"
Otak ligat wawa segera berfungsi dan tidak dapat memproses apa yang emang dikatakan Harris.
"Jawab aku! Siapa lelaki tu? "
"Apa maksud u ni? Mana ada lelaki? "
"Tak payah bohong lah najwa. Aku dengar sendiri dari mulut jiran kita. Diorang nampak lelaki masuk rumah kita. Siapa? "
Seakan otaknya mula memproses apa yang terjadi.
"Dan u percaya? "
"Yups aku percaya. "
"Sebabkan mulut diorang u cakap kasar dengan i. I faham."
"Apa yang kau faham? Sekarang ini aku nak tahu siapa lelaki itu? Bagitahu aku wa. "
Tubuh wawa ditekan ke katil membuatkan wawa meronta untuk dilepaskan.
"Lepaslah harris."
"Why? Kau dah taknak aku sentuh? "
"Saya cakap lepas. Sakit. "
Tubuh wawa masih tetap ditekan hingga pintu bilik mereka terbuka...