29 Januari 2024,
Genap sudah umurku mencapai 17 tahun. Ramai orang kata, tujuh belas adalah angka yang paling ditunggu-tunggu. Tapi kenapa aku tidak? Hari berjalan seperti biasa, tiada yang ingat hari dimana aku dilahirkan apatah lagi mahu mengucapkan “Selamat ulang tahun, Natsu.”
Terkadang aku berfikir, kenapa aku perlu wujud, dan kenapa aku perlu berdepan dengan golongan orang yang tidak menginginkan aku. Mungkin, orang kata aku sangat beruntung memiliki ibu bapa yang memahami dan menyayangi aku. Tapi kenyataannya, hanyalah imej dihadapan kamera semata-mata.
Aku fikir, dunia akan berakhir semasa aku terjun dari bangunan itu. Nahasnya, jiwaku terbang ke dunia yang tidak kukenali. Aku hampir gila untuk memahami Bahasa yang mereka ucapkan, tidak seperti yang biasa ku dengar. Mereka memandangiku dengan tatapan seakan aku adalah makhluk asing yang terbaring ditengah-tengah pasar.
Helaan nafasku kian memberat, mencuba mencerna apa yang terjadi pada diriku. Dunia seakan tidak memberiku ruang untuk berfikir. Aku mencuba bangun dari tanah yang dipenuhi lumpur kotor itu dan melihat ke sekelilingku. “Huh…?”
Hanya itu perkataan yang boleh keluar dari mulutku saat itu. Aku melihat seorang perempuan yang ku andaikan umurnya tidk jauh beza dariku. Dia kini duduk berhadapan denganku dan cuba melambaikan tangannya dihadapan mukaku.
Suara lembutnya berkata “Kamu tidak mengapa?” . Wajahnya terlihat panik, kemudian dia menghulurkan sebuah cawan berisikan air. Tanpa berfikir Panjang, aku terus meneguknya dengan tangan yang bergetar, Dia mencuba membawaku ke tempat yang lebih selesa. Aku melabuhkan punggungku di sebuah bangku panjang di seberang pasar itu.“Kamu bukan orang sini, ya?” Suara lembutnya menerpa telingaku sehingga dapat membuatku fokus kepadanya. Aku hanya menjawab pertanyaannya dengan sebuah anggukan. Diri ini hanya mampu untuk berfikir tentang apa sebenarnya yang menimpaku. Pelbagai soalan hendakku luahkan sekarang.
YOU ARE READING
Naskah Ketiga
Historical FictionRitsuki Natsu, remaja yang kurang beruntung dalam segala aspek. Setiap hari dia berfikir apakah ada kehidupan yang lebih baik daripada kehidupannya kini? Dia berfikir, akankah dunianya berakhir semasa aku terjun dari bangunan itu? Nahasnya, jiwaku...