Bab 3 : Berwajah Baru

6 4 3
                                    


Name: Rays De Holand

Gender: Male  Age: 17

Height: 168 cm

Weight: 54 kg

Title: The Loser Being

[ Strength 5 ] [ Resistance 0 ] [ Agility 4 ] [ Intelligence 1 ] [ Luck 3 ] [ Appearance 0 ]

You have unspent attribute points

Remaining points: 20

You can unlock different skills as you gain more attribute points.

Lidah aku menjadi kelu dan tatapan mataku tidak lari dari memandang skrin biru di depan mataku itu.

Tak pernah terbayang dalam benakku, bahwa suatu hari nanti aku akan dicop sebagai loser oleh sebuah skrin alien yang muncul entah dari mana dan mendapat rating muka kosong.

Aku menekap dadaku sebentar. Sakit untuk menerima kenyataan hidup. Tapi life must go on huhu..

Setelah terpaku cukup lama, aku mencuba bangkit, mengatasi rasa kaku yang menjalar di tubuhku. Pinggulku yang kebas ku tepuk perlahan, lalu aku tatap kembali skrin biru yang masih terapung di hadapanku.

Reka bentuk skrin itu tampak sangat maju seolah-olah ia datang dari masa depan. Maklumat lengkap tentang diri aku terpampang jelas di skrin biru itu.

Aku cuba menekan dan menghayunkan tanganku beberapa kali, namun tiada respon yang keluar dari sistem itu. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk menutup skrin biru itu buat masa sekarang.

Tetapi, muncul satu masalah pula.

"Macam mana nak tutup skrin ni?" gumamku, sambil kerutan di dahi aku semakin menjadi-jadi.

Setelah beberapa percubaan untuk menutup skrin biru itu, akhirnya ayat yang keluar dari bibirku berjaya menutupnya.

"Tutup," bisikku, suaraku serak memecah keheningan malam. Dan keajaiban pun terjadi, skrin biru itu berkelip sebelum lenyap tanpa jejak, meninggalkan sejuta pertanyaan yang tak terjawap.

Darah yang tadi membasahi tanah kini hilang, seolah-olah disedut oleh bumi, menghilangkan semua jejak peristiwa yang baru saja terjadi. Aku menatap sekeliling dengan rasa takjub yang bercampur kebingungan, dunia yang tadi terasa kelam kini berwarna kembali, dihiasi cahaya bulan dan bintang yang berkerlipan. 

Adakah ini satu petanda? Petanda untuk aku mulakan hidup baru?

Tekadku bulat. Jika skrin biru ini adalah penyelamatku, maka aku akan terima takdir ini dan teruskan hidup. Untuk waktu sekarang, aku perlu pulang dan bersihkan diri terlebih dahulu. Nanti, bila aku sudah boleh berfikir dengan lebih tenang, aku akan melihat semula skrin biru tu.

Dengan langkah pantas, aku mendaki bukit itu sekali lagi. Basikal merah yang tersadai di atas tanah kering itu kukayuh laju, membelah kegelapan malam, menuju pulang ke rumah kecil di hujung jalan. Angin malam meniup rambutku, membawa aroma petrichor dan harapan, seolah-olah ini satu permulaan baru.

Rumah usang yang kosong itu aku pandang lama setelah aku menongkat basikal. Tiada tanda-tanda kehidupan di dalamnya, hanya kesunyian yang menemani dinding-dinding tua yang bisu. Hanya ada aku, seorang diri, di tengah-tengah kekosongan yang menggigil.

Kedua ibu bapaku telah lama pergi meninggalkan aku seorang diri akibat sebuah kemalangan. Dan semua waktu genting itu perlu aku tempuhi seorang diri, tanpa ada penjaga  untuk membantu.

"Ibu, Ayah.. Rays dah balik semula," bisikku, sebelum suara itu hilang ditelan kekosongan rumah.

Debu-debu halus menari di dalam sinar bulan yang menerobos masuk melalui celah-celah tingkap yang usang. Senyuman yang cuba ku ukir terasa pahit, seperti ubat yang terpaksa ditelan.

Rumah kecil itu seolah-olah membeku dalam masa, setiap sudut menyimpan kenangan yang kini hanya tinggal bayang-bayang. Sofa usang yang selalu menjadi tempatku bermanja dengan ibu, kini dipenuhi lapisan debu tebal. Tin-tin minuman dan bungkusan makanan ringan berserakan di atas meja dapur.

Dengan langkah yang berat, aku melangkah masuk ke dalam rumah yang sunyi itu, setiap derap kakiku menggema di ruang rumah yang kosong. Bilik air yang dingin dan suram menanti di hujung lorong.

Pintu bilik mandi itu aku buka dengan perlahan, engselnya berkeriut seperti sudah lama tidak diperbaiki, menambah kesan usang pada rumah ini. Mataku kemudian tertumpu pada cermin yang tergantung di dinding. Ada kabus tipis yang terhasil dari wap air.

Di sebalik lapisan kabus itu, wajahku terpampang, tidak berubah sedikit pun. Garis-garis luka dan lebam yang dulu menghiasi kulitku telah lenyap, namun wajah yang aku dapat lihat tetap sama - wajah yang aku anggap hodoh dan penuh dengan cela.

Macam voldemort suda aku ni..

Keluhan berat berlari keluar dari bibirku. Fikiranku mula melayang kembali ke saat-saat aneh yang kualami sebentar tadi, saat dunia nyata dan ilusi bercampur aduk.

"Buka," ujarku dengan penuh harapan, mata tak lepas dari pantulan diri di cermin yang buram. Namun, harapan itu hanya disambut oleh kehampaan. Tiada paparan biru ajaib yang muncul, hanya ada wajahku sendiri yang menatap kosong kembali.

Jantungku perlahan-lahan berdegup kencang saban waktu.

Kenapa skrin tu tak muncul? Takkanlah apa yang terjadi tadi hanya imaginasi aku je?

Beratus-ratus patah perkataan aku cuba susun, berharap dapat memanggil kembali paparan skrin biru itu. Namun, setiap usahaku hanya berakhir dengan kekecewaan.

Mungkin apa yang aku lihat tadi hanyalah khayalan aku? Atau aku betul-betul dah jadi gila?

Pikiran-pikiran negatif itu terus menerus menghantui akalku.

Dalam keputusasaan, aku mencuba sekali lagi, "System on," ucapku perlahan, hampir seperti bisikan, menaruh semua harapan pada dua kata itu. Dan akhirnya, keajaiban itu terjadi. Paparan skrin biru yang aku lihat sebelumnya muncul kembali di hadapanku, memancarkan cahaya yang menerangi kamar mandi yang suram.

Aku mencuba untuk menyentuh skrin biru itu sekali lagi, namun sama seperti sebelumnya, tanganku hanya dapat menembusinya.

Lama aku pandang skrin itu, mencuba membuat keputusan yang tepat.

"System. Tambahkan semua attribute points kepada appearance," ucapku penuh yakin, suaraku bergetar kerana bercampur harapan dan ketakutan. Kali ini aku tak akan ragu lagi, aku akan ubah takdir aku sendiri.

Aku akan jadi hensem macam BTS.

Cahaya silau muncul dari paparan skrin itu, membutakan mataku sejenak. Aku segera menutup mata, menahan cahaya yang menyuluh tepat ke bebola mataku.

Akhirnya setelah beberapa saat, cahaya silau itu beransur-ansur hilang, dan aku perlahan-lahan membuka mata, penuh dengan harapan.

Mataku kembalu tertuju pada pantulan di cermin, dan dunia seakan berhenti berputar. Waktu pula seakan membeku.

Aku menahan nafas saat aku menyaksikan keajaiban di depan mata. Insan yang ada di muka cermin itu bukan lagi Rays yang hodoh, namun seorang Rays yang berwajah baru.

Mata yang dulu sepet dan kecil kini semakin membulat, berbinar dengan cahaya kehidupan. Hidung yang pesek dan tidak simetris itu kini menjadi mancung. Bibir yang tebal dan tidak rata itu kini menjadi sempurna, membentuk senyum yang menawan. Wajah yang cengkung dan kusam itu kini tampak lebih bernyawa.

Aku terdiam dalam ketakjuban. Aku terduduk lemah di atas lantai kamar mandi yang basah, masih tidak percaya dengan apa yang aku lihat di cermin. 

 Akhirnya... Rays yang hodoh sudah tak wujud...

Level Up : RaysWhere stories live. Discover now