Chapter 1

20 6 0
                                    

"Awak pelajar baru kan?" Tanya salah seorang pelajar di situ.

"Ye saya.Saya pelajar baru di sini." Ujar Nurul dengan sopan.

"Jom saya hantarkan awak ke kelas."

Nurul menganggukkan kepalanya.

"Nama awak apa?" Soal pelajar tersebut.

"Nama saya Nurul Aryana Hanisya.Awak boleh panggil saya Nurul." Katanya dengan malu.Risau dia takut tersalah cakap nanti.

"Okey.Nama saya Afina tapi boleh panggil Fina.Saya 19 tahun.Awak?"

Nurul tersenyum kekok."Sama la dengan awak."

"Awak tahu tak, dekat universiti ni ada seorang pelajar yang kitaorang gelarkan dia sebagai "Secret student" disebabkan kitorang ni hanya tahu nama dia je dan dia kuat berahsia orangnya.

Nurul menjongketkan keningnya."Kuat berahsia? Maksudnya?" Tanya Nurul dengan perasaan yang ingin tahu.Menarik betul secret student ni.

  "Kalau awak nak tahu,ada masa tu salah seorang pelajar lelaki bertanya berapa umur dia.Awak tahu tak secret student tu cakap apa?"

Nurul menunggu jawapan dari mulut Fina.Siapa secret student ni? Kenapa dia  seorang yang berahsia?

"Dia jawab umur dia cukup untuk masuk penjara.Sejak tu tiada siapa lagi yang berani bertanya kecuali lecturer."

Nurul terpegun.Tapi dia tak tahu lagi nama secret student tu."Apa nama secret student tu? Dia takde nama ke?" Soalan Nurul membuatkan Fina terpaku.

"Bodohnya dia."

"Nama dia Danny.Leo Danny." Ujar Fina.

"Ooo... sedapnya nama dia."

Fina memandang Nurul dengan pandangan yang tidak percaya.Kepala otak dia.Sempat lagi dia puji nama secret student tu?! Sewel ke bodoh perempuan ni?

"Dah la wak.Jom saya hantarkan awak pergi kelas."

Nurul menganggukkan kepalanya.Tak sabar nak jumpa secret student tu.Eh, maksud dia Danny.

Adakah diri dia ni dah terpikat dengan secret student tu? Excited pula dia nak jumpa secret student tu.Mesti hensem kan?

Fina memerhati sahaja Nurul dari tadi.Rasa menyesal pula dia cerita tentang secret student dekat perempuan ni.Ingatkan bodoh je, rupanya bengap sekali.

"Ni kelas kita.Awak pergi la cari tempat nak duduk.Saya kena pergi jumpa Sir Ayden kat office.Pandai-pandai la awak jaga diri sendiri." Fina meninggalkan Nurul di hadapan pintu masuk kelas.Dah la dia tak kenal siapa-siapa kat sini.

Dia memasuki ke dalam kelas."Mana aku nak duduk ni?" Mata Nurul tertuju tempat kosong sebelah lelaki yang memakai hoodie hitam.

"Duduk je la kat situ.Bukan ada orang pun." Dia menuju ke arah seat kosong sebelah lelaki tersebut.Tapi, kenapa semua orang pandang dia? Dia duduk je pun.

Dia memandang lelaki yang duduk bersebelahan dengannya.Khusyuk betul baca novel.

"Assalamualaikum awak." Lelaki itu menoleh ke arah Nurul.

"Waalaikumussalam." Dia memandang kembali novel yang berada di tangannya.

"Awak, kenapa ek semua orang pandang kita berdua? Saya duduk sebelah awak je pun."

"Semua orang pandang kau bukan aku." Ujar lelaki tersebut tanpa memandang sedikit pun wajah Nurul.

"Ooo....saya cantik sangat ke sampai semua orang pandang saya?"

Lelaki tersebut memandang wajah Nurul dengan muka yang tiada perasaan."Kau bodoh ke atau kau ni bengap?"

Nurul terkedu.Tanya pun kena marah?Pelik la lelaki ni.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 04 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐌𝐘 𝐌𝐘𝐒𝐓𝐄𝐑𝐈𝐎𝐔𝐒 𝐍𝐄𝐑𝐃 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃Where stories live. Discover now