BAB 7

19 0 0
                                    

KOTA KINABALU, SABAH

Leftenan Affaz sedang membuat pengiran dengan mesin pelindung tenaga yang telah dipasang oleh kerajaan Malaysia 4 bulan sebelum peperangan ini tercetus. "Baguslah, masih stabil." katanya sambil mencatat sesuatu di dalam buku ditangannya. Affaz berjalan menuju ke keretanya lalu menghidupkan enjen kereta tersebut. Affaz memandu menuju ke pangkalan Tentera Malaysia di Kota Kinabalu. 

Setibanya dia di pangkalan Kota Kinabalu, "Perhatian kepada semua anggota daripada Kompeni B dan C kamu semua diminta untuk berkumpul di dataran ya, saya akan tunggu kamu semua di sana." kata Mejar Affendy melalui pembesar suara. Affaz berlari menuju ke dataran di belakang pangkalan.

Setelah semua anggota berada di situ, Mejar Affendy mula berbicara. "Kamu semua dah tahu tentang situasi di Semenanjung?" soalnya. "Sudah tuan." balas semua anggota. "Saya baru dapat panggilan daripada Jeneral Khairy. Dia kata keadaan di sana bertambah tegang. Ramai anggota kita ditangkap,dibunuh dan diseksa oleh Tentera Jepun. Jadi, saya akan hantar kamu semua untuk bantu anggota kita di Semenanjung." jelas Mejar Affendy.

Selesai sesi tersebut, semua anggota masuk ke dalam pangkalan untuk bersiap sebelum berlepas ke semenanjung. "Affaz, ko udah tau pasal Qarizh kawan ko?" soal Eariq. "Belum, kenapa?" balas Affaz. Eariq menarik nafas dalam-dalam lalu berkata, "Dia kena tangkap dengan Jepun. Bah kalau ko mau tau, Qarizh juga semberana oleh Jepun." jelas Eariq. Mata Affaz membesar. "What, biar betul?!" jerit Affaz. Eariq mengangguk. Affaz terasa lutut semakin lemah. Eariq mendudukkan rakannya itu. "Kita kena buat sesuatu, Eariq." kata Affaz. Eariq menggaru kepalanya, "Ha sia tahu! Nanti bila kita di Semenanjung kita cuba selamatkan ko punya kawan, okay." kata Eariq.

Author info: semberana bermaksud diseksa manakala Sia bermaksud saya atau boleh juga sebagai dia.

Affaz hanya mengangguk lalu berdiri. Dia menghela nafas panjang lalu memberikan senyuman lebar ke arah Eariq. "Eariq jom kita selamatkan Qarizh. Dia dah tolong kita dulu sekarang giliran kita pulak tolong dia." kata Affaz. Eariq heran dengan Affaz, sepatutnya dia rasa sedih tapi kenapa Affaz masih mampu senyum?

Affaz berada di Kafeteria bersama Eariq, mereka sedang makan. Tiba-tiba Mejar Affendy mengetuk meja mereka, "Boleh saya duduk?" soalnya. Affaz dan Eariq mengangguk. Mejar Affendy duduk berdepan dengan mereka berdua. "Kamu sudah tau tentang Leftenan Qarizh?" soal Mejar Affendy. Affaz mengangguk. "Affaz, saya telah berbincang dengan pihak atasan untuk menghantar kamu sebagai perisik kita di sana. Kamu akan menyamar sebagai Tentera Jepun untuk masuk ke dalam kawasan dan pangkalan mereka." kata Mejar Affendy. Affaz terkejut, "Biar betul,tuan. Tuan tak bergurau dengan saya kan?" soal Affaz tidak percaya. Mejar Affendy menggeleng. 

"Esok kamu akan dihantar ke Johor Bahru untuk mulakan misi ini." kata Mejar Affendy. Affaz mengangguk manakala Eariq sedang asyik makan Maggie kari. Mejar Affendy bangkit lalu pergi. Affaz mengetuk kepala Eariq, "Mejar sedang bercakap kau boleh makan." katanya. "Sia laparlah, ko tu yang ndak tau." balas Eariq lalu sambung makan maggienya. Affaz menjeling Eariq. 

"Nanti sia teman ko siap-siap okay." kata Eariq. "Hm, yelah. Jap aku nak beli makanan pulak." kata Affaz lalu bangkit untuk membeli makanan. Affaz kembali dengan makanannya lalu duduk disebelah Eariq. "Uih, sia mau ayam goreng ko boleh?" soal Eariq. "Takde kau, tadi aku nak ko punya maggie sikit kau tak bagi. So jangan harap kau boleh ambil ayam aku." balas Affaz.

Selesai makan, Affaz dan Eariq berjalan menuju ke kuarters mereka. Eariq baring di atas sofa sambil melunjurkan kakinya. "Kalau ye pun kan, tanggal la stokin kau tu. Baunya semerbak wo." kata Affaz sambil menanggalkan stokinnya. "Kejap lagi la, sia mau tidur dulu." balas Eariq lalu menutup matanya. Affaz menggeleng, 'Apalah nasib aku dapat housemate dengan dia ni.' katanya dalam hati. Affaz masuk ke dalam biliknya lalu duduk di meja kerjanya. Affaz mencuba untuk memahami kod-kod rahsia yang diberikan oleh Mejar Affendy kepadanya. 

Setelah sejam dia mencuba untuk memahami kod-kod tersebut, akhirnya dia berjaya memecahkan kod-kod rahsia tersebut. Affaz membaca satu persatu kod rahsia tersebut. "Jadi, diorang memang dah lama target Qarizh." katanya lalu meletakkan semua kod-kod tersebut ke dalam sebuah fail. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk, "Nak apa, Eariq?" soal Affaz. "Ko buat apa tu?" soal Eariq. Affaz menghulurkan fail kepada Eariq, "Wah, ko udah translate benda ni! Hebat juga ko." kata Eariq sambil melihat kertas-kertas di dalam fail itu.

Affaz dan Eariq dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Mejar Affendy. Affaz mengetuk pintu bilik mesyuarat itu. "Masuk." kata Mejar Affendy. Affaz masuk ke dalam bilik tersebut lalu menghulurkan sebuah fail kepada Mejar Affendy. Mejar Affendy mengambil fail tersebut. "Saya dah pecahkan semua kod rahsia yang tuan bagi 3 hari yang lepas. Jepun memang dah lama target Leftenan Qarizh tuan." jelas Affaz. Mejar Affendy menyerahkan fail tersebut kepada orang kanannya. 

"Affaz, kamu dah sedia untuk pulang ke Semenanjung?" soal Mejar Affendy. Affaz mengangguk. "Baiklah, selepas ini Eariq akan hantar kamu bersama kompeni B ke Pangkalan TUDM Labuan untuk berlepas ke Johor Bahru." kata Mejar Affendy. "Baik, tuan." balas Affaz lalu berjalan keluar dari bilik tersebut. 

TAWANAN YANG DISEKSA (Complete) Where stories live. Discover now