BAB 5

400 58 0
                                    

Adelia memandang keluar tingkap, perutnya yang sebelum ini sakit akhirnya sudah pulih sepenuhnya.
Dia menarik nafas dalam, cuba menghilangkan rasa yang masih tersisa di dalam di dalam hatinya. Namun, dia perlu meneruskan hidup.

Mira menyandar kan badannya ke kerusi. “Cuti sebulan ni, kau pergi mana, Adelia?”soal Mira.

Adelia berpaling memandang Mira. “Balik kampunglah. Dah lama tak balik. Nenek aku dah lama ajak.”

Hannah yang duduk di sebelah Mira, menongkat dagu. “Balik kampung? Kampung kau tu macam mana? Sunyi tak?”

Adelia ketawa kecil. “kampung aku biasa-biasa je. Tenang. Ada sawah padi yang luas. Kalau waktu pagi-pagi, sejuk betul!”

Mira tersengih, matanya terbuka luas mendengar tentang kampung Adelia. “Wah, seronoknya! Kat kampung kau ada apa lagi selain sawah padi? Ada sungai ke? Boleh tak kita mandi sungai sambil pancing ikan?” soal Mira.

“Memang ada sungai dekat belakang rumah nenek aku. Tapi, kau ingat senang ke nak pancing ikan kat situ? Ikan kat situ memang licik betul! Aku pun selalu tak dapat nak tangkap ikan tu.” Jawab Adelia. Dia teringat semula dahulu dia selalu memancing ikan di situ bersama saudaranya.

Hannah memandang Mira lalu memandang Adelia semula. “Jom kita serang kampung Adelia ramai-ramai! Nanti boleh memancing sama-sama.”

“Setuju! Adelia, nanti kau tolong sediakan tempat tidur untuk kitaorang eh? Kalau boleh, kita buat barbeque ramai-ramai dekat depan rumah nenek kau.” Cadang Mira.

Adelia menggelengkan kepalanya perlahan. “Hei, macam-macamlah korang ni! Tapi kan, seronok juga bila korang ada. Nanti kita boleh berseronok sama-sama dekat kampung.”

“Kat kampung kau ada apa lagi, Adelia? Ada dusun buah tak?” soal Hannah dengan nada teruja.

“Ada!” Adelia mengangguk. “Nenek aku ada dusun durian dengan rambutan. Jadi, nanti bolehlah kita petik buah rambutan sama-sama kalau korang ikut sekali.”

“Wow! Durian! Rambutan!”kata Mira dengan teruja. “Bila kali terakhir kau balik kampung, Adelia?”

“Rasanya, dah nak dekat 3 tahun lebih. Nenek aku selalu tanya bila nak balik, tapi aku tak boleh pergi sebab sibuk sangat dengan sekolah.”

Hannah terkejut. “Mak aih, lamanya! Kau tak rindu ke dengan nenek kau?” kata Hannah.

Adelia tersenyum nipis. “Rindu juga, dengan nenek aku dan kat kampung sana. Bila dekat sana, rasa tenang aje, seolah-olah tak ada satu beban pun yang menimpa aku.”

“Eh, tapi kan… kalau kau balik kampung sebulan, macam mana dengan..you know, someone?” kata Hannah sambil memberikan isyarat mata kepada Mira.

Mira tersenyum sinis. “Hah, Adelia! Ada boyfriend ke? Kenapa tak bagitau kitaorang?”

Adelia tersentak sedikit. “Hah?! Boyfriend? Sejak bila aku ada boyfriend pula ni?”

Hannah ketawa sambil menepuk-nepuk bahu Adelia. “Kami gurau aje, janganlah take serius sangat, Adelia.”

“Aku mana ada masa nak fikir tentang semua benda tu. Sekarang ni pun aku sibuk nak ulangkaji SPM.” Jawab Adelia. Matanya menjeling Mira dan Hannah yang sedang ketawa. Bergurau.

“Okey, okey. Tapi kan, manalah tahu ada anak jiran dari kampung tu tiba-tiba ada yang berminat dengan kau. Haha!” kata Mira.

Adelia menggelengkan kepala sambil ketawa. “Tak adalah, korang ni suka sangat menyakat orang.”

“Yalah, manalah tau ada budak kampung yang berminat dekat kau. Alah, yang macam drama dalam Tv tu, balik kampung, jumpa Hero kampung.” gurau Hannah.

“Kalau ada pun, aku akan lari jauh-jauh.” jawab Adelia sambil ketawa kecil.

Mereka bertiga terus berbual panjang, dari bercerita tentang kampung, kisah-kisah mereka semasa kecil, dan pengalaman mereka di sekolah. Setiap kali ada cerita baru, mereka akan ketawa,shingga menarik perhatian pelajar lain.

“Tunggu sekejap, aku nak pergi ke tandas,” kata Adelia seraya bengun dari tempat duduknya.

Mira dan Hannah hanya mengangguk lalu mereka menyambung perbualan mereka semula.

Di tandas, Adelia memandang cermin, fikirannya jauh melayang, mengenang kembali semasa dia di kampung dahulu. Teringat saat dia bersama neneknya dan sepupu-sepupunya. Dia rindukan suasana itu. Di bertekad, sebulan cuti nanti, dia mahu manfaatkan ya sebaik mungkin. Mungkin, kampungnya adalah tempat yang terbaik untuk melarikan diri seketika, dari semua tekanan yang menyesatkan dadanya.

Adelia keluar dari tandas, kembali ke kantin, tetapi langkahnya terhenti apabila melihat Mira dan Hannah sedang berbual mesra dengan pelajar lain. Mungkin bercerita tentang rancangan cuti mereka masing-masing. Adelia tersenyum nipis, dia sangat beruntung mempunyai kawan baik seperti mereka.

______________________________________

Terima kasih sebab baca cerita ni!

Sorry kalau ada kesalahan dalam ejaan, penulisan, dan tatabahasa. Dan maaf juga kalau bab ni sikit sangatt.

Love you, Akak Pengawas! Where stories live. Discover now