BAB 6

391 58 0
                                    

Selepas melalui perjalanan yang sangat panjang, kereta Ayah Adelia akhirnya berhenti di halaman kampung. Adelia memandang kawan-kawannya, yang kelihatan sangat teruja.

"Kita dah sampai, inilah kampung aku!" kata Adelia sambil tersenyum lebar.

Hannah dan Mira keluar dari perut kereta. Mereka agak terkejut melihat suasana kampung yang tenang dan dikelilingi pokok hijau.

"Wow, cantiknya tempat ni!" puji Hannah. Dia sangat kagum melihat suasana kampung yang sangat tenang dan dikelilingi pokok-pokok kelapa.

"Mira, Hannah, Adel! Mesti kamu bertiga lapar kan lepas perjalanan yang jauh tadi? Pergilah masuk dulu, ibu dah masakkan makanan bawa dari rumah." kata Ayah sambil mengangkat beg keluar dari kereta.

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah, nenek Adelia sedang duduk di kerusi sambil tersenyum kepada mereka.

"Adel, baru nak balik, ya?" soal Nenek sambil tersenyum lebar.

Adelia terus berlari ke nenek lalu neneknya di peluk erat. "Nenek! Adel rindu nenek. Dah lama kita tak berjumpa." Adelia meleraikan pelukan. 

Nenek Adelia memandang Mira dan Hannah yang masih tersenyum di sebelah Adelia. "Kamu berdua ni siapa?" soal nenek Adelia.

Mira dan Hannah duduk dengan sopan di hadapan nenek Adelia lalu mereka berdua menyalam tangannya. "Kami ialah kawan Adelia." jawab Hannah sambil tersenyum manis.

"Ohh, selamat datang ke kampung ni," ucap nenek. "Eh, pergilah makan. Mesti kamu bertiga lapar sangat kan masa perjalanan?" pelawa nenek.

Mereka bertiga mengangguk. Lantas, mereka bergerak ke meja makan untuk makan nasi goreng yang di masak oleh ibu Adelia pagi tadi di rumah.


PADA pagi yang cerah, Adelia, Mira, dan Hannah bersama atuk Adelia berjalan ke kebun durian yang terletak tidak terlalu jauh dari rumah.

"Ini kebun atuk aku, tengok! Buah durian dah mula jatuh!" kata Adelia sambil menunjuk ke arah pokok-pokok durian yang tinggi.

"Wow, Bestnya!" kata Hannah.

Adelia tersenyum kecil sambil memandang sekeliling, cuba untuk mengingat kembali kenangan dia dulu semasa bermain di kebun ini bersama sepupu-sepupunya. Sekarang, entah ke mana sepupu-sepupunya pergi. Sudah lama tidak berjumpa dengan mereka.

"Adelia, cuti ni kau duduk kampung je ke?" soal Mira sambil membetulkan topi lebar di atas kepalanya.

"Iyalah, aku rasa lebih tenang kat kampung." Jawab Adelia.

"Bagus juga kau balik, dengar cerita ada jiran baru, kan?" soal Hannah sambil memandang Adelia.

"Jiran baru? Aku tak tahu pun. Siapa?" soal Adelia.

Mira dan Hannah saling berpandangan sebelum  tersenyum sinis. "Jom kita tengok dulu, manalah tahu kau kenal dia kan?" Jawab Mira.

Langkah mereka terhenti apabila tiba di hujung jalan untuk pergi ke kebun. Dari jauh, kelihatan 3 orang lelaki memakai topi lebar sedang sibuk mengambil gambar.

"Hakim, buruk lah gambar ni! Tangkap lagi sekali!" dari jauh terdengar suara salah seorang dari mereka.

Hakim merampas telefon itu daripada tangan lelaki itu lalu menjelingnya. "Iyalah, 1,2,3!"

Lelaki itu terus berlari ke Hakim seraya merampas telefon dari tangannya. "Wah, ni cantik! Terima kasih Hakim!"

Dia menoleh memandang Adelia dan kawannya. Adelia terkejut.

"Elman?!" jerit Adelia. Tetapi tidak terlalu kuat.

Elman tersenyum lebar."Adelia! Lama kita tak berjumpa. Tak sangka pula kau ada dekat sini."

Love you, Akak Pengawas! Where stories live. Discover now