Pagi itu, Adelia di panggil oleh ibu bapanya. Adelia keluar dari biliknya, dan pergi ke ruang tamu.
"Ya, ada apa?" soal Adelia.
"Kenapa kamu buat hal semalam?! Kamu lagi memalukan ayah tahu tak?!" kata ayah Adelia.
"Tapi kan, Adelia dah minta maaf." jawab Adelia.
Lengan Adelia dipukul dnegan sangat kuat oleh ayahnya. "Tengok tu, menjawab lagi! Di sebabkan kamu buat hal semalam, ayah dan ibu dengan ibu bapa Elman akan berikan kamu hukuman!"
Kepalanya yang dari tadi tertunduk menaik memandang ayahnya. "Hukuman apa?"
"Cuci taik lembu dekat kandang lembu belakang rumah nenek. Tak ada tolakan." ucap ayah Adelia, tegas.
"Tapi, Hannah dengan Mira?"
"Nanti ayah bagitau diaorang kamu di hukum kerana buat hal semalam." jawab ayah Adelia.
Lantas, Adelia keluar dari rumah dan menuju ke kandang lembu di belakang rumah. Kelihatan Elman sudah berdiri di situ sambil menutup hidungnya.
"Busuknya! Kenapa perlu cuci taik lembu pula? Tak ada denda lain ke?" bebel Elman seorang diri.
Adelia yang ternampak akan hal itu ketawa kecil. "Woi, Elman!" panggil Adelia.
Elman berpaling, memandang Adelia di belakang. "Eh, Adelia! Kau sanggup ke nak cuci taik lembu yang busuk ni?" soal Elman.
"Memang tidaklah! Tapi terpaksa, sebab dah mak ayah aku suruh, perlulah buat. Dan, kenapa kita kena hukum juga? Kan kita dah minta maaf semalam?"
"Itulah! Tapi, nak tak nak perlu buat juga, hmm." jawab Elman.
DI TENGAH panas terik, Adelia dan Elman berusaha mencuci kandang lembu sambil bergelak ketawa.
"Eh, aku rasakan, aku nak namakan lembu ni Moo-nalisa!" jerit Adelia sambil menunjuk salah satu lembu. Elman hampir terjatuh kerana lantai yang terlalu licin.
"Aku pula nak namakan lembu tu Moo-chi!" jerit Elman sambil menunjuk salah satu lembu yang lain. Lantas, dia mengambil air sabun di dalam baldi dan baling ke Adelia.
Tak lama kemudian, mereka sudah berperang air. Adelia membaling semula air ke Elman. "Ha, ambil tu! Siapa suruh baling air kat orang."
"Ohh, nak main air ya?" Elman mengambil satu baldi yang berisi air sabun. "Hahaha, tunggulah kau!"
Mata Adelia membulat. Alamak, habislah baju dia basah nanti! Dia terus melarikan diri sambil ketawa. "Kejarlah aku dulu!"Pantas, Elman mengejar Adelia dari belakang. Semasa dia sedang berlari, lantai yang sangat licin kerana basah, membuatkan dia terlanggar salah satu lembu. Lembu itu mula mengamuk, lalu dia berlari keluar dari kandang lembu. Semua lembu di dalam kandang lembu, keluar dari kandang lembu.
Adelia berhenti dari berlari. "Elman! Kenapa kau tak tutup pintu tu?!" jerit Adelia.
"Eh, tak silap aku, aku dah tutup dah tadi. Cuma, aku tak kunci. Hehe..." ucap Elman sambil tersengih-sengih.
"Ish, cepatlah! Kejar lembu tu!" jerit Adelia.
Elman mengangguk dan terus berlari keluar mengejar lembu-lembu.
Sayur-sayuran di dalam satu baldi di sebelah kandang di ambil, lalu Adelia ikut mengejar lembu-lembu itu.
Adelia berlari dengan sangat pantas sehingga dia boleh berlari sampai ke hadapan lembu. "Moo! Ada makanan! Nak makan tak? Lembu mesti lapar kan?" soal Adelia. Lembu itu berhenti buat seketika.
Perlahan-lahan, lembu itu mendekati Adelia. Adelia juga, perlahan-lahan dia bergerak ke kandang lembu. Sehinggalah sampai di kandang lembu.
Adelia menghembus nafas berat. "Nasib baik, boleh masukkan semua lembu ni semula. Kalau tak, apa aku nak cakap dekat mak dan ayah aku?" kata Adelia.
Elman hanya tersengih. "Sorry lah. Hehe... aku tak sengaja." kata Elman.
Adelia menjeling Elman. "Hmm...iyalah! Cepat sambung cuci ni."
"Baiklah, Miss Perfectionist!" ujar Elman.
Adelia dan Elman sudah bersedia untuk mencuci taik lembu semula. Dengan alat membersih di tangan, mereka bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih berat.
"Okey, Encik Kerek! Ni bukan kerja untuk orang yang lemah semangat!" ucap Adelia seraya memegang alat pembersih.
Sambil menyemak kawasan yang perlu dibersihkan, Adelia terfikir untuk menjadikan suasana lebih ceria.
"Okey, Elman. Nak tak kita lawan. Siapa yang cuci taik lembu paling cepat, dia menang!"
"Sambil itu, kita buatlah bukit taik lembu!" kata Elman.
"Tak! Kita perlu menjadi lebih kreatif! Nak tak kita buat lagu tema mencuci taik lembu."
Elman mengangguk. Bersetuju dengan idea itu. "Bijak! Kita boleh menyanyi tentang kehebatan lembu dan betapa pentingnya mereka dalam hidup kita. Macam ni..."
Mereka berdua mula menyanyi sambil mencuci taik lembu, mencipta lirik lagu yang berkaitan dengan kehidupan lembu.
"Lembu, oh lembu! Kau berharga walau taikmu busuk!" nyanyi Elman.
"Jangan risau lembu tersayang, kami akan membersihkan semua taikmu!" Adelia menyambung dan dia ketawa.
Mereka berdua terbahak-bahak, melupakan semua kepenatan mereka. Dengan setiap ketawa dan lagu yang mereka cipta, mereka berasa lebih lega.
Selepas mereka selesai cuci taik lembu. Mereka sama-sama habis mencuci lembu, jadi mereka sama-sama menang dalam lawan siapa cuci paling cepat.
"Jadi, apa yang patut kita buat selepas ini?" soal Elman sambil mengelap peluh di dahi.
Adelia terfikir sejenak. "Jom kita buat persembahan depan lembu! Diaorang boleh jadi penonton terbaik kita!"
Elman tidak dapat menahan daripada ketawa. "Kita berdua, idola dekat kandang lembu!"
Mereka berdua melangkah ke hadapan dengan penuh yakin. Berangan-angan tentang pertunjukan mereka. Lembu-lembu itu kelihatan tidak mengendahkan.
Dengan semangat dan ketawa, mereka telah menjadikan pengalaman mencuci taik lembu sesuatu yang menghiburkan, walaupun pada awalnya, mereka
merasakan itu adalah hukuman.______________________________________
Terima kasih sebab baca!
Maaf kalau ada kesalahan dalam ejaan, penulisan, dan tatabahasa.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love you, Akak Pengawas! (Slow Update)
RomanceAdelia Munirah, seorang ketua pengawas yang tegas dan berdisiplin, sentiasa menegakkan peraturan di SMK Seri Utara. Dalam pandangannya, semua murid harus mematuhi peraturan yang ada, termasuk Elman Hafiy, seorang murid nakal yang baru berpindah ke s...