Puan Arxen yang berada di kereta sudah kepanasan menanti ketibaan Fakiha. Lama dia menunggu Fakiha untuk menyapa dia kembali. Perlahan-lahan dia menjengukkan kepalanya di tingkap kereta pemandu.
"Lelaki mana pulak ni? Mesti boyfriend dia ni." Lantas Puan Arxen keluar dari kereta Astin a.k.a kereta Aston Martin milik Fakiha. Dahlah nama kereta pelik, tuannya pun sama.
"Hoi! Tak habis-habis lagi ke bersembang wahai boyriend and girlfriend ni?" Tegur Puan Arxen.
Lantas kedua-dua orang kepala itu berpaling ke arah seseorang yang sudah menegur mereka.
"Betul tu nenek! Saya ni pun dah lama tunggu dua orang ni habis bersembang!" Tegur Haiful yang baru sahaja tiba beberapa saat selepas Puan Arxen keluar dari keretanya. Lantas Puan Arxen, Fakiha dan Furqan berpaling ke arah seorang lelaki yang baru sahaja ada di kawasan kejadian mereka ketika ini.
Fakiha memerhati Haiful yang sedang mengurut pinggang belakangnya. Sakit pinggang belakang gamaknya kerana duduk di dalam kereta terlalu lama.
Sepatutnya dia dan Furqan sudah bergerak ke lapangan terbang sekarang. Kerana ada urusan yang perlu mereka uruskan di Amerika. Sudahlah banyak perkara mereka perlu uruskan, lagi-lagi Furqan itu.
"Furqan dah ke belum sesi berkenalan ni? Kita tinggal lagi 2 jam je" Tegur Haiful kepada Furqan.
"Dah" Haiful hanya menganggukkan kepalanya sahaja selepas mendengar jawapan yang mahu dia dengari dari Furqan.
"Hai saya Haiful kawan kepada Furqan. Saya datang untuk meminta izin mengambil kawan saya kembali" Lalu Haiful memegang lengan kanan Furqan yang masih memandang ke arah Fakiha.
Sebenarnya Haiful tidak mahu berlama-lama disitu kerana dia kenal Fakiha. Orang yang sudah memaksanya menjadi teman lelaki tiruan.
Malu dia apabila mengingat kembali aksi tak tahu setengah jam yang lepas.
"Engkau ni duk terheret-heret aku. Fikir aku ni motor ke nak heret-heret." Dengus kasar Furqan kedengaran di telinga Haiful selepas sahaja mereka masuk kereta.
"Bebel lah kau seorang-seorang. Dasar beban."
Dua puluh minit sudah berlalu. Dan kini mereka sudah sampai ke destinasi mereka.
Haiful mematikan enjin kereta. Kereta itu akan berada di situ selama dua bulan. Dia terus keluar dari kereta dan pergi ke belakang keretanya. Furqan juga ikut sama keluar dari kereta. Ingin membantu Haiful mengeluarkan beg bagasi mereka. Enam buah bagasi sudahpun dikerluarkan. Semuanya bersaiz besar.
Namun, yang lebih menarik ialah isi di dalam tiga buah beg bukanlah baju kasual yang akan dipakai di sana. Kerana Furqan sudah ada sebuah rumah yang dibelinya di Amerika. Dan di rumah itu juga sudah mempunyai baju mereka berdua.
"Lagi tiga beg ni kau bawak apa? Ringan ada berat ada." Soal Furqan kepada Haiful semasa mereka berjalan bersama memasuki ke dalam kawasan lapangan terbang.
"Makanan" Jawab Haiful sambil membuka plastik gula-gula. Tiga buah beg bagasi yang besar itu hanya penuh dengan makanannya sahaja.
"Ikut kau lah Haiful. Adikmu sudah capek denganmu," balas Furqan sambil melangkah ke hadapan lebih laju kerana dia ingin meninggalkan Haiful yang sudah tidak tahu malu.
Baru sahaja masuk ke dalam kawasan lapangan terbang, cahaya dari kamera sudah ke retina mata mereka. Ahli media sudah pun berada di sekeliling mereka. Soalan demi soalan di aju kepada Furqan. Haiful yang berada di tepinya hanya diam sahaja. Sudah lali dia dengan situasi ini.
"Bagaimanakah persediaan Encik untuk perlumbaan kalini?"
"Adakah encik mampu mengalahkan pasukan RedBull untuk kali ini?"
YOU ARE READING
FURQAN KEKASIH TERAKHIRKU
RomancePertemuan kembali yang tidak dijangka mengejutkan mereka berdua. Adakah mereka masih mengenali antara satu sama lain setelah tidak berjumpa sekian lama? Masih ingatkah mereka akan masa silam yang menyakitkan hati ketika di zaman kanak-kanak? "Mi...