"HAHH !!" Wang Diyu tersentak. Matanya melilau menerokai setiap ceruk yang asing, sebuah hutan. "Nghh.." dia meremas perlahan dahinya yang agak berdenyut. Dengan perlahan dia berdiri, tangannya di tongkat pada batu di tempat dia bersandar sebelumnya untuk menampung berat badannya.Dengan muka jengkel, dia menggulirkan anak matanya, dia merengus kasar setelah mengingati nasib yang menimpanya di Alam Baka atau dikenali sebagai Yánwáng Gōng The palace of hell.
*Beberapa jam lepas*
"Kau tahu kenapa aku perintahkan kau kemari?"
"Wang Diyu"
Tanya Crainus atau dikenali sebagai The lord of Titans, dengan nada yang tenang tapi terlihat jelas oleh Wang Diyu wajah bengis yang tertancap di wajah Sang Maharaja.
Tak sanggup melihat tatapan tajam yang menghiris wajah tampannya. Dia menunduk memandang lantai. Tangannya yang berpeluh dan menggigil digenggam. Berbeza dengan respon tubuhnya dengan situasi yang menakutkan yang dia hadapi.. wajahnya tetap tenang tidak sedikit pun dia berkerut.
"Kau tahu kesalahan apa yang kau lakukan, bukan?!" herdik Sang Maharaja, kali ni hampir sahaja melayang tongkatnya dihentak ke lantai. Dengan hentakan itu juga bergegarlah seluruh Alam Baka.
Wang Diyu menelan liurnya, kesat. "A-aku t-ttahu" jawab Wang Diyu dengan suara yang hampir tidak terkeluar. Namun tetap saja, wajahnya tetap berusaha ditegangkan.
Tetap kelihatan dingin walaupun tuhan sahaja yang tahu hampir pundi kencingnya ingin terburai melepaskan cecairnya.
"Sebelumnya, kau tidak peka, kau bermain-main dalam mengerjakan tugas kau. Aku masih boleh beri kau peluang."
"Tapi beraninya kau, Wang Diyu. Kau malah mengotak-atikkan buku kematian."
"Tak cukup dengan itu ! Kau menitiskan air mata kau semasa menjatuhkan hukuman pada manusia keji yang membunuh 34 mangsanya dengan kejam dan membuatkan dia mendapat hak untuk kelahiran semula.Tugas kita adalah untuk menegakkan keadilan yang tidak setimpal dari semasa mereka hidup, untuk apa kau mengasihaninya? Kau memang keterlaluan kali ni."
"Kau membawa status mu The King of Hell yang kejam, tidak berhati perut jadi kenapa kau menangisi manusia keji itu?"
"Apa kerana kau separuh manusia?" Tanya Sang Maharaja, sinis.
"Hhuhh" nafas yang ditahan-tahan Wang Diyu terkeluar setelah mendengar ayat rendahan itu.
Tanpa mengangkat wajahnya, matanya menusuk Sang Maharaja dengan tajam. Mukanya memerah.
"Ouhh. Sepertinya, kata-kata itu cukup sensitif untukmu hingga kau meresponku." Maharaja tersenyum sinis.
"Untuk lebih adil kepada rakyat dalam kerajaan ini, kau haruslah aku hukum. Dan mungkin hukuman kau ini dapat memberi contoh kepada mereka yang ingkar dengan peraturan di Yama ini." Ujar Sang Maharaja dengan lebih tenang.
Bukannya dia tak mahu mengampuni Wang Diyu, tetapi ketidakpekaan Wang Diyu dalam menjalankan tugasnya, dan....
air mata yang dijatuhkan tempoh hari, bukanlah masalah yang kecil. Dia harus kejam, dia haruslah tidak berhati perut, harus lebih kejam dari sekejam-kejamnya manusia.. dia adalah Iblis. Itulah kejadiannya.
"Kau, akan aku campakkan ke bumi... "
"Oh The Emperor, The Lord of Yama. Aku berjanji akan merenung kesalahan aku dan kesalahan itu.....tak akan aku ulangi."
YOU ARE READING
Heart Belongs to Hell
FantasyWáng Dìyù yang diusir oleh Raja Yán dari Yánwáng Gōng (Palace of Yama / Hell) kerana mengotak-atik Buku Kematian dan menghukum manusia yang bersalah dengan rasa simpati yang menyebabkan manusia keji itu dilahirkan kembali. Oleh kerana dua kesalahan...