Kiff memandu kenderaannya penuh cermat semasa menghantarku ke kelas. Bukannya aku sepatutnya naik dengan dia pun. Kebetulan sahaja kami terserampak di Fakulti Filem dan Teater.
Keretanya masuk ke dalam petak parking pelajar. Aku lantas mengangkat kening melihat dia memarkir seakan ingin duduk lama di fakulti ini.
"Kau kenapa beria parking sini?" soalku sambil menanggalkan tali pinggang keledar.
"Aku nak jumpa kawan aku jap. Kau habis kelas pukul berapa?"
Oh, ada kawan budak media rupanya.
"Erm, 3 macam tu habis. Tapi, kadang-kadang lecturer aku ni bagi habis awal je sebab dah hujung sem ni nak revise je." Balasku seraya melihat jam di pergelangan tangan.
"Okay, nanti nak balik bagitau."
"Aku tak balik kot. Aku nak lepak library sampai pukul 5. Aku tunggu Qis habis kelas dia. Kitorang balik sama-sama."
"Lah, ye ke? Tak apalah. Baru nak ajak kau pergi tengok kucing. Tapi nak bu-"
"Kucing? Kat mana?" Mendengar perkataan kucing, mataku terus terbeliak.
"Ada la. Kalau kau nak tengok, kenalah join aku."
Aku mengecilkan mataku merenungnya. Ada saja benda dia nak buat ni memancing aku.
"Eleh, cakap jelah kau nak spend time dengan aku," usikku bersahaja.
"Ha'ah memang pun."
Matanya yang pandang lurus ke luar tingkap tadi kini melirik ke arahku.
Alamak, dia tak sepatutnya mengaku. Serta merta pipi aku terasa membahang. Segera aku toleh ke arah lain.
"Okay, gotta go. Bye!" Tanpa menunggu, tanganku pantas membuka pintu kereta dan melangkah keluar dari pacuan empat beroda itu.
Aku sekadar melambai kecil dan berlari ke kelas laju tanpa menoleh ke belakang lagi.
***
Keluar sahaja dari kelas, aku melihat notifikasi telefonku. Kosong daripada Kiff.
Aku membuka ruangan perbualan kami dan memberitahunya yang aku ingin mengikutinya bersama untuk melihat kucing.
Tiada sebarang balasan dari Kiff sewaktu aku menuruni anak tangga. Namun apabila aku melalui di kawasan parkir pelajar, kelihatan Kiff sedang berbual dengan seorang gadis tinggi paras lehernya.
Itu macam... rakan sekelas aku.
Patut atau tidak aku tegur Kiff? Entah-entah dia dah ajak perempuan tu pergi dengan dia nak tengok kucing?
Melihat mereka berbual mesra, timbul rasa cemburu di sudut hatiku. Kenapa aku kena cemburu padahal aku tiada apa-apa hubungan dengan Kiff?
Urgh!
Aku buka semula ruangan perbualan kami dan memadam mesej yang aku telah hantar padanya.
Kakiku menghentak laju meninggalkan perkarangan parking pelajar itu dan terus ke perpustakaan seperti yang dirancang.
Tak guna aku buang masa dengan Kiff sedangkan ada ramai lagi gadis beratur untuk luangkan masa dengannya.
***
Sedang aku asyik menonton televisyen di ruang tamu berseorangan, pintu utama pangsapuri dikuak. Muncul figura Qis di sebalik daun pintu itu. Namun, dia tidak berseorangan.
Ada seorang gadis yang mengikutinya dari belakang.
Rakan sekelas yang aku nampak tadi. Dia buat apa kat sini?
"Hi, Zu. Ingatkan kau keluar." Qis menegurku sambil menghenyakkan punggungnya di sebelahku. Rakan sekelasku, mungkin namanya Dahlea, turut mengikut Qis duduk.
"Nak keluar? Kereta pun aku tak ada. Paling jauh aku keluar pun keluar dari bilik jelah." Aku mengeluh dan sambung menonton cerita di televisyen. Tak logik langsung sangkaan Qis ni.
"Oh, tadi Kiff kata nak bawa kau keluar. So, aku fikir kau tak ada kat rumah."
"Dia memang perlu cerita ke setiap benda kat kau?" Entah mengapa aku menyirap betul apabila mengetahui yang Kiff tidak pandai langsung nak tutup mulut tentang hal begini.
"Chill. Dia saja bagitahu je sebab aku ajak lepak tapi katanya tak free. But, kau kat sini so nampaknya dia free."
"Ya, tersangat free. Pergilah keluar dengan dia." Aku menyilangkan tanganku ke dada.
"Kenapa kau bunyi macam jealous?" Qis memandangku penuh skeptikal. "Aku tak curi boyfriend indie kau, chill."
"Eee, gelilah! Dia bukan boyfriend aku. Kau diam." Keras suaraku memberi amaran. Kiff terlalu ramai kawan perempuan membuatkan aku kurang berminat dengannya. Ya, dia layan aku baik tapi tak ada fungsinya kalau aku asyik nampak dia dengan perempuan lain je setiap masa.
"Maybe just unofficially-"
"Dah tak nak cakap fasal budak tu." Aku mencantasnya segera.
"Okay, fine." Qis berjeda. "By the way, ni photographer tour Angkasakawan nanti. Dahlea, ni Zuhrah. Zuhrah, ni Dahlea."
Oh, photographer...
"Hi, Zuhrah. Tak silap aku, kita sekelas kan?" Dahlea mengerutkan dahinya.
"Yup... yup. Pernah nampak tapi tak tertegur pulak," bibirku menyimpul senyuman mesra. Banyaknya perselisihan fahaman dalam kepala aku sekarang. Aku fikir dia mempunyai apa-apa hubungan dengan Kiff.
Sejujurnya, Dahlea ni jauh lebih cantik dari aku. Macam manalah aku tak terlepas daripada overthinking?
"Well, kita pun tak pernah satu group project. Macam mana nak tegur haha." Dahlea bersetuju.
"Kena buat sesi ice breaking ke?" Qis mencelah."Kau ingat kitorang baru masuk tadika ke?" Aku menjeling Qis. Sebahagian hatiku lega mengetahui yang Dahlea cuma jurufoto untuk tour Angkasakawan.
Sebahagian hatiku pula serba salah kerana tidak membalas mesej Kiff sejak petang tadi.
Apa alasan yang aku patut bagi?
***
I have a test tomorrow but a little update wont hurt. I miss writing so much
YOU ARE READING
Antara Kita dan Semesta
Teen FictionTitik perjumpaan Zuhrah dan Kiff di sebuah gig tidak disangka menjadi satu memori antara mereka. Zuhrah yang berniat untuk menamatkan pengajiannya di menara gading tanpa teman lelaki akhirnya tumpas apabila terpaut dengan Kiff, pemain gitar bass dal...