Suasana dapur agak bising dengan suara periuk dan kuali yang berjatuhan.
Dengan pantas Puan Rohana berlari anak menuju ke punca datangnya suara bising tadi.
Sampainya didapur, Puan Rohana bercekak pinggang. Sekeliling dapur diperhati. Nafas ditarik dan..
"NURLIANA BINTI AHMAD!" Jerit Puan Rohana dengan penuh khudrat membuat Lily terlatah.
Lily putar 180 darjah menghadap sang ibu yang sudah seperti singa yang tengah lapar. Tanpa kata Lily hanya menayang sengih. Kepala yang tidak gatal digaru.
"Apa kamu buat dengan dapur ibu ni? Habis bersepah segala periuk,tepung dan mangkuk ibu ni kamu kerjakan" marah Puan Rohana.
Tadi ingatkan bolehlah berehat sebentar didalam bilik. Tapi tak sangka pulak belum sampai sejam Puan Rohana naik keatas, dapur itu sudah seperti di pecah masuk perompak.
"Alah ibu. Adik cuma nak masak mee segera aje, tapi tak sangka pulak jadi macam ni kejadiannya" terang Lily dengan wajah yang meminta simpati.
Puan Rohana melepas keluhan halus. pelipis diurut.
"Kut ye pun, mintalah tolong dengan Abang Ejaz tak pun Kak Syifa" tutur Puan Rohana sehabis lembut
Lily mencebik.
"Abang Ejaz belum balik lagi lah ibu. Lagipun kalau ada abang Ejaz, bukannya dia nak bagi adik makan mee segera. Menci" Lily merapati Puan Rohana. Lengan sang ibu digapai lalu diurut manja, harapnya marah sang ibu akan segera surut.
"Habistu kenapa tak suruh akak kamu, si Kak Syifa kamu mana? Dia tak reti ke nak menengok-nengokan adiknya ni hah, dah tak serupa orang dah ibu tengok" marah Puan Rohana sambil mata meliar mencari kelibat sang kakak
Syifa yang rasa namanya di seru, terus mengatur langkah menghadap si sang ibu
"Kenapa ni bu" tanya Syifa memandang ibunya dan adiknya silih berganti
"Kenapa kamu tanya? Kamu tengok dapur ibu ni, dah macam bukan dapur dah ibu tengok" marah Puan Rohana lagi sambil mula mengemas dapur. Mangkuk yang jatuh di kutip.
"Ya Allah apa dah jadi ni ibu" tanya Syifa lagi sambil menyinsing lengan bajunya dan menolong ibunya
Puan Rohana mengeluh
"Tu hah adik kamu nak makan mee segera, apa pasal kamu tak tolong masakkan? Kamu biar aje dia kat dapur ni. Kalau terbakar rumah ni di buatnya macam mana? Merempatlah kita jawabnya"
Syifa memandang Lily dengan dahi yang berkerut
"Aik? Bukan adik dah makan ke tadi pukul 12 setengah? Ni baru pukul 1, takkan dah lapar kut" hairan Syifa kerana setahunya baru saja tadi dia menghidangkan makanan tengah hari untuk mereka berdua bersantap tapi adiknya itu sudah lapar lagi.
Lily mencebik dan Syifa di jeling geram. Lily kurang gemar dengan Syifa kerana ada saja yang tidak kena di mata wanita itu tentang dirinya. Asyik nak marah saja kerjanya.
"Tu mana sama. Tadi tu makan pukul 12, ni makan pukul 1" Puan Rohana sudah menggelengkan kepalanya mendengar keterangan anak bongsunya itu.
Memang Puan Rohana sudah sedia maklum akan anaknya itu yang kuat makan tapi dia tidak kesah, baginya selagi anak-anaknya gembira dibiarkan saja. Namun kalau sudah melampau akan di tegur dengan caranya sendiri
"Dah tu takkan adik nak makan tiap jam? Adik ni guna perut getah ke apa? Ke adik ada bela saka? Takut pula akak" Syifa menggelengkan kepala. Entah apa lah nak jadi dengan adik dia yang sorang ni. Asyik makan saja kerjanya
"Hishh Akak ni! Biarlah adik nak makan berapa kali pun. perut adik, suka hati adik lah" Syifa dijeling tajam. Kurang suka akan celoteh Syifa
Buah anggur yang di atas meja digapai lalu dimakan dengan penuh selera. Hmm manisnya
"Hah eloklah perangai macam tu. Biar badan adik tambah besar. Adik kan tak malu kan kalau orang kata adik ni gemok" tambah Syifa lagi. Geram pula dengan perangai Lily yang acuh tak acuh dengan apa yang dia katakan
Syifa bukannya tak suka adiknya itu mahu makan berapa kali sekalipun malah dia bersyukur kerana dapat adik yang punya selera makan yang tinggi tapi dia takut apabila adiknya itu melonjak dewasa dia akan menyesal kerana memiliki tubuh badan yang besar. Lagi-lagi di zaman sekarang hampir semua manusia mementingkan kecantikan dan mengejar kesempurnaan.
"Dah dah. Adik pergi naik atas mandi kejap lagi ibu masakkan mee segera. Nanti kang Abah kamu tu balik tengok kamu macam ni terkejut dia" ujar Puan Rohana mengakhiri perbalahan antara kedua anak gadisnya itu.
Syifa menggulingkan biji matanya
"Like seriously ibu?" Tanya Syifa tidak berpuas hati
Lily sudah menjelirkan lidah lalu berlari anak memanjat tangga
"Kuang haja punya budak kau jelir lidah dengan aku? Oii aku ni kakak kau tau, jangan nak kuang haja sangat. Aku tegur untuk kebaikan kau jugak tau" jerit Syifa terhadap Lily yang semakin hilang dari pandangan
Puan Rohana hanya mampu mengelengkan kepala
"Dah lah tu kakak, meh sini tolong ibu basuh pinggan mangkuk ni, habis semua penuh tepung" ujar Puan Rohana lembut
Syifa akur, pinggan mangkuk dibawa ke singki untuk di basuh
"Ibu ni terlalu manjakan sangat adik tu. Kalau esok-esok dia naik tocang hah jangan cakap kakak tak pesan dengan ibu" ujar Syifa sambil membasuh mangkuk pinggan tadi
Puan Rohana tersenyum sambil mengelap meja dapur menggunakan kain lembab
"Mana ada ibu manjakan adik. Ibu tahu kakak cakap macam tu sebab kakak sayangkan adik kan. tapi kakak jangan risaulah ingshaAllah satu hari nanti adik tu berubah lah. Sekarang kan dia masih muda lagi. Masih panjang perjalanan dia"
"Tapi bu.."
"Dah dah tak mau cakap pasal ni lagi. Meh bersihkan dapur cepat lepastu teman ibu pergi pasar beli barang basah"
Syifa helah nafas berat
"Hmm yelah" ujar Syifa pasrah